INAYA tak perlu teka lagi. Sudah tentulah Nufail masih marah. Bukan marahkan dirinya. Tetapi orang lain. Habis kesemua pihak pengurusan dewan teater itu dihubungi Nufail. Daripada pihak pengurus bangunan, sehinggalah bahagian penyelenggaraan. Semua dimaki Nufail. Memang Nufail sudah berubah menjadi lebih baik. Tapi sifat barannya masih ada. Cuma dia tak pernah lepaskan kepada Inaya sahaja.
"Stupid! Sorry doesn't fix this. It's too little and too late, when the consequences are life and death. What if my wife dies!" Tempelak Nufail.
Sejak pagi tadi lagi Nufail melekat dengan telefon. Merata-rata orang dia hubungi. Semuanya bagi jawapan sama. Samada mereka meminta maaf, mahupun itu semua berlaku atas kecuaian pihak mereka.
Nufail duduk memicit kepala.
Setiap hari dia teman Inaya berlatih di pentas teater tersebut. Kenapa tiba-tiba semalam spotlight jatuh? Nufail buntu. Dia curiga dengan semua orang. Mustahil pihak pengurusan dewan teater terkemuka itu boleh cuai dengan sekecil-kecil perkara. Padahal, setiap petang Nufail tahu mereka akan lakukan penyelenggaran secara berkala.
Inaya menghela nafas.
"Hubby, Maleeqa nak letak ubat dekat luka hubby." Pinta Inaya. Sudah lama dia tercegat berdiri di pintu bilik. Memerhati Nufail sejak tadi. Nufail sungguh tak senang duduk. Sekejap lelaki itu berjalan ke kanan. Sekejap berjalan ke kiri. Inaya risau jikalau luka yang mulai kering itu kembali basah. Nufail tak patut bergerak banyak.
"Huh?" Nufail angkat kepala. Memandang Inaya yang sedang berdiri di hadapannya. Jelas Inaya sedang membawa sebotol ubat sapu bersama sekotak plaster. Inaya mahu tukar plaster yang melekat di belakang tubuh Nufail sejak semalam. Takkanlah dia mahu biarkan. Inaya tak mahu ada kuman merebak kerana sikap tak ambil tahu Nufail. Nufail memang takkan ambil peduli.
"Maleeqa nak tukar plaster tu." Beritahu Inaya. Nufail sudah berkerut dahi. Rasa ngilu semalam pun masih tak hilang. Ini pula isterinya itu mahu tukar plaster. Boleh seriau Nufail dibuatnya. Nufail, takut bila luka di tubuhnya disentuh. Memang dia fobia sejak kecil. Dan Inaya masih tak tahu tentang hal itu.
"T-Tak payahlah. Aku boleh buat sendiri." Nufail cuba berdalih. Tolong, jangan! Hujung bibir digigit perlahan. Lupa sudah keresahan tadi. Inaya sudah angkat sebelah kening. Apa yang Arden takut sangat ini? Sapu ubat dan tukar plaster saja pun. Bukannya dia nak koyak atau jahit luka tersebut.
"Apa hubby merepek ni? Luka tu dekat belakang badan hubby. Biar Maleeqa buatkan. Bukannya Maleeqa nak simbah luka tu dengan Dettol pun." Bidas Inaya pula. Nufail telan liur. Inaya kata apa tadi? Dettol? Cecair antiseptik yang mematikan itu? Inaya memang ada niat mahu bunuh dia dengan Dettol ke?
Berderau darah Nufail.
Apabila sedar Nufail masih senyap tak membalas sebarang kata. Inaya sudah pasang wajah hairan. Mata Inaya tunduk memandang kaki Nufail di lantai. Kaki itu dihentak berkali-kali. Inaya kenal bahasa tubuh itu. Bahasa tubuh di mana seseorang sedang resah. Pasti kaki mereka akan menghentak lantai berkali-kali tanpa sedar. Tak lama kemudian, bibir Inaya terjungkit. Senyuman senget terpapar di wajah Inaya.
"Hubby takut dengan luka eh?" Tanya Inaya nakal. Selama ini dia tengok Nufail begitu gagah perkasa. Namun, hari ini dia dapat saksikan bahawa susuk tubuh tegap itu takut lukanya disentuh sesiapa. Nufail sudah ketap rahang. Mana boleh Maleeqa tahu rahsianya yang satu itu!
"M-Mana ada. Aku cuma... ha! Aku cuma fikir kau tak adalah expert mana. Kau bukan pakar nak rawat luka orang." Nufail beralasan. Selang tiga saat, tawa Inaya pecah memenuhi ruang bilik tidur. Telinga Nufail memerah. Malu bila diperlekehkan Inaya sebegitu. Terasa seperti maruah dia sebagai suami yang gagah di hadapan Inaya sudah dipijak-pijak.
Lansung tiada belas kasihan daripada Inaya.
Tak henti Inaya ketawa. Tangan sudah dilekap ke perut. Ya Allah, suami aku takut dengan luka! Inaya rasa mahu berguling. Kenapa fakta baru tentang Nufail ini begitu mencuit hati? Puas selