bab 2: berjumpa dalam gelap

236 12 2
                                    

Di rumah Kevin, Raven dan Kevin memasak Maggi 4 bungkus dan setelah selesai masak.

Mereka berdua duduk di sofa, makan sambil nonton drakor kesukaan mereka.

"Kau masak banyak-banyak ni boleh habis ke kita?"tanya Kevin.

"Tak apa, perut aku besar"ucap Raven.

"Ermm tak apa ke aku makan Maggi ni, risau abang aku balik mendadak je. Kau pun tau kan aku tak boleh makan benda macam ni.. kalau boleh pun sebulan sekali je."ucap Kevin sedikit takut dengan abangnya.

"Tak apa, nanti aku backup kau"ucap Raven santai.

Kevin hanya mengangguk, dia memang takut nak buat benda nakal dengan abangnya satu itu. Tak pasal-pasal Kene kurung dalam bilik.

Huff cukup dia dah trauma jadi budak nakal, sebab tu Kevin jadi anak penurut.

Selesai sahaja makan Maggi, Kevin dan Raven push rank selama 2 jam.

"Huff sikit lagi nak menang!"seru Raven.

"Sikit lagi...."

Dan..

"Victory!"ucap Kevin dan Raven bersamaan.

"Yoshhh! Satu ronde lagi!"semangat Raven.

"Aku rasa cukuplah tu, mata aku dah sakit"ucap Kevin mengusap matanya lembut.

"Ahh ye kau mana boleh main fon sangat, kalau macam tu aku balik dulu ye"ucap Raven salam tangan Kevin lalu mengecup singkat dahi Kevin layaknya seperti seorang adek.

"Aku balik dulu"

"Hati-hati kat tengah jalan!"peringat Kevin.

*

*

*

*

*
Di kantor/pejabat polisi, Kairen dibuat penat kerana banyaknya kertas laporan di atas mejanya.

Bukan kertas laporannya sahaja, panggilan dari Klang lain pun banyak menghubungi nya.

Sangat hari Isnin yang memenatkan.

"Huwaa nak tidur, nak baring atas katil!"rengek Kairen meletakkan kepalanya di atas meja.

"Aku suruh kau rehat tadi tapi kau tak nak, padan muka kan dah penat"ejek kawan Kairen bernama Reykal.

Kairen mengangkat kepalanya dan menatap kawannya yang berada di hadapannya.

"Huwaa menyesal aku tak dengar cakap kau!"

"Dah dah cepat siapkan kerja kau, nanti aku belanja makan. Cakap pasal makan.. adek kau dah makan ke?" Tanya Reykal membuatkan mata Kairen melebar.

"Aku belum tanya lagi dia makan apa!"seru Kairen mengeluarkan telefonnya dan menelefon Kevin.

"Ye abang ku tersayang ada apa?" Tanya Kevin lembut

Reykal bergedik geli, sungguh adek yang sangat menyayangi abangnya.

"Abang nak tanya, adek maka apa lepas balik sekolah?"tanya Kairen.

Nak tak nak Kevin perlu tipu.

"Adek makan ayam masak merah dengan kawan adek kat luar.."ucap Kevin

"Adek kalau tipu siap adek"tegas Kairen membuatkan Kevin sedikit takut di balik layar telefon.

"A-adek tak tipu lah abang!"Kevin langsung menutup panggilan itu.

Kairen menatap tajam ke arah telefonnya, tak apa tak apa. Abang biarkan adek kali ni tapi lepas ni jangan harap.

"Huff tak perlu nak marah macam tu kat adek kau, dia dah besar. Umur pun dah 14 tahun"ucap Reykal sambil membaca kertas laporannya.

MAFIA LOVEWhere stories live. Discover now