Bab 11

6 0 0
                                    


Hana berlari masuk ke rumah. Tanpa sedar, pintu rumahnya tidak ditutup rapat. Air mata berjujuran sebaik sahaja kakinya memijak lantai rumah. Dia mencabut tudung dan menggaru-garu kepala sehingga rambutnya kusut-masai. Terasa hendak memuntahkan segalanya tetapi perutnya tiada isi untuk melayani mualnya.

"Itulah, kau bodoh sangat percaya pada lelaki tu. Sebab tu orang kata kau perempuan jalang."

"Semua orang ingat kau rampas makwe orang. Tak ada siapa nak percaya cakap kau. Hidup kau kat kampus ni dah rosak"

"Semuanya sebab aku yang bodoh! Aku tak fikir! Aku naif!" Hana meraung seorang diri. Air matanya berhamburang keluar.

"Serabut! Serabut!" Dadanya terasa sesak seperti dihempap ketulan batu besar. Teresak esak sehingga sukar untuk bernafas.

Hana cuba mencapai buku nota yang kebiasaannya menjadi teman untuk dia meluahkan perasaan tetapi tiba-tiba dia pitam. Dahinya sempat terhantuk pada bucu meja kecil di sebelah katilnya sehingga jatuh rebah.

***

"Assalamualaikum." Fazrul mengetuk pintu rumah lalu memberi salam sehingga ketukan pintu itu menolak pintu rumah yang tidak berkunci bahkan tidak ditutup rapat. Fazrul memegang bungkusan plastic erat. Rasanya dia dah balik. kan? Kasut yang dia pakai tadi ada je ni. Dia tertanya sendiri.

"Assalamualaikum Hana?" Sekali lagi salam diberi. Nadanya berubah menjadi tanda tanya. Dahinya mula berkerut risau pula melihat keadaan pintu yang tidak berkunci.

"Hana? Ada dekat dalam ke?" Fazrul menguatkan suaranya dan pintu ditolak sedikit takut Hana tidak mendengar panggilannya tetapi masih tidak berjawab.

"aish" Dia mengeluh.

'nak masuk ke? Tapi rumah perempuan. Tapi Hana ada kan? Why senyap? Nanti jadi apa apa macam mana? Aduh... Risau aku.." Dia bercakap cakap seorang diri . Kepalanya yang tidak gatal digaru kerana fikirannya yang terganggu dengan lambakan soalan.

Masuk ke tak? Masuk? Aaah masuk je lah Fazrul" Dia menampar pipinya untuk meyakinkan diri.

"Hana, saya masuk tau" Fazrul meminta izin sekali lagi sebelum dia masuk. Mana tahu tiba tiba Hana membalas tetapi rumah itu masih sunyi.

Fazrul takut takut membuka kasut dan melangkah masuk tetapi terpaksa memberanikan diri kerana risauRumah itu masih sunyi. Fazrul meninggalkan bungkusan di atas meja belajar berdekatan.

"Hana?" Entah sudah kali ke berapa dia memanggil tetapi tidak menyahut. Fazrul memberanikan diri lagi untuk melihat lihat rumah pangsapuri tersebut sehingga kelihatan satu pintu bilik terbuka luas.

"Hana!?" Nada suaranya yang dari tadi memanggil Hana dengan penuh tanda tanya kini bercampur dengan emosi terkejut dan tidak menyangka dengan apa yang dilihatnya.

Gadis itu terbaring di atas lantai dengan darah di kepala. Walaupun tidaklah banyak tetapi cukup merisaukan pada sesiapa yang melihatnya.

"Ya Allah! Hana!" Fazrul gelabah. Cepat cepat dia mengambil kain menekup luka yang ada pada dahi Hana dan menyambar tudung berdekatan untuk menutup kepala Hana. Nama Hana dipanggil berulang kali supaya dia terjaga tetapi masih tidak berlaku seperti yang diharapkan. Dia melihat sekeliling resah. Tidak tahu apa yang boleh dilakukannya.

"Fikir Fazrul fikir!" Fazrul gelabah. Cuak dengan apa yang berlaku. Keliru tidak tahu apa yang boleh dilakukannya. Akhirnya dia memilih untuk menghubungi ambulans dan memberi bantuan kecemasan Awal.

azrul mencari kain yang ada di sekeliling dan menuju ke tandas lalu dibasahkan. Tangannya yang basah dengan air dipercikkan ke muka Hana dan pipinya ditepuk untuk menyedarkannya tetapi masih sama.

TumbuhWo Geschichten leben. Entdecke jetzt