Latihan Dragoz

7 1 2
                                    

Pyre lihat Sora yang masih bingung dengan kenyataan yang didengarinya. Dia seakan mahu menidakan hakikat itu.

“Kamu punya semangat yang tinggi, bukan saya yang memilih kamu, tapi pedang itu yang memilih kamu sebagai tuan barunya.” 

Sora menggenggam pedang itu, dan melibas ke kiri dan kanan. Tiba tiba semburan api dihalakan ke arahnya, menyebabkan dia melompat ke belakang.

“Apa ni! Saya tak bersedia lagi tuan dah serang saya. Not fair!” Sora memuncung

“Musuh tak pernah tunggu untuk kamu bersedia Nana, kamu harus lebih peka!” Pyre menghunjam kukunya namun Sora pantas menahan dengan pedangnya. 

“Never say never! Hiyah!!!” Sora libaskan pedang ke arah kanan Pyre namun sang naga mengelak bersahaja. Sora dengan pantas memutar arah serangan ke kiri nanun tetap sahaja ia mengelak bersahaja.

“Ini sahaja kekuatan Puteri Nana Nurgaya? Hmm lemah..” sang naga menguap seakan mengejek Sora.

“Grr jangan pandang rendah aku!” aura menyelimuti Sora dan dia melaju  lalu melakukan libasan ke kiri dengan cepat. Pyre mengelak di saat saat terakhir dan serangan itu menyebabkan pokok terbelah dua.

“Hahaha inilah yang saya nantikan, ayuh Nana keluarkan segalanya yang kamu ada. Bebaskan diri kamu dari segala belenggu kerisauan, tunjukkan kuasa sebenar yang kamu ada!” Pyre mencabar.

“Dengan senang hati!” Sora meningkatkan serangan dan kuasanya dapat dirasakan sehingga ke istana Baiduri yang terletak 50 kilometer jauhnya.

“Inikah kuasa sebenar Nana?” Rica merasakan sensasi yang tak pernah dia rasakan. 

“Nampaknya Nana tak main main kali ni, dia lakukan sesungguh hatinya nee san!” Karina lihat kejauhan

“MARILAH, AKU TUNJUK KUASA SEORANG PUTERI!” dengan cepat Sora menghilang membuat Pyre bersedia penuh waspada.

“Selaran Ais!” Sora memancarkan kuasa ais menyebabkan separuh gelanggang menjadi beku. Mujurlah Pyre sempat terbang dan mengelak dari kuasa ais tersebut

“Boleh tahan tapi tak cukup untuk kalahkan saya.” Pyre menghembuskan api ke arah Sora

“Ceh, itu sahaja?” Sora menahan bebola api dengan tanganya walau ia sedikit panas namun bagi Sora dia langsung tak merasakanya. Dia memulangkan semula bebola api tersebut dengan bersahaja, Pyre memadamkan api tersebut dengan sayapnya.

“Boleh tahan Nana.” Pyre senyum sinis

“Hari ini aku datang bawa api silap silap kau yang akan terbakar.” Sora acungan pedang pada Pyre.

Dilema ku bergema ku merasa aku dikaburi

Mimpi yang tak ku sedari

Derita rintihan suara

Yang dicari aku berlari

Bebaskan oh

Bebaskan aku dari kezaliman itu

Adakah kau mengerti

Bebaskan adakah kau akan mengerti

Dicaci dimaki tak dipeduli

Wajahmu membahasakan realiti

Tiada erti disini

Cuba-cuba kau rasakan

Ada engkau mencari mangsa perang

Terus terang mana hatimu

Bebaskan oh

Bebaskan aku dari kezaliman itu

Adakah kau mengerti

Bebaskan oh

Bebaskan aku dari kezaliman itu

Adakah kau mengerti wo

Perjuangan menentukan kita

Hati ketemukan semua

Peristiwa kemenangan kita

Kan menjadi pertanda

Wo oh

Bebaskan oh

Bebaskan aku dari kezaliman itu

Adakah kau mengerti

Bebaskan oh

Bebaskan aku dari kezaliman itu

Adakah kau mengerti

Bebaskan oh

Adakah kau mengerti

“Ayuh lah!” Pyre terus menyerang.






DreamWhere stories live. Discover now