Prolog sebuah kehancuran

23 6 0
                                    

(2 tahun setengah yang lalu)

Aku buru-buru memasukan nama pengguna dan kata laluan pada laman log masuk Plus-U, kata Rui ada perkara penting yang dia ingin sampaikan padaku. Melihat nama pengguna Kawaii_Neko menyala hijau tahulah aku Rui sedang  online

 “Yo wassap Sora in the house baby, mulakan hari nan ceria dengan secawan kopi o 434.” aku menghantar balasan namun dalam hatiku berdebar

“Akak tahu tak adik selalu sayang akak, malah jujur adik akui vibe akak bagaikan kakak kandung buat adik, maka adik harap akak dapat terima berita ini dengan sabar.” 

“Eyy chill la,kenapa ni,gaduh dengan Zamani lettew, gaya macam orang mati laki je?”

“Akak i was dignosed with brain cancer, stage 3.” Rui memecahkan khabar duka itu padaku, 

Apa perasaan aku saat itu? Sedih,kecewa kerana aku tidak bersamanya selama ini,dia menyimpan rahsia penyakitnya dari aku selama ini.

“Sampai hati kamu kan, mana janji kita tiada rahsia antara kita? Kamu tanggung sakit bersendirian dan masih nak gembirakan akak. Why?” air mataku tak mampu kubendung dan ia turun membasahi pipiku, tangisan tanpa suara mulai kedengaran

“Maafkan adik akak..” Rui pantas membalas 

“Kenapa kamu yang diuji,kenapa bukan Myra si playgirl bertukar pasangan setiap minggu tu,kenapa tuhan yang menguji kamu?”

Takdir itu memang kejam bukan, kenapa insan sebaik Rui diuji dengan penyakit yang maha hebat itu, aku terus teruskan menghambur nada pilu. Tidak bukan dia katakan semua ini mimpi

“Akak tak kuat, akak tak bersedia kehilangan kamu” aku hamburkan kata penuh kelukaan.

“Akak still hutang adik satu date tau.” 

Ahh dia pergi ingatkan pula hutang date lepas aku kalah duel dengan dia, aku tertawa sedikit sambil menepuk dahi

“Kalau macam tu kita ajak la Irfan Amir dan Ikhwan Ammar tu.” aku senyum sinis

“Akak, orang nak date dengan dia yang dia ajak orang lain dah kenapa?” 

“Hahah saja kurang kerjaan gitu.” 

“Eee menyampah lah.” nama Kawaii_Neko bertukar merah lalu aku menggelengkan kepala. Namun kemudian aku sedar aku mungkin tak dapat bersamanya lagi jika benarlah kata-kata Rui tadi

“I just don't want to lose you Rui..Not now not ever.” aku peluk lutut dan mengigil ketakutan.

“Kajima Rui Kajima…” dalam rintihan ku berdoa agar aku tak kehilanganya

DreamWhere stories live. Discover now