Cabaran bermula

27 8 2
                                    

Pagi yang indah menyapa kami dengan aroma lazat kopi yang baru dibru dan bunyi bising pengisar kopi mengisar biji-biji kopi yang baru dipanggang mengikut kelasnya yang tersendiri. Aku pandang Kaizer namun dia kelihatan sungguh tenang.

“Selamat datang para peserta Shopo Race, saya Fissal penjaga pertama bagi melayakan anda mendapat tag emas kelayakan.” Fissal atau nama sebenarnya Fisal Johari, seorang duda beranak dua yang kematian isteri akibat dimakan garuda dalam pertandingan lepas.

“Gulp,aku pernah dengan khabar angin yang salah seorang peserta pertandingan ni pernah disabotaj semasa pusingan seterusnya.” aku membiaikan pertanyaan itu pada Kaizer dan dia mengangguk.

“Cabaran kalian agak senang namun 40 peratus peserta kandas seawal pusingan kelayakan lagi. Hanya beberapa orang lepas pusingan ini dan ia baru kelayakan. Sesiapa yang ingin menarik diri bolehlah berbuat demikian dan kamu akan dibenarkan menyertai cabaran ini pada edisi akan datang. Akan tetapi kalau kalian masih ingin menyertai cabaran ini dan gagal, kalian akan disenarai hitam dari menyertai pertandingan ini lagi. Sekarang terpulanglah pada kalian.” Fissal mengeluarkan aura ancaman buat setiap peserta.

"Bring it on,aku datang dengan harapan dan aku akan pulang dengan kemenangan,walau aku mati kerana mencuba itu lebih baik dari aku mengalah tanpa berbuat apa-apa. Aku dah berjanji dengan Rui walau apa pun halanganya aku akan capai impian aku!" Keazaman yang aku tunjukan buat Kaizer tersenyum dan Fissal menyilangkan tangan ke dadanya

"Baiklah cabaran kau adalah habiskan carolina reaper cappucino dalam 3 bekas 10 gallon dalam masa tiga jam."

Apa? Kopi cappucino dengan Carolina Reaper di dalamnya. Ini nak menguji atau membunuh? Aku mulai dapat merasakan intensiti minuman cappucino itu

"Demi bertemu Rui kembali,ayuh hadapi cabaran dengan semangat membara." lantas bekas pertama aku capai dan meminumnya dengan sangat cepat.

"Perut kau kalis api ke nak oi!!!" Kaizer tergelak namun terdiam meliat sorot mata yang penuh keazaman.



DreamWhere stories live. Discover now