Pencarian Blueprint

21 5 0
                                    

Speed city, seperti namanya ia terkenal dengan kesibukan penghuninya,bandar ini juga terkenal dengan jolokan bandar pemotoran dimana pada setiap tahun akan diadakan D-Runner grand prix, menampilkan barisan pelumba terhandal dari seluruh dunia. Namun bukanlah itu pokok persoalanya, kerana apa yang bakal berlaku akan mengubah lanskap kisah ini.

Dua d-runner kelihatan menderu menuju pinggir bandar speed city dimana terletaknya litar terbiar Rocky's pit.

"Kau boleh percaya ke mimpi kau tu Sora?" Kaizer yang menaiki d-runner berwarna hitam berkomunikasi dengan Sora yang menaiki d-runner berwarna biru, si gadis hanya menjeling lalu meneruskan perjalananya.

"Itu bukan mainan tidur Kai,dia dengan aku melalui telepati,sebab tu aku percayakan Rui lebih dari aku percayakan diri aku sendiri."

Kaizer terdiam, lalu mereka berhenti di pintu masuk Rocky's pit,kelihatan sensor pengenalan menyala

YOUR IDENTITY PLEASE?

Sora keluarkan cip pengenalan diri dari poketnya dan mengimbas cip terbabit

IDENTITI DISAHKAN, SELAMAT KEMBALI SUPER ELITE.

Kaizer ternganga,dia seakan mengingati sesuatu dia pernah mendengar tentang super elite sang lagenda d-runner yang telah mengalahkan semua pelumba terhandal dalam sejarah perlumbaan d-runner Speed City.

"Jangan nak fikir bukan-bukan ya,aku bukan super elite lagenda tu, dia dah tahap master tau." Sora menderu masuk ke kawasan litar tersebut. Kaizer terkesima melihat keadaan litar yang bersih walaupun terbiar hampir 6 tahun.

"Patutnya litar ni berdebu dan meja dia berhabuk, tapi litar ni dijaga dengan elok walaupun ia dibiarkan bertahun tahun."

Sora yang malas melayan Kaizer terus ke pejabat pengurusan lalu menuju ke arah loker racer. Tag nama Rui disentuhnya lalu Sora membuka loker tersebutdengan kombinasi 0uM2x5yA0ran,pintu loker tersebut terbuka dan kelihatan satu cakera tersimpan dalam sebuah kotak yang mengandungi kata laluan

"Rahsia lagi?" Sora tersenyum,memecahkan kata laluan kotak misteri itu amatlah mencabar namun dia amat sukakan cabaran.

"KARATEKID." Sora mencuba kata laluan itu,

Access Denied

"Chaehana34."

Access Denied

"Sorathegreat."

Access Granted

"Mari kita lihat apa rahsia cakera ini." Sora masukkan cakera tersebut ke dalam disc drive dan fail bluey terpapar lalu dia menekan fail tersebut

"Kau dah jumpa ke?" Kaizer menjengah bahu Sora,namun apa yang dia saksikan membuat dia muntah hijau

"Kau ingat senang ke Rui nak simpan fail sulit macam ni mestilah ada trick dia, intresting fail blueprint disebalik siri hentai. You are genius adik." Sora menyalin fail dari cakera tersebut lalu memusnahkan cakera itu dengan mesin pengisar kertas.

"I got to wash my eyeballs." Kaizer pandang Sora dengan rasa cringe.

DreamDove le storie prendono vita. Scoprilo ora