2

5.4K 219 5
                                    

INAYA melopongkan mulut. Seolah tak pernah lihat bangunan pencakar langit depan mata. Berkali-kali dia bergilir memandang kad bisnes tersebut dengan bangunan di hadapan dia sekarang. Ternyata alamat pada kad bisnes Nufail membawa dia ke antara syarikat IT yang boleh dikatakan terkenal di seluruh Asia. Melalui kajian dia pada kad segi empat itu. Nufail merupakan software engineer. Tak hairanlah dia boleh ada motosikal berkuasa tinggi.

Satu mata tambahan lagi untuk Nufail. Genius.

Inaya suka lelaki pintar. Ada gaya badboy. Dingin. Kacak. Apa lagi? Oh ya, juga tinggi! Rasanya ciri-ciri jejaka idaman Inaya semua ada pada Nufail. Inaya mengerling ke arah jam tangan sekilas. Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Tanpa berlengah, dia mengatur langkah masuk ke lobi utama syarikat gah tersebut. Inaya tayang riak wajah datar tiap kali ada lelaki mencuri pandang ke arahnya. Perkara biasa.

"Bukan itu Nyx, ke? Dancer yang selalu buat persembahan dekat Perancis."

"Bila kau beritahu baru aku teringat. No wonder lah muka dia familiar. Tak tipu, dia cantik gila."

Telinga menangkap segala bisikan pekerja syarikat ini. Kan dia sudah cakap. Nufail seorang saja pelik. Nufail lansung tak cam dia malam tadi. Tapi Inaya suka. Sekurang-kurangnya lelaki itu tak pandang dia hanya sebab dia cantik. Detak kasut tumit tinggi Inaya bergema di ruangan lobi. Kaunter dituju. Inaya letak kad bisnes Nufail atas kaunter tersebut.

Wajahnya dimaniskan. Inaya hanya suka berinteraksi dengan perempuan. Dia bukan tak suka lelaki. Tapi dia rasa kaum lelaki kebanyakannya menjengkelkan. Semua tertarik dengan benda cantik. Nampak sangat tak ikhlas. Sedangkan bila tua nanti kecantikan itu hilang juga.

Gadis yang bertugas di kaunter syarikat tersebut terkebil-kebil memandang Inaya. Nyx! Pada era ini, siapa tak kenal Nyx boleh campak dalam gua jauh-jauh! Sebab gadis di hadapannya ini merupakan penari bertaraf antarabangsa. Pada lelaki yang kata Nyx ini hanya biasa-biasa. Memang buta! Dalam diam gadis itu melompat riang dalam hati. Teruja bila dapat berdepan dengan Nyx sebegini.

"Hey, you dengar tak I tanya apa?" Tunak sahaja suara itu menyapa halwa pendengarannya. Gadis bernama Eiyana kini kembali kepada realiti. Fokus diberi kepada Inaya.

"Maaf, miss. Boleh ulang sekali lagi tak? Saya... urm distract sebab miss cantik sangat." Perlahan sahaja suara ketika menghabiskan ayat belakang. Inaya ketawa kecil. Selain dia dah jatuh suka dengan Nufail. Dia suka juga dengan perempuan macam di hadapan dia ini. Bagi dia gadis ini comel!

"I nak tanya, ada tak pekerja nama Arden Nufail dekat sini?" Soal Inaya sekali lagi.

"Oh, Tuan Nufail! Miss ada appoinment ke dengan Tuan Nufail?" Inaya garu kepala. Bukan sebab gatal. Tapi dia tak tahu nak jawab macam mana. Dia tak pernah pula buat temu janji untuk berjumpa Nufail. Lagipun, dia jumpa kad itu sebab terjatuh atas tanah semalam.

"I nak tanya boleh?" Inaya dekatkan diri ke kaunter. Seolah mahu berbisik. Eiyana pula dengan rela hati memasang telinga. Tingkah laku Inaya sekarang sungguh menarik perhatian dia. Apa kena mengena Nyx dengan Tuan Nufail dia? Tak pernah-pernah ada perempuan datang ke syarikat semata mahu jumpa Nufail. Sekali, yang datang hari ini merupakan Nyx.

"Arden kerja apa eh dekat sini?" Walaupun sudah tertera pada kad bisnes itu. Inaya masih mahukan kepastian. Dia pelik kenapa gadis ini menggelar Nufail dengan panggilan tuan.

"Tuan Nufail software engineer dekat sini, miss." Jawab Eiyana pula.

"Kenapa you panggil dia tuan?"

"Tuan Nufail boleh dikatakan antara penyumbang idea terbesar syarikat ini sejak dua tahun lalu. CEO syarikat naikkan pangkat Tuan Nufail sekaligus dia dapat gelaran tuan di sini. Dia genius," terang Eiyana. Dalam hati, bermacam spekulasi dibuat. Antaranya Nufail sengaja rahsiakan pangkat sebenar kepada gadis ini. Mana tahu Nyx ini teman wanita Nufail? Jika ya, dia tumpang gembira.

