BAB 7🍂

62 12 0
                                    

*Gambaran Naura👆 untuk yang tak tahu.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°



      HARI berlalu seperti biasa. Tiada apa yang pelik selepas kejadian pencerobohan di kampus. Safi juga sudah menjalankan tugasnya sebagai seorang pelajar yang berdedikasi daripada menjadi bawang yang meliar dengan cerita kampus.



       Namun yang menjadi kecurigaan buat Naura ialah bila seseorang yang tidak pernah dia berbual dan bertembung saat di kampus mula mendekati.

        Akram Haikal. Senior ulangan di kampusnya berdiri elok di hadapan Naura dengan senyuman manis yang tidak lekang di bibir.


        Masing-masing memandang pelik antara satu sama lain sebelum kembali menatap susuk tubuh yang berdiri elok di hadapan mereka.


       Safi sempat berbisik kecil. " Kau ada berkawan dengan orang pelik ke? Kenapa mesti ada orang pelik yang datang mendekat ni?"



        "Ish mana ada," bisiknya marah. Sempat lagi di senggol bahu Safi tanda geram.

        Termuncung mulut Safi saat di marah oleh Naura. Semlat dia melayan perasaan diri seolah kewujudan orang di hadapan mereka itu tidak ada.

       Mata Naura kembali naik memandang jejaka itu. Direnung jejaka itu yang menjadi budak kelasnya.



        "Err....Hai? Ada apa?" bicaranya dengan rasa janggal.


       "Saya Akram. Awak Naura kan?" tanya si jejaka itu dengan wajah ceria.

        "Ya. Kenapa? Ada apa-apa ke?"

       "Maaf kalau nampak saya macam menyampuk. Tapi awak tak ingat saya?"



      Dahi Naura naik berkerut. Ingat? Dia ada berkawan dengan Akram ke? Mereka bercakap pun tidak pernah. Sekadar kenal sebagai rakan kelas sahaja.


          "Maaf. Tak faham. Apa yang nak ditanya ye? Kalau nak tanya kenal atau tak. Tentu saya kenal. Akram kan? Kita satu kampus dan satu kelas. "



       Akram yang mendengar jawapan Naura tertawa kecil. Tergeleng perlahan kepala jejaka itu. "Maaf saya lupa. Awak mesti tak ingat sebab pernampilan saya dah berubah. Awak kenal saya yang sekarang. Budak ulangan. Bukan budak nerd dulu."


        "Budak nerd?" Dahi naik berkerut seribu.


        "Ya. Budak nerd berjaket biru tua. Tak lupa bingkai kaca merah."


       "Kejap. Awak maksudkan am? Am si nerd? Awak si Am gempal tu?"

                               "Ya."


       Naura terkesima. Dilihat penampilan Akram yang seratus peratus berubah itu. Patutlah Naura agak pelik bila dilayan begitu mesra sedangkan mereka tidak kenal. Rupanya Akram ialah Am gempal itu.


       Safi di sebelah hanya mampu menjadi pemerhati. Tidak mahu menyampuk kerana dia tidak kenal Am yang dibicarakan Naura itu.

       "Am dah berubah. Nampak lain. Nampak lebih segak dan kemas." Puji Naura dengan jujur. Terkejut juga melihat penampilan Akram yang sekadar nampak lebih mengikut fashion semasa.

         "Ya. Cuma saya tak sangka Naura masih Naura yang dulu. Cuma agak lebih sopan sikit berbanding dulu."

      "Ouh ye ke?" Naura tersenyum janggal. Tidak mahu membangkitkan kisah lalunya yang agak tomboy. Tidak sangka pula Akram mengingatinya.


      "Tak apa. Naura masih cantik Seperti mana saya ingat. Tak kisahlah awak berubah menjadi apa pun."

       Naura terkulat mendengar. Safi pula membulatkan mata. Tak jadi nak telan air yang di pesan dek mendengar kata-kata manis Akram itu.


        Masing-masing saling berpandangan sebelum Naura cepat-cepat bersuara.

        "Aa...jangan risau. Saya masih manusia. Tidak akan bertukar menjadi alien," pintas Naura sekadar menukar topik.

       Tidak mahu dilayan kata-kata itu. Takut sekadar bermanis mulut daripada berkata jujur dari hati.






























































        "NAURA... Kau tak cakap pun kat aku kau kenal mamat tu?" tanya Safi yang dari tadi menunggu untuk bertanya saat jejaka itu berlalu pergi. Agak lama jugalah cerita yang di bualkan si Akram itu. Tidak sangka pula mereka Akram yang sekarang ini lebih banyak bermanis mulut.



         Naik seriau jugalah bulu roma masing-masing. Sikit-sikit terkeluar ayat bak nak mengayat.


       Agaknya dia lupa satu perkara. Naura ini alergik dengan mamat acah romantik. Hati konkrit kalau nak masuk bab percintaan.

       Bukan kerana pernah terluka. Tapi Naura sebenarnya tak tahu apa itu bercinta. Bagi Naura cinta itu melambangkan perbuatan dari kata-kata.

      Tapi dia tidak jumpa siapa yang tepat menembak hatinya.

       "Aku kenal macam itu saja. Tak kenal rapat pun. Kenal pun tak sampai sebulan. Itu pun setahun yang lalu. Kau rasa aku ingat?"


      "Tapi kenapa dia cakap macam korang rapat sangat?"

     "Manalah aku tahu. Aku pun tak ingat sangat." Naura menjungkit bahu tanda tidak tahu.

     Safi mencebik. Mata menyepet tajam merenung Naura geram.

         Senang je dia. Semua tak ingat.

      "Jangan cakap dengan Damian tu pun kau lupa," ingat Safi yang masih menyepetkan matanya itu.

       Naura berhenti melangkah. Mata memandang Safi, bersilih dengan jam tangannya.

     "Bercakap tentang mamat yang satu tu. Aku rasa macam ada sesuatu yang tertinggal,"


       "Tertinggal? Apa pula yang kenal tinggal ni? Kau ada kelas apa-apa ke? Lagipun hari ini kan hari rabu. Mana ada kelas lagi dah," ujar Safi dengan tenang.

        Iyalah. Lagipun Safi mana ada melibatkan diri di mana-mana kelab pun. Itu pun kelab membaca saja. Bila-bila masa dia boleh ke perpustakaan.


       Eh? Naura berkerut merenung jam. Bercakap perihal kelab. Bukan ke dia ada perjumpaan dengan Damian jam 4?

        Tapi jam menunjukkan angka 4.35 petang. Dia sudah lewat 35 minit?
Rasa-rasa sempat lagi ke dia hadir perjumpaan itu?

       "Safi. Aku kena pergi dulu. Dah lewat!"

      "Eh? Kau nak pergi mana? Asal tinggal aku?"

      "Aku lupa hari ni ada perjumpaan!"



       Tidak sempat Safi mengejar Naura yang berlari bak Usin Bolt itu. Tak padan dengan badan kecil macam tu pun berlari serupa lipas. Nasib tak terbang. Kalau tidak dia pun turut lari sama.





      "Haish...baru nak ajak layan drama Korea," bebel Safi sambil meneruskan perjalanan ke drom.





















BERSAMBUNG...

HAI....readers sekalian. Maaf lama tak upload. Sekali lagi nak ucapkan selamat menyambut bulan puasa. Sekejap je dah puasa ke-12

Apa-apa pun korang berbuka dengan apa hari ni?

Boleh bagitau menu nya?

DIAWhere stories live. Discover now