BAB 8🍂

49 11 0
                                    

        

______----------~~~~~^^~~~~~----------________

      

               
        
         JAM pada pergelangan dikerling. Langkah kaki juga sama laju mengejar masa yang semakin berlalu pergi.




            Langkah kaki cuba di percepatkan. Naura tahu dia sudah terlewat menghadiri perjumpaan itu. Entah siapa saja yang sudi menerima si pendatang yang sebenarnya dipaksa masuk?




           Sesampai di tempat yang dijanjikan. Naura cuba menghela nafas lelah saat berlari tadi. Namun belum sempat dirinya menghirup udara. Naura di hidangkan dengan pandangan yang tidak terduga. Mata membutang besar saat menyaksikan kejadian di hadapan.




                         Pang!




          Wajah itu berpaling ke tepi saat menerima tamparan yang laju meluncur ke pipinya.





            "Dasar jantan tak guna!"  Jerkah suara itu dengan kuat. Naik turun dada itu menahan amarah yang membara di dada.





             Damian yang tadinya ditampar hanya diam membisu. Jejaka itu seolah merelakan wanita itu menghamburkan rasa marah padanya.

 




           Naura yang menjadi penonton hanya mampu menekup mulutnya dari berbunyi. Apa ini?






            Apa yang sudah terjadi?




            "Kau! Dasar bermuka dua!" jerkah wanita itu lagi.  Telapak tangan itu di angkat seolah ingin melemparkan sedas tamparan.
 
 




             Tanpa sedar kakinya melangkah laju. "Hey apa ni?" Naura menerpa menghalang wanita dihadapannya.

             



           "Kau siapa? Kekasih baru?" sinis nada bicara wanita itu sebelum pandangan beralih ke arah Damian yang masih membisu itu.





              Jejaka itu pula seolah membiarkan sahaja wajah dan tubuhnya di tumbuk dan di hentam oleh wanita itu. Siapa wanita ini sebenarnya?
          
            


        
        Naura mengeleng perlahan. Tidak mahu ambil tahu. Namun dia tidak boleh berdiam dengan satu perkara ini.
"Saya bukan sesiapa. Jauh sekali kekasih. Tapi akak dah melampau sampai mencederakan orang. Tindakan akak ni boleh dibawa ke pihak universiti kami. Kalau akak tak nak saya laporkan masalah ni. Lebih baik akak berhenti berkelakuan seperti orang yang tidak waras."

    

          


           Wajah perempuan tadi bertukar kelat. Terhenti tindakannya mencederakan jejaka itu. Beg tangan yang dipegang dipeluk erat. Wajah Damian yang diam itu dipandang tajam sebelum berdengus kuat. Laju sahaja wanita itu membuka langkah berlalu pergi.







       Sebelum melangkah pergi. Sempat dia menjeling tajam Naura dengan jelingan maut.
     



        
                        Haaa...






         Naura nyaris jatuh terduduk saat menahan ketakutan tadi. Dia cuba lagak berani dihadapan wanita asing itu walaupun hakikatnya Naura menahan ketaran disebalik wajah beraninya.

DIAWhere stories live. Discover now