"Miss nak jumpa Tuan Nufail?" Laju Inaya angguk. Dia sudah agak, gadis ini baik. Inaya suka orang baik! Seulas bibirnya mengukir senyuman lebar. Gembira apabila urusannya dipermudahkan.

Eiyana tekan butang intercom. Serentak suara Nufail menyapa gegendang telinga mereka berdua.

"What's wrong, Eiyana."

Seperti diagak. Suara itu datar.

"Tuan, Nyx nak jumpa tuan." Beritahu Eiyana. Inaya pandang dengan penuh mengharap. Berharap agar Nufail lembut hati mahu terima tetamu sekarang.

"Nyx?"

Nufail di hujung sana kerut dahi. Apa kejadah pula natang Nyx ini?

"Inaya! Inaya Maleeqa!" Eiyana tercengang. Nak tahu satu fakta? Nyx tak pernah dedahkan nama sebenar dia pada khalayak ramai. Tapi pada hari ini, dia jadi saksi Nyx mendedahkan namanya kepada Nufail. Kiranya Nufail kenal rapatlah dengan gadis ini?

Nufail pula sudah angkat kening bila dengar satu suara asing mencelah. Otaknya sibuk memerah mahu ingat kembali siapa Inaya Maleeqa. Kemudian, memori malam tadi menjengah. Terus wajahnya berubah ketat.

"Tuan?" Panggilan Eiyana mematikan lamunan Nufail. Nufail menghela nafas.

"Bagi dia masuk."

Putus Nufail. Nak halau, tapi gadis itu tak ada pula buat onar dalam syarikat ini. Lainlah kalau spesies perempuan gila. Memang dia panggil pengawal keselamatan heret gadis itu keluar terus! Intercom ditutup. Eiyana pandang gadis cantik itu semula. Inaya sudah sedia mengukir senyuman polos. Dia sedang teruja. Nufail sudi bertemu dengannya!

"Urm... miss lebih selesa saya panggil guna nama mana, ya?" Takut-takut dia menyoal Inaya. Ada rumor mengatakan Inaya ini baran. Tersilap cakap sedikit, hancur terus mood Inaya. Dia tak mahu gadis cantik itu membencinya. Tak mahulah nanti tiba-tiba kena pecat sebab ada masalah dengan teman wanita Nufail.

Pada ketika ini, dia mula agak Inaya merupakan teman wanita Nufail.

"Inaya pun boleh. Tapi you jangan cerita dekat orang tau? Kita-kita aje," pesan Inaya. Eiyana sudah angguk faham. Nyx dah bagi lampu hijau!

"Miss Inaya boleh ikut saya. Saya agak miss tak tahu pejabat Tuan Nufail dekat mana, kan?" Pelawa Eiyana. Inaya sudah angguk setuju. Dia membuntuti langkah Eiyana. Pandangan dari pekerja lain diabaikan. Tujuan utama dia ke sini semata mahu jumpa Nufail. Bukan mahu tunjuk populariti dirinya. Dan bila dia berhenti di hadapan satu pintu pejabat. Langkah mereka berdua terhenti. Eiyana ketuk pintu tiga kali sebelum dibuka cermat.

Inaya sekadar memerhati tindak-tanduk Eiyana. Sebenarnya dia mahu tanya. Nufail tak ada pembantu peribadi ke? Tapi dia diamkan saja.

"Suruh dia masuk. Kau boleh keluar." Suara garau itu tembus masuk ke rongga telinga. Inaya telan liur. Tiba-tiba dia rasa seram. Seperti boleh rasa aura dingin dalam ruangan pejabat Nufail.

"Miss Inaya boleh masuk. Apa-apa nanti miss tanya saya dekat bawah, ya?" Pamit Eiyana sebelum meninggalkan Inaya sendirian. Sedaya-upaya dia cuba tak ambil tahu tentang Nufail dan Inaya. Mungkin pasangan itu bergaduh? Kata akal fikirannya.

Sebaik sahaja Eiyana beredar. Inaya melangkah masuk. Kornea matanya menangkap Nufail masih sibuk menaip laju pada papan kekunci iMac. Di atas meja Nufail, bukan sekadar iMac sahaja yang ada. Malah ada lagi dua komputer berjenama lain yang mencecah harga ribuan ringgit. Sudah pastinya komputer-komputer itu mempunyai fungsi begitu canggih.

"Speak." Ujar Nufail sepatah. Mata masih melekat pada skrin iMac. Dia sedang sibuk mencari maklumat tentang kegiatan haram sindiket penjualan organ. Kerjanya sudah siap sejak awal lagi. Jadi dia mempunyai masa untuk buat semua ini.

"You tercicir polaroid ini semalam," polaroid diletakkan atas meja Nufail. Kerja Nufail terhenti. Sepasang mata gelap itu memandang polaroid di atas meja. Kemudian naik memandang Inaya semula.

"Kenapa kau ada polaroid ni?"

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now