Speedster

31 8 0
                                    

Aku lihat bekas 10 gallon itu bagaikan tak percaya, kenapalah cabaranya sesukar ini walaupun ianya hanyalah minum cappucino, aku pandang Kaizer minta simpati.

"Masa kamu bermula sekarang!" Fissal memulakan kiraan mundur

"Time out! Boleh tak saya guna apparatus untuk membantu dalam cabaran ini?" aku menyoal Fissal

"Tak ada peserta yang pernah bertanyakan soalan ini pada saya,jadi jawapan saya ya boleh kamu boleh gunakan apa juga apparatus untuk pusingan kelayakan ini,asalkan kamu mampu selesaikan tugas dalam tempoh yang diberikan." Fissal menerangkan jawapanya. Mataku bersinar lalu lengan baju kusinsing menampakan jam berwarna biru metalik.

QSX-35S, jam ini bukan sebarangan jam biasa, kerana akulah yang menciptakanya, jam ini mempunyai pelbagai fungsi dari sekecil kecil tugas sehingga ia boleh memperlahankan masa juga. Aku tekan butang panel sisi pada pemuka jam itu

START UP! HYPER MODE!

Dengan sepantas kilat minuman dalam bekas 10 galon itu aku teguk dengan rakus,Kaizer dan Fissal hanya ternganga melihatkan satu persatu bekas mejadi kosong dan aku lempar ke tepi

"Biar betul budak ni, dia serius mahukan tag emas tu tapi kenapa?" Fissal ternganga.

"Kau betul mahu Rui kembali pada kau Sora,kau sanggup tempuh bahaya walau kau tahu mungkin kau akan kalah."

"Aku mahu impian aku tercapai, bersama Rui di sisi ku kerana tanpanya aku bagai burung patah sayap" lalu bekas terakhir habis diminum

HYPER MODE DISENGAGE!

Aku senyum sinis pada Fissal lalu menghulur tanganku

"Aku dah selesaikan cabaran jadi mana tag emas."

"Baiklah kerana kau telah menyelesaikan cabaran pertama maka dengan kuasa yang diberikan padaku, aku istiharkan kau layak ke pusingan pertama." Fissal menyerahkan tag emas,namun tiba tiba tag itu disambar seseorang yang amat aku kenali, dialah punca aku dihina 3 tahun yang sudah.

"Tag ini milik aku sayang." Seorang lelaki berambut merah dan bermata hazel memandang aku dengan penuh sinis

"Carlos! Berani kau munculkan diri selepas apa yang terjadi antara kita!"

"Aku dah cakap aku akan susahkan hidup kau bukan,so kalau kau nak tag ni balik kejarlah aku...Hahaha." Carlos menghilang dan kepulan asap dilepaskan.

"Sekarang apa Sora." Kaizer lihat aku

"I will get the tag back, aku akan kalahkan dia ini sumpah aku!"

DreamWhere stories live. Discover now