BAB 2🍂

58 13 19
                                    




         "BAIKLAH itu sahaja untuk kelas kali ni. Semua boleh bersurai seperti biasa," ujar Prof. Aida sebaik sahaja pebentangan berakhir. Syukur kali ni tiada lagi assignment mengejut seperti selalu.







        "Haaa...finally," Safi menyandar pada meja. Lagaknya macam baru lepas dari pemeriksaan polis sahaja. Kalau iya pun tak perlulah nak melepaskan nafas dengan kuat. Macam tak bernafas sahaja sejak tadi.




          Padahal Prof. Aida tidaklah garang mana. Cuma assignment mengejutnya itu sahaja yang sentiasa buatkan para student kecut perut. Kadang nak akhir kelas baru ada idea nak dikongsikan dan minta pelajar cari bahan.





        Memang tak boleh nak buat apa. Pasrah sahaja.




       Naura hanya mampu bertahan sahajalah untuk beberapa sem yang akan datang.






          Melihat ramai pelajar sudah mula bersurai dari kelas. Naura dengan dengan pantas menyumbat semua peralatan belajarnya ke dalam beg.






        "Safi. Jom. Ingat nak singgah library kejap," ujar Naura sebaik bangkit dari kerusi.





        "Hah? Tak nak singgah kafeteria dulu ke? Aku lapar la," rungut Safi siap dengan muka simpatinya.





         "Kejap je. Aku nak pulang buku,"





      "Iyalah....Jo," Safi terdiam seketika dek kebisingan di luar pintu dewan kelas mereka.




     Safi dan Naura saling berpandangan. Tidak tahu apa penyebab kebisingan di bawah pintu keluar dewan kelas mereka.




               "Ada apa-apa ke?"





        "I don't know," ujarnya dengan menjungkit bahu tanda tidak tahu.





         Jikalau berkata ada berlaku pergaduhan itu tidak logik. Majoriti pelajar sudah bersurai 30 minit yang lalu.





        "Haishhh....tak boleh jadi. Riuh-riuh apa pula ni?" Bangkit Safi sambil menjenguk ke bawah pintu keluar dewan. Nak tunggu jawapan dari Naura si nerd yang hanya mata pada buku memang sampai ke esok pun tak akan dapat.





         Naura juga turut berpaling mengikuti arah pandangan Safi. Namun belum sempat dia mencari punca matanya bertemu sepasang mata yang tersenyum manis siap melambai lagi.






        "Naura...kau tak cakap pun yang kau kenal mamat tu?" Sengol Safi yang mula curiga. Siap dikerling wajah Naura yang kurang senang itu.




          "Siapa?" Naura berpura-pura bertanya.





         "Damian Mikael Lee. Senior tahun akhir budak jurusan sains ekonomi. Atau lebih dikenali 'Jejaka impian',"







          "Safi. Kau kenal aku kan. Tak akan aku nak kenal orang yang aku sendiri tak rapat,"





         "Well.... Boleh jadi betul dan tak...."



        "Safi....kau tahu pintu yang terus tembus ke jalan kantin?" Potongnya dari biarkan Safi berlarutan mengorek cerita yang dirinya sendiri pun tidak mahu buka.





            "Pintu belakang? Bukan tak berkunci ke? Tapi jarang budak lalu sebab diorang tak tahu pintu tu tak berkunci,"




           "Jom kita gerak. Lebih lama kita kat sini. Lagi ramai orang tak diundang akan berkumpul," tarik Naura. Safi yang masih belum proses apa-apa hanya terpinga-pinga ikut.



DIAWhere stories live. Discover now