BAB 3🍂

59 15 11
                                    

        


             "NAURA!" suara ceria itu sekali lagi menyambut kegedang telinganya.





             Naura yang elok menikmati dunia bukunya menjulingkan mata tanda menyampah. Siapa lagi jikalau bukan jejaka yang sering menganggunya. Ingatkan insiden kopi berakhir sebaik jejaka itu melangsaikan hutang bajunya.




          Tanpa sedar 3 minggu ini berlalu dengan cepat sehinggakan Naura terpaksa bersembunyi umpama dirinya pula penjenayah. Tidaknya kemana sahaja dia pergi pasti jejaka itu muncul.




 
                   "Awak!" Apabila dirinya ke kafeteria. Tidak di kira lagi bila Naura ke perpustakaan, sebaik habis kelas. Kemana-mana saja mesti wajah lelaki itu.

     

  

                Sampaikan telinganya naik rimas dengan panggilan awak. Awak. "Naura. Itu nama saya. Stop panggil awak," Naura berpaling saat langkahnya di ekori.







           Namun Damian dengan senang hati menyambut. "Okey, Naura,"






            "Errrrghhh......," Ingatkan sudah berputus asa. Rasa menyesal pula membenarkan jejaka itu memanggil namanya.


             

             

             Namun kali ini dirinya sudah lali. Setiap kali jejaka itu nampak kelibatnya pasti namanya di sebut.
Serupa orang yang sudah lama tidak berjumpa.






            Naura sana. Naura sini. Naura itu.  Sampaikan dirinya pun sudah mula pekakkan telinga. Pura-pura tidak melayan kewujudan lelaki itu.

              




             Siapa sahaja yang mampu bertahan apabila diri sendiri menjadi tontonan pelajar lain. Kemana sahaja dirinya pergi pasti namanya dipetik oleh mulut-mulut asing.





         Tidak cukup itu sahaja. Safi yang tidak bersalah juga turut terkena tempiasnya. Siapa sahaja tidak marah? Namun Naura tetap bersabar bak kata Safi selagi tidak melibatkan urusan peribadi. Jangan mulakan.





         

             "Naura awak baca apa?"   tegur satu suara yang elok melabuhkan duduk dihadapan mereka berdua.




             

              "Ouh Hai. Aa...Naura ni memang macam ni. Kalau dah masuk dunia dia. Memang tak di layan orang lain," Safi menjadi penyelamat dek kerana layanan dingin Naura yang terang-terang tidak mahu layan.





              Safi sekali lagi terpaksa melebarkan senyuman ketidakpaksaan dek rasa janggal kerana Naura. Aduh! Budak ni kalau tidak suka akan sesuatu memang terang-terang di tunjuknya.

         




          "Naura. Apa ni tak baiklah. Cuba senyum sikit,"  tepukanya perlahan sambil berbisik sebaik menjadi orang ketiga.  Cukup 3 minggu ini Safi  sebagai pemerhati drama mereka. Safi seolah-olah sudah faham apa yang sedang berlaku.





             "Apa betullah. Aku bukan kenal dia pun," Naura tetap dengan pendiriannya.




            Haishhh....geram pula Safi yang mendengarnya.





DIAWhere stories live. Discover now