Bab 4

19 0 0
                                    

Hana merenung mesej yang telah dihantarnya masih tidak berbalas risau sehingga tiba tiba satu pesanan daripada Ammar muncul.

"Kita jumpa pukul lima. Kafe dekat library" Pesanan yang diterima sangat ringkas tanpa berbasa basi tapi cukup untuk membuatkan hati Hana sedikit lega.

"Baik awak. See you" Hana tersengih sendiri tidak sabar untuk bertemu Ammar.

. . .

Kafeteria berdekatan dengan perpustakaan universiti menjadi pilihan untuk memudahkan Ammar. Kawasan itu agak lengang kerana waktu puncak para pelajar membeli makanan sudah pun tamat. Sebelum ini Ammar tidak langsung menjawab panggilan mahupun membalas sehingga Hana meghantar mesej bahawa dia ingin berjumpa kerana terasa lama mereka tidak bersua bukan itu sahaja, dia belum puas selagi Ammar tidak betul betul memaafkannya.

Hana menunggu Ammar dengan bekal yang dibawanya. Biasanya Hana akan memasak jika mereka sekadar bertemu di cafeteria. Bosan juga makan makanan yang menunya hampir sama, dibeli juga keychain berbentuk anime kesukaan Ammar untuk membeli jiwanya kembali Seminggu tidak berjumpa terasa lama. Dia sendiri tidak pasti sama ada dirinya betul-betul rindu atau sedang memendam rasa.

Hana menunggu sehingga kelibat Ammar kelihatan dari jauh. Tangannya dilambai-lambai dan Hana juga cuba memanggil namanya tetapi tidak dibalas walupun dah nampak. Ammar juga tidak tersenyum seperti kebiasaannya. Kenapa dia tak balas balik lambaian Hana? Dah tak suka sangat ke dia dekat diri Hana? Teruk sangat ke Hana abaikan dia? Banyak persoalan yang bermain di mindanya saat diberi respond begitu.

Kebiasaannya Ammar akan duduk di sebelahnya tetapi kali ini lelaki itu memilih untuk menarik kerusi dan duduk di depanya. Hana menelan air liur pahit. Kali ini dia sedar bahawa merajuknya Ammar kali ini lebih teruk dari dia dimaki ketika bermain game.

"Awak sihat?" Kepalanya disengetkan sedikit melihat muka jejaka itu. Hana cuba memujuk. Kadangkala Ammar mempunyai perwatakan seperti kanak-kanak. Kadangkala agak sukar untuk memujuknya tetapi Hana tidak kisah kerana Ammar selesa untuk menunjukkan sisi itu kepadanya.

"Sihat," Ammar menjawab pendek.

"Awak marahkan saya ke?" Hana cuba bertanya. Risau juga Ammar dalam mood yang tak baik.

"Tak." Jawapan yang diberikan hanya sepatah-sepatah. Wajahnya juga monyok.

"Are you sure? Saya tengok awak monyok je. Lambai pun tak, senyum pun tak" Hana masih menginginkan kepastian. Sudah menjadi lumrah seorang perempuan yang menginginkan perhatian dan kepastian sehingga dia benar-benar mempercayainya.

"Saya cakap okey, okeylah. Apa yang susah sangat nak faham?" Suara Ammar meninggi sedikit dengan wajahnya yang serius membuatkan Hana takut untuk bertanya lagi. Suaranya yang agak kuat itu membuatkan mata mata lain memandang. Terasa seperti semua orang sedang menghakiminya.

Wajah Hana kelat tetapi dia cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan. Jantungnya sudahpun berdegup kencang menahan sabar dan malu. Dia sedar ini semua berpunca darinya tetapi dia berharap Ammar menerima maafnya dan dia benar benar menyesalinya.

"Saya bawakan bekal makanan. Makanlah." Bekas makanan dibuka. Hana menyiapkan mi goreng sebelum ke kampus tadi. Masih panas. Sudu dan garfu diberikan kepada Ammar. Hana yakin Ammar masih memarahinya, jadi dia tidak mahu bertanya banyak.

"Makanlah," dia mempelawa Ammar.

"Tak lapar." Jawapan yang diberikan seakan-akan terpaksa.

"Penat saya buat," Hana memuncungkan mulutnya.

"Awak ni kenapa nak paksa-paksa?" Ammar mula meninggikan suaranya.

"Tak. Yang awak ni nak gaduh kenapa?" Dahi Hana berkerut. Dia cuba sehabis daya bersikap baik kepada Ammar untuk menebus kesalahannya, tetapi Ammar seolah-olah tidak mahu memberi peluang sedikitpun kepadanya.

TumbuhWhere stories live. Discover now