Peluang

42 11 2
                                    

Sosok tubuh misteri itu menghadap aku,dengan rupanya yang terlindung disebalik hoodie berwarna ungu dan tracksuit berwarna gelap, renunganya tajam membuat aku gusar. Siapa dia apa mahunya?

"Kenapa kau muncul dihadapan aku,apa yang kau nak?" dalam kesamaran aku cuba mencari roman wajahnya namun hampa.

"Kalau kau punya satu permintaan apa yang akan kau minta? Sanggupkah kau pertaruhkan segalanya demi peluang bertemu Rui lagi? Aku tahu kau sangat merinduinya." dia mula bersuara, aku getap bibir sekuat hati,beraninya dia menyebut nama Rui disaat aku bergelut menerima kenyataan yang aku tidak akan dapat berjumpa sang adik buat selamanya.

"Apa maksud kau?"

"Shopo race,pernah kau dengar itu?" sosok misteri itu menyoal,pantas aku meledak tawa.

"Adakah kau kurang waras,setakat pertandingan beli belah terbanyak kau panggil aku, lupakanya kawan. Ia hanyalah sebuah penipuan." aku mulai melangkah pergi. Namun balingan pisau yang tertancap di sebatang pohon mematikan langkahku.

"Pertandingan paling exstrim di bandar Viley,di mana separuh peserta akan mati, samada mati ditikam garuda atau jatuh dalam lava gunung berapi hanya bagi mengumpul tag untuk ke pusingan yang sebenar. Kau pasti tak pernah dengar sisi gelap pertandingan itu bukan? Sora apa yang kau lihat bukanlah yang sebenar." Sosok misteri itu melompat turun dari pokok

"Maksud kau demi sebuah hajat, ada nyawa yang akan melayang? Kau gila!" Aku membentak namun dia hanya senyum sinis

"Terpulang kau nak kata aku gila tapi peluang datang hanya sekali, just imagine kau dapat curahkan sepenuh kasih sayang kau pada Rui dan membina impian sebagai penulis novel terhebat dengan dia di sisi kau. Fikirkanya dan bila kau temui jawapanya Kaizer akan sedia membawa kau ke sana." senyum sinis dari wajah yang terlindung dipamer

Bagi aku,apa pilihan yang aku ada? Peluang telah hadir di depan mata. Menang jadi arang atau kalah jadi abu. Aku pejamkan mata mengumpul segala kekuatan dengan wajah Rui terzahir di minda.

"Demi seorang adik,segalanya aku pertaruhkan, aku terima peluang ini,hadapkanlah segala bahaya akan aku harungi."

Kaizer mengangguk faham

"Your journey begins now!"

DreamWhere stories live. Discover now