BAB 6🍂

52 11 3
                                    

       

         
             

             PADA Keesokan harinya, kecoh mengenai kejadian pencerobohan pada blok pelajar perempuan. Rupanya bukan Naura dan Safi sahaja yang menjadi antara salah satu mangsa. Masing-masing mula mengeluarkan cerita perihal itu. Rupanya kejadian ini bukan sekali berlaku namun berkali-kali. Sayangnya pihak berkuasa masih belum menangkap si pelaku itu.




                 Malah kerana kes ini juga ada antara bekas pelajar perempuan terpaksa menamatkan pelajarannya di pertengahan jalan. Itu adalah antara kes yang paling hangat pernah terjadi di kampus.




                 Mendengarkan hal itu. Naura dan Safi saling berpandangan. Rupanya banyak lagi cerita yang tidak pernah di ketahui mulai tersebar luas. Perihal pencerobohan itu rupanya bukan diketahui oleh mereka namun satu level bangunan itu juga.
        



   
             Malah cerita yang lalu juga mula dibangkitkan oleh pelajar-pelajar senior yang lalu. Rupanya banyak kes yang ditutup oleh pihak atasan atas niat untuk menjaga reputasi kampus tersebut.




   
               "Aku tak tahu pula. Tempat belajar pun boleh ada kes macam ni," bungkam Safi tidak percaya. Kepala di rebah lemah pada meja perpustakaan. Sebelah tangan pula sibuk membelek buku namun tidak di baca. Datang sini pun atas paksaan Naura.




            "Semua tempat pun sama. Cuma bezanya macam mana pihak berkuasa itu jalankan tugas," ujarnya namun mata masih melekat pada buku yang dibaca.




              "Tapi kau tak pelik ke? Bilik kita kena ceroboh pun. Tak ada pihak atasan yang berniat nak tolong bantu selesaikan? Bukan kah itu menjadi tanggungjawab diorang atas keselamatan kita?"





              Safi sekali lagi tidak berpuas hati. Buku yang tidak dibaca di tutup kembali. Mata difokuskan pada Naura yang tekun dengan dunianya itu.





              Naura yang dari tadi cuba berpura-pura tidak mengambil bahagian itu terdiam. Buku di jatuhkan. Mata menatap Safi.






                "Adakah kes itu tak boleh diambil sebab orang yang menjadi pelaku itu pun antara yang berkuasa?"

 





                "Rasanya. Sebab dalam banyak-banyak drama Korea yang aku tengok. Macam itulah. Orang atas tak akan boleh teruskan kalau ada yang sogok diorang dengan duit," bak detektif Safi menghurai analisis drama yang ditonton.





               "Tapi siapa? Ada antara yang kau kenal dia itu berjawatan tinggi dalam kampus? Tapi tak mungkin seorang itu berjawatan, bukan? Boleh jadi si pelaku itu antara pelajar," tekanya mengikut data yang di rasa tepat. 


                  "Hmmmmm.....," Safi memangut dagu. Turut sama memikirkan hal itu.




              Masing-masing cuba mencari klu si pelaku itu. Namun siapa sahaja mampu meneka? Si pelaku yang bebas melakukan malah berkali-kali tanpa di tangkap. Pihak atasanya yang tiada tindakan. Rasa-rasa siapa si pelaku itu?
































           STUDIO sederhana besar itu bergema perlahan dengan irama bunyi yang dimainkan oleh satu susuk tubuh yang  sedang leka menggantung kepingan gambar yang di tangkap.


DIAWhere stories live. Discover now