Persoalan tanpa jawapan

14 3 0
                                    

Izwan dan Aira melihat tempat kejadian dimana Rui dilihat meletupkan Sora namun jangan kata cebisan mayat, titisan darah pun tiada. Keduanya bingung apa sebenarnya yang terjadi

“Aira kau yakin nampak Rui letupkan Sora?” Izwan pandang kawanya itu

“Kalau diikutkan letupan tu terlalu terang sampai aku terpaksa tutup mata sebab silau.” 

Izwan berfikir, kalau Rui mahu membunuh Sora dia patut dah lakukan semasa cabaran di gunung berapi namun apa yang Izwan tahu Rui berusaha menyelamatkan nyawa Sora ketika itu. Segalanya nampak pelik.

“Kau tak rasa ke ia lebih dari apa yang kita tahu, mungkin ini muslihat Rui dan Kaizer untuk selamatkan Sora dari diburu Elnora.” Izwan melihat sekeliling

Aira baru mahu bersuara bila dia nampak sesuatu yang berkilau di tanah lalu dia mengambilnya. Kelihatan medal dengan ukiran bola squash berapi di atasnya.

“Medal Gat ni, pasti sesiapa yang bawa Sora tercicirkan benda ni.” 

“Medal Gat? Maksud kau medal penyeru Megat Iskandar adik Megat Amir dalam cerita Tuan Muda Cik Hana tu?” Izwan menebak dan Aira mengangguk.

“Kau tahu Sora suka cipta benda pelik pelik kan,tapi setiap ciptaanya power.” Aira bersuara lalu mereka terdengar bunyi siren polis.Izwan mengangguk dan mereka beredar dari situ. Mereka berdua mulai mengerti tingkah Rui dan muslihatnya.

***

Sora membuka matanya pada pemandangan yang indah menghadap lautan luas.

“Selamat pagi awak.” Suara lembut Huda Saffiya menyapanya

“Ergh,saya di mana..? Sora bersuara

“Bertenang awak berada di Teratak Harapan,suami saya Irfan jumpa awak di depan pintu rumah kami. Kecederaan awak agak serius,sebab itu kami merawat awak di sini.”Saffiya menerangkan

“Terima kasih,saya tak tahu bagaimana mahu balas budi baik puan sekeluarga.” Sora cuba bangun namun ditahan Saffiya.

“Berehatlah, awak masih lemah lagi.”

Sora hanya mendiamkan diri dan mulai berehat namun di dalam hatinya masih ada persoalan yang belum terjawab.

‘Whats your plan adik?’

Persoalan itu hanya dibungkam dalam hatinya.









DreamWhere stories live. Discover now