Bab 13

365 25 14
                                    

Let's begin🤍🤍🤍🤍🤍

 
    'Tit...Tit...Tit'

Iris berada dalam wad bersama Izz yang masih tidak sedarkan diri . Iris merenung nombor bacaan jantung dan tekanan darah Izz . Izz baru sahaja dipindahkan ke wad biasa dan Aariz memberi keizinan untuk Iris meluangkan masa sebentar sebelum Iris membawa diri pergi jauh dari Izz .

Iris mengeluh perlahan . Dia beralih memandang wajah Izz yang pucat dan tenang . Dia taktahu tapi diri dia merasa sebak bila mengingatkan dia akan pergi nanti.

"Aku kena pergi Izz...aku minta maaf .." dia berasa serba salah apabila mengingatkan perjanjian yang dia buat sebelum Izz hilang kesedaran .

Dia merenung tapak tangan Izz sebelum perlahan - lahan menyatukan tangan mereka . Sebelah tangan Iris mengusap lengan Izz seraya meletakkan kepala dia di sisi katil Izz .

"Izz ...aku ni memang tak boleh dapat kebahagiaan ke ..?" Iris mula meluah sendiri . Dia menahan sebak di dada . Dia tahu walaupun Izz tak dapat mendengar tapi dia tetap nak meluah .

"Aku kena berjauhan dengan family aku ...sekarang ni ...aku kena berjauhan dengan kau pula hmm.." Iris benci dengan sisi dia sekarang . Lemah. Cengeng . Penakut . Selalu dia ialah seorang yang tak gentar dengan apapun . Dia jenis lebih suka bersendirian . Tapi selepas pertemuan dia dengan Izz membuatkan sisi diri dia yang dulu mula keluar .

"Tak boleh ke aku nak bahagia Izz...aku penat hidup seorang diri.."

Iris mengusap kasar air mata dia yang jatuh dengan sendiri nya . Meyampah! Cengeng betul diri dia saat ini.

"Sometimes when we love someone ...we have to let them go..." - Doktor

Iris teringat kata-kata doktor saat mereka berada dalam OR . Perlu ke aku lepaskan dia ? .

Pelbagai persoalan yang bermain dalam fikiran dia . Dia berperang dengan kata hati dia sendiri.

"Iris .."

Dia menoleh saat mendengar seseorang memanggil nama nya . Terlihat Aariz yang berdiri tepat di belakang dia. Laju Iris melepaskan tautan tangan mereka berdua dan berdiri menghadap Aariz.

"I'm sorry but this is the best choice for him.." Aariz merasa sedikit serba salah tapi ini yang terbaik untuk Izz . Iris kena pergi jauh dari dia .

Iris hanya menunduk sebelum mendongak menatap wajah Aariz .

"It's okey ...aku pun dah buat keputusan aku Aariz...y..yang aku tetap akan pergi ..." Iris tersenyum tipis seraya memandang Izz sekilas .

Aariz mengangguk faham.

"You such a great leader Aariz ...kau lindung diorang macam family kau sendiri..." Iris mula berbicara setelah lama berdiam diri. . Dia agak cemburu melihat keakraban persahabatan mereka berlima .

     "Mostly diorang membesar dengan aku ...terutama Izz..." Iris memandang heran dan cuba faham kan kata-kata Aariz .

     "What do you mean by that..?"

Aariz mengambil tempat duduk di sofa seraya menyilangkan kaki . "Izz ialah anak tunggal dalam family dia ...but...family dia sendiri tak anggap dia anak.." Iris agak terkejut dengan penjelasan Aariz . Dia tak sangka Izz yang keperibadian dia seperti tiada masalah sebenarnya mempunyai masa lalu yang teruk.

"Aku beza 5 tahun tua dari Izz ...dan Khalish beza setahun tua dari Izz ..." Aariz mula ceritakan sedikit kisah mereka bertiga. Iris hanya mendengar tanpa rasa ingin mencelah.

His Obssesion  (OG)Where stories live. Discover now