BAB 5🍂

53 13 11
                                    

   

             PAGI itu masing-masing tidak dapat melelapkan mata. Naura dengan muka mengantuknya, Safi pula dengan tidak habis menguap sepanjang kelas. Nasib baik mereka berdua berjaya menghabiskan kelas Prof. Akil tanpa sebarang masalah. Melainkan hampir meletakkan kepada pada meja sahaja.


  

              Bayangkan masing-masing berperang dengan rasa ngantuk. Seorang dengan minyak angin roll seharian. Seorang lagi dengan cubitan ketam pada tangan sendiri.   Dah serupa orang kena penyakit mereka berdua ini.





      

               "Naura. Jom singgah library kejap. Dapat lelap mata 30 minit pun jadilah," pujuk Safi yang sudah berat mata itu. Muka pun tidak sempat nak berdandan.






                "Samalah. Aku pun dah tak larat. Sebab kes malam tadi punya pasal. Tak pasal-pasal kita berjaga. Sudahlah kita berdua ni perempuan je,"






               "Itu la. Dah tak selamat dah rasa. Haaaaa," keluh Safi sambil menyumbat minyak angin ke lubang hidung kanannya.






                 "Dah jom. Lagi tak selamat bila kau dengan aku dah serupa mayat hidup. Lagi cepat kita sampai. Lagi banyak meja kosong,"







                 "Alang-alang tu jangan lupa suruh kak syifa kejutkan. Nanti kau dengan aku jadi penghuni tak berdaftar kat sana. Tak pasal-pasal kita dikenali tanpa perlu bersusah payah," sempat lagi Safi menyeloroh. Tak padan muka macam panda.





             
     
            Naura mencebik. Sempat lagi dia suruh akak perpustakaan tu jadi alarm.
Mentang-mentang Kak syifa memang kamceng. Suka hati dia aje.








                   "Kau ni," geram Naura namun akhirnya mengalah. Kalau dengan Safi memang tiada modal nak berbalah. Geram je.




             
          

            Dalam perjalan menuju ke perpustakaan kampus. Safi yang berjalan sedikit menunduk itu tiba-tiba mengangkat kepalanya. Laju berpaling menatap Naura yang berkerut itu.







          "Kau kenapa? Kena rasuk ke?" soal Naura yang memandang pelik. Di lihat Safi atas bawah atas bawah. Apa ke buang tebiat kawannya ni? Adakah disebabkan tak cukup tidur otak Safi pun tak betul.





        
             Tapi dia pun sama. Masakan otaknya pun terputus wayar?







          "Naura. Kau perasan tak? Pagi ni aku tak nampak mamat tu pun. Biasa waktu macam ni dia akan menjengah entah ke mana depan kita," tiba-tiba pula Safi membangkitkan isu yang dilupakan Naura.







              Haah....bercakap pasal Damian. Naura juga turut perasan. Ada apa-apa yang terjadi ke? 
           


    

                "Well...Naura. kau ada tahu tak kenapa dia tak panggil kau hari ni?" soal Safi dengan sengihan kerang busuknya. Ngantuk-ngantuk pun masih sempat nak mengorek cerita eh.






        Safi. Safi. Naura tergeleng kecil.






             "Entah la. Tak ada khabar," Naura menjungkit bahu tanda tidak tahu.





DIADove le storie prendono vita. Scoprilo ora