Bab 23

4 0 0
                                    


Selepas mereka balik dari camping tempoh hari, Hana dan Sara memutuskan untuk duduk diam di dalam bilik masing-masing dan berehat sepuasnya.

Sedang Hana leka dengan komputer ribanya, terdengar bunyi ketukan kuat dari luar biliknya.

"Hana! Hana!" panggil Sara dengan nada yang agak cemas. Tanpa menunggu Hana menyahut panggilannya, Sara terus membuka pintu bilik Hana yang tidak berkunci itu.

"Hana, tengok ni!" Bahu Hana ditampar. Dia sedang sibuk menonton anime menerusi komputer riba sambil mengunyah coklat balang.

"Astaghfirullah, benda apa?" ujar Hana dengan riak yang terkejut dek tamparan Sara pada bahunya. Balang yang dipegangnya juga terjatuh. Dia terus menghentikan cerita yang sedang ditonton. Massara segera menghulurkan fon telinga kepada Hana. Fon telinga dipakai lalu dia melihat video pendek yang ditunjukkan Massara.

Hana tersedak. Ada dua video yang dilihatnya; pertama, video yang menunjukkan kelibat Massara memarahi Ammar dan kedua, video lelaki itu menampar Hana tempoh hari. Hana mula runsing. Dia tidak mahu melihat dan membaca ruang komen.

"Biar sajalah," Hana sudah malas untuk mengambil tahu Dia sedaya upaya menolak segala jenis perkara negatif yang boleh mencetuskan mindanya dari berfikiran buruk.

"Kali ni, lain HanaSemua orang dah mula salahkan Ammar, malah akaun yang pernah menghina Hana dulu pun dah mula pertahankan Hana. Ada juga yang komen dekat video tu yang diorang nak minta maaf dengan Hana.

"Hana rasa... Hana dah maafkan semua orang." Dia lebih tenang begitu. Tidak mengambil tahu tentang orang yang mempunyai hasad dengki kepadanya adalah pilihan terbaik.

Massara mematikan telefon. "Alhamdulillah... tapi apa kata Hana sekurang-kurangnya cipta akaun baru dan beri peluang pada orang untuk meminta maaf secara tertutup?" Massara mencadangkan.

"Hmm... macam mana kalau nanti muncul pula cemuhan lain?" balas Hana dalam kerisauan. Kali ini dia ingin lebih berhati hati dalam membuat pilihan.

"Betul juga." ujar Massara sambil meletakkan jari telunjukknya di dagu dan mengangguk setuju dengan tanggapan Hana. Pendapat Hana tetap diraikan walaupun mereka berbeza pendapat.

"Pendirian Hana tetap kali ini. Pada sesiapa yang berniat meminta maaf, Hana sudahpun memaafkan kesemuanya." Keputusannya untuk tidak membuat akaun baru adalah muktamad. Dia sudah serik dan menjadikan kisah itu sebagai pengajaran dalam hidupnya.

Massara mengangguk. Dia menyetujui pendirian Hana itu. Gadis itu sedikit pun tidak kisah dengan media sosial yang terbuka. Dia lebih memilih untuk merahsiakan akaunnya seperti dulu, sebelum dia dikenali sebagai content creator.

"Tapi..." Massara cuba memberi pandangannya, tetapi terganggu dengan bunyi panggilan pada telefon Hana. Hanya nombor telefon yang tertera tanpa nama pemanggil.

"Helo, assalamualaikum. Siapa ni?" senyap, tiada jawapan.

Baru sahaja Hana ingin mematikan panggilan tersebut, terdengar namanya disebut dari pihak pemanggil.

"Hana..."panggil empunya suara dengan nada yang agak sedih.

Hana melekapkan kembali telefonnya ke telinga.

"Ya, boleh saya tahu siapa ni? Sekali lagi Hana bertanya.

"Saya ni Maria" ujar pemanggil tersebut.

Hana terpaku seketika. Riak wajanya sangat terkejut, kenapa Maria tiba-tiba menelefonnya.

"Saya... saya dah putus dengan Ammar. Hana boleh tak saya nak jumpa awak? Saya ada sesuatu nak luahkan dekat awak. Please Hana?" Sambung Maria. Kedengaran suara gadis itu seperti sedang menangis.

"Hm.." Hana berdiam diri seketika. Dia tidak tau sama ada dia patut berjumpa dengan Maria ataupun tidak. Tapi mendengarkan Maria yang teresak-esak membuatkan hatinya jatuh kasihan. Gadis itu menangis menyatakan bahawa hubungannya dengan Ammar sudah berakhir. Dia mengajak Hana untuk berjumpa walaupun Hana tidak tahu keperluan mereka berjumpa. Oleh kerana itu, dia pun bersetuju untuk berjumpa dengan Maria.

"Boleh. Bila awak free?" tanya Hana. Massara yang disebelahnya sudah mengangkat kening.

"Kalau kita jumpa esok boleh? Nanti awak mesej je saya bagitahu nak jumpa dekat mana. And lagi satu, kalau boleh Maria nak jumpa dengan Hana sorang je boleh?" jawab Maria dihujung talian.

"Alright sure." ujar Hana.

"Okay kalau macamtu, kita jumpa esok lah. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Uap Maria meminta diri.

"Waalaikumussalam" Hana terus mematikan telefonnya.

"Siapa?" Massara cepat-cepat ingin tahu. Hana jarang bergaul dengan orang lain, jadi agak sukar untuk meneka.

"Cuba teka..."

"Fazrul?" Sebaik Massara menyebut nama itu, Hana mengerutkan dahinya. Dia malah tidak mempunyai nombor telefon lelaki itu.

"Maria. Girlfriend Ammar. Atau... mungkin dah jadi ex?" Hana memberitahu. Hana cuba bersangka baik, mungkin gadis itu memerlukan sokongan.

"Dah jadi ex? Seriously that dude?" Siapa sangka lelaki itu boleh menukar-nukar pasangannya dengan sangat cepat seperti menukar baju. 'Mungkin dengan ayatnya yang manis dan kelakar termasuklah menyakitkan hati', getus hati Massara.

"Hana teka je sebab suara Maria macam tengah sedih," cerita Hana lagi.

"Tapikan, buat apa dia nak jumpa hana pula ni? Sebab baru nak menyesal?" ujar Massara tidak berpuas hati.

"Hana rasa ada sesuatu yang berlaku pada dia." Hana cuba untuk positif.

"Kalau Hana nak pergi jumpa Maria, Sara nak ikut sekali!" bukan apa, dia takut kalau apa-apa jadi dekat Hana.

"Eh, takpa Hana boleh pergi sorang. Lagipun Maria minta nak jumpa dengan Hana sorang je. Mungkin dia segan kalau ada orang lain." ujar Hana dengan tenang.

"Okaylah kalau macamtu. Tapi, pastikan pilih tempat terbuka takut kalau ada apa-apa yang tak diingini berlaku. Sama macam atas talian, orang boleh bermuka-muka. Hati-hati, okey?" sempat Marissa berpesan. Massara risau jika ada apa-apa yang terjadi pada Hana.

Ammar diburukkan bersama teman wanitanya dan Maria tiba tiba menghubungi Hana pada hari yang sama. Massara sangat takut kalau-kalau gadis itu mahu membalas dendam terhadap rakan baiknya. Risau. Massara terus mengambil keputusan untuk menghubungi Fazrul.

"Hello Fazrul. Jom teman aku pergi ikut Hana" Massara terus mengajak Fazrul tanpa memberi salam pun.

"Hah? Buat apa?"Kedengaran suara lelaki itu tertanya tanya dengan permintaan Massara yang tiba tiba.

"Jom lah nanti aku cerita" Massara kalut.

"Ye lah. Aku ambil kau lah macam tu" Fazrul pula bersetuju sahaja tanpa mengetahui keadaan Massara.

"Okay. Cepat sikit" Terus Massara mematikan telefon. 

TumbuhWhere stories live. Discover now