BAB 4🍂

58 14 34
                                    


           

              

                [ He such a pretty liar ]

..............•••••••••••°°°❤️°°°••••••••••................







            BAHANG matahari di atas kepala begitu terasa di wajah. Kipas mini ni pun tidak mampu menghilangkan rasa panas. Habis berpeluh dahinya yang tidak berapa jendul. Sebelah tangan diangkat, cuba di seka dengan hujung lengan.





                              Pak!






               Sapu tangan kecil? Mata mengerling ke arah tangan yang menghulur. Damian tersenyum.





              Pantas tangannya menyambut. "Terima kasih," jawabnya tidak ikhlas. Lekas Naura berpaling. Bibir masih mencebik tidak suka. Ingat buat macam tu boleh lentur kan rasa marah orangla? Bebelnya dalam hati.






            Mata masih menjeling ke sebelah dengan rasa tidak sukanya.






           Damian yang sibuk melayan pelajar kemasukan baru di lihat dengan menyampah. Bukan cemburu namun tidak suka dengan sikap bossy nya itu.






             Semenjak namanya tersenarai dalam kelab preb ini. Kemana saja Naura melangkah pasti akan di cari. Alasannya setiap ahli kelab perlu terlibat dengan aktiviti kelab.





              Masalahnya perlu ke terlibat hari-hari? Bukan setiap perjumpaan kelab akan ada 2 hari sekali?






                           Haaa.....





            Naura yang menjadi pemerhati hanya menjulingkan mata di sebalik kaca mata berbingkai besar.





           Entah bagaimana dia boleh bersetuju walau dalam keterpaksaan. Dari jadual harian yang penuh waktu rehat kini bertukar.




            Untuk apa dia hadir prep pelajar kalau hanya sebagai assistan lelaki itu. Duduk dan edarkan kertas?




            Lebih baik dirinya gunakan masa itu untuk berehat menggantikan waktu yang di korbankan semasa assigment.





           Sempat dikerling tidak puas hati pada lelaki itu. Huh!

          Damian dengan wajah yang tidak tahu menahu itu hanya tersenyum,







            Errrrr.....Kenapa? Kenapa? Kenapa mesti senyum? Bentaknya dengan ketidakpuasan hati. Riak wajah usah dikatakan memang monyok sahaja. Senyum pun boleh dilihat terpaksa.





            Tanpa menyedari sepasang mata itu menatapnya dengan penuh minat.







            "Haii....masih ada kekosongan?," tegur satu suara asing  mengejutkan mereka berdua.




        
          "Between my name is Talia," sebelah tangan dihulur.






          Namun bukan kepadanya. Naura di sebelah hanya di anggap tunggul. Kepala mula berpaling ke arah lelaki itu. Damian dilihat hanya tersenyum tanpa menyambut huluran itu kembali.





DIAWhere stories live. Discover now