Kisah Kami

22 6 4
                                    

Morning my dear ahjumma.” kedengaran suara lembut Rui mengejutkan ku dari lena yang panjang. Perlahan aku mencelikkan mata, dengan perasaan malas aku mulai membuka tingkap. Barulah aku sedar yang panggilan video antara kami tidak aku matikan, sesekali terdengar aku menguap.

“Awal sangat lah laling, kamu tahu tak pukul berapa akak tidur semalam,dengan nak siapkan bab terbaru Forever Love lagi, nak leraikan dua mangkuk tepen tu bergaduh lagi, huaaa kenapalah aku ditakdirkan bertemu dua blockhead terbabit?” aku meletakan kepala pada meja kerjaku dan terdengar tawa dari hujung talian sana

“Ala Harmie dan Yud tu biasa la, kalau tak gaduh satu hari memang tak sah, boleh kiamat dunia eh salah pulak boleh sunyi plus-u kalau diaorang tak ada. Macam kena langgar garuda.” Rui tersengih

“Nasib baiklah kamu sangat memahami,kalau tak to be honest akak nak humban mereka dalam sungai haih.” 

“Biasa lah budak sunat laser, perangai tak semenggah sesaja.” 

Aku hanya tertawa mendengarkan kata kata Rui,lucu sekali bila seorang gadis korea yang merupakan pelajar pertukaran terikut slanga Malaysia.

“Do you even know ke dia sunat laser?” kali ini aku pula bertanya.

“Entah,mana Rui tahu sebab Rui bukan lelaki pun.” sang adik jungkit bahu. Aku hanya mampu menepuk dahi berkali kali

“Apa yang kau fikirkan Sora?” pertanyaan Kaizer membawaku kembali ke realiti.

“Takdir itu memang kejam bukan? Rui pergi di saat segalanya sempurna.” rantai berbentuk berlian itu aku genggam erat,seolah menyatakan kerinduan yang terpendam

“Kau sedia untuk cabaran kedua?” Kaizer memandangku dan aku membalas pertanyaan itu dengan anggukan sahaja. Perlahan sampul kedua aku buka.

Nasi lemak buah bidara 

Sayang selasih hamba lurutkan

Buang emak buang saudara 

Kerana kasih hamba turutkan

Cabaran kedua anda pergi ke warung nasi lemak wak Leman dan berjumpa dengan Encik Muhsin bagi mendapatkan klu seterusnya.

“Encik Muhsin, warung nasi lemak wak Leman, lets go Kai!"

DreamWhere stories live. Discover now