Bab 7

10 0 0
                                    


Hana duduk melepak sambil minum bersama Massara di ruang tamu kecil mereka. Hari ini dia mahu menyiarkan satu video di akaun tiktoknya. Sudah lama video itu disiapkan cuma belum dimasukkan ke dalam tiktok.

Biasanya Hana akan menyiarkan video di tiktok pada setiap hari sama ada content berjadual mahupun tidak tetapi sudah beberapa hari dia tidak menyiarkan apa apa kerana dengan semua perkara yang terjadi.

Ada segelintir pengikutnya yang perasan akan hal itu dan bertanya di ruang komen malah ada yang menghantar mesej bertanya khabar kepadanya jadi Hana menjelaskan bahawa dia cuma sibuk sehingga ada soalan lain dari pengikutnya yang mula menjadi bualan hangat. Lagi-lagi setelah mereka menyedari bahawa Hana telah memadam semua video yang berkaitan dengan bekas teman lelakinya.

Bukan itu sahaja, malah segelintir dari pengguna media sosial mengkritik perbuatan Hana. Dia dihentam teruk tanpa mengetahui sebab musabab apa sebenarnya yang telah berlaku.

"Perempuan miang." Satu komen singgah pada video terakhir dari 'Cik Bum', nama pemilik satu akaun TikTok.

"Eh? Cik Bum cakap apa ni?" Hana bertanya kerana inginkan kepastian. Dahinya berkerut saat membaca komen. Sakit hatinya geram. Biadap, tiba tiba saja. Entah apa yang netizen bualkan sepanjang kehilangannya. Kadang kala mereka memerli orang lain sebagai bahan jenaka, jadi Hana kurang faham dengan konteks yang hendak disampaikan.

"Buat-buat tak tahu pula. Hilang sebab nak jaga air mukalah tu" Satu lagi komen datang dari akaun yang lain.

"Sumpah tak faham. Korang cerita apa ni? Benda viral baruke?" Hana mengerutkan dahinya. Dia seakan mengagak bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Jantungnya berdegup laju. Takkanlah....ada orang sebar video dekat kafeteria tu? Dia berteka teki. Kalau betullah, perkara itu adalah memalukan.

Minggu yang lalu tular dengan kisah lelaki yang berkahwin dua, tetapi Hana tidak mengambil peduli sangat tentang lelaki itu. Kebiasaannya, perkara yang tular tidak bertahan lama jadi Hana tertanya-tanya tentang isu hangat baru yang mereka sedang katakan.

"Sara, apa benda yang diorang cakap ni?" Hana menunjukkan skrin telefon ke arah Massara yang berada di sebelahnya.

Massara mengambil telefon Hana sambil membaca komen komen yang disebutkan.

"diorang tengah cakap pasal benda viral baru baru ni.. baru je" Terasa kelat air liur Massara untuk memberitahunya dek kerana rasa bersalah itupun dia bercakap dengan tidak jelas. Lagipula Hana sendiri tidak menceritakan kepadanya apa yang terjadi. Jadi Massara juga teragak agak sama ada dia perlu memberitahu Hana atau berdiam diri yang akhirnya dia memilih pilihan kedua.

"Apa benda? Diorang ni macam kecam Hana je...." Hana menunjukkan ruang komen kepada Massara. Beberapa perkataan yang tidak baik telah dilemparkan dan dia seperti dihina. Tidak faham apa yang berlaku.

"Apa benda yang viral sampai Hana terpalit ni?" dia berdesis. Baru beberapa hari dia menjauhkan diri dari sosial media atas saranan Massara untuk menenangkan diri dari semua perkara yang telah menimpa dirinya.

Baru beberapa hari dia menjauhkan diri dari media sosial atas saranan Massara. Katanya, supaya dia boleh tenangkan diri daripada drama-drama yang dia lalui baru ni. Hana akur, dan dia tak nafikan dunianya jadi sedikit ringan, lapang. Namun kali ini, bila dia baru saja mahu kembali aktif di media sosial, sudah ada isu lain terpalit padanya. Rasa stres datang kembali, kepala Hana mula berdenyut; seolah-olah macam dia tak pernah berehat dari media sosial langsung. Netizen ni memang tak pernah bosan dari bergosip pasal orang ke?.

Antara sebab Massara tidak mahu berita buruk itu juga adalah kerana tidak mahu komen komen tersebut mengganggu emosi Hana Malah, isu tular itu sudah beberapa hari berlalu sejak dia memutuskan hubungannya dengan Ammar. Massara yakin benda viral sebegitu akan basi tak lama lagi.

TumbuhWhere stories live. Discover now