Bab 9

9 0 0
                                    

Hana bersiap-siap untuk keluar dari rumah. Dia merancang untuk pergi ke dewan teater untuk berjumpa dengan pensyarahnya kerana dia perlu menghantar skrip yang telah disiapkan olehnya. Dia memakai skirt beige labuh yang dipadankan dengan blaus putih dan tudung bawal. Sesampainya di bawah, kelihatan wajah seorang pemuda yang samar-samar dalam mindanya, seakan-akan pernah beberapa kali ditemui sebelum ini. Pemuda itu seperti sedang menunggu seseorang di sebelah keretanya.

"Sorry?" Hana meminta laluan untuk membuka pintu kereta.

"Oh, hi. Morning. Assalamualaikum," sapa Fazrul.

"Eh, Fazrul! Erm, kenapa awak dekat sini?" Hana mengerutkan kening.

"Jawablah salam dulu, kut ya pun." Fazrul menggelengkan kepala. Reaksi Hana seakan-akan tidak suka dengan keberadaannya di situ.

"Waalaikumussalam. Kenapa awak dekat sini?" Tanyanya lagi. Wajah Hana redup. Tiba-tiba dia teringat kejadian yang membuatkan Fazrul juga terpalit fitnah kerananya. Belum pun dia berterima kasih dan meminta maaf. Perasaan bersalah menyelubungi. Tidak tahu bagaimana hendak menyusun kata.

"Ah, saja je alang-alang lalu sini," jawab Fazrul teragak-agak. Nampak sangat dia tidak pandai menipu.

Fazrul tidak mahu bertanya apa-apa tentang kejadian tempoh hari, kerana dia bimbang akan mengganggu emosi Hana. Massara sendiri yang memberitahunya Hana agak tertekan kebelakangan ini.

"Oh," ringkas Hana menjawab. Dia juga tidak tahu untuk bertanya apalagi kerana dia merasa keadaan menjadi janggal.

"By the way, Hana nak kemana? Sorang je ke?" tanya Fazrul cuba untuk menghilangkan rasa janggal antara mereka.

"Iya, sorang je. Hana nak pergi dewan teater, nak hantar skrip dekat pensyarah." Jelas Hana.

"Kalau macamtu jomlah, Faz hantarkan." pelawa Fazrul.

Sebelum pulang ke kampung, Massara telah meminta Fazrul untuk menjenguk keadaan Hana kerana gadis itu tidak ada kawan rapat lain melainkan Massara sendiri. Lagi pula, Fazrul adalah salah seorang orang kedua yang boleh dikatakan agak mengenali Hana selepas dirinya.

" Eh, Hana drive sendiri. Tak apa." Hana menolak. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi. Lebih-lebih lagi pada orang asing yang sudah cukup terpalit dengan fitnah kerananya.

"Oh, ye ke. Okayla hati-hati drive tu." Ucap Fazrul dengan nada yang agak kecewa.

"Hana pergi dulu ye," Hana meminta diri lalu menuju ke pintu kereta Myvi putihnya.

Fazrul segera ketepi memberi ruang kepada Hana untuk masuk ke dalam kereta. Dia hanya melihat tingkah Hana dengan pandangan yang redup. Baru sahaja dia ingin berlalu pergi, tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil.

"Faz! Faz!" Segera Fazrul menoleh kearah si pemanggil.

"Kenapa ni Hana?" tanya Fazrul agak risau.

"Enjin kereta Hana ni, tiba-tiba tak boleh start. Faz boleh tolong tengokkan tak?" jelas Hana dengan wajah yang berkerut.

"Boleh," jawab Fazrul sambil mengangguk dengan laju lalu menuju kearah kereta Hana bagi memeriksa keadaan kereta tersebut. Fazrul cuba untuk menghidupkan semula enjin kereta tersebut beberapakali tetapi tidak berjaya. Dia juga telah menggunakan kaedah jumpstart dan enjin kereta itu masih tidak berjaya dihidupkan.

"Hana, Faz rasa kereta Hana kena hantar bengkel. Mungkin ada something yang rosak." Fazrul memberikan cadangan kepada Hana setelah sekian lama dia cuba untuk menghidupkan enjin kereta Myvi milik Hana.

"Ye ke? Kalau macamtu tak apalah. Nanti Hana uruskan." Ujar Hana masih dengan riak wajah yang risau.

"So, boleh tak kalau Faz nak hantar Hana pergi dewan teater?" Fazrul mencuba nasib sekali lagi.

TumbuhWhere stories live. Discover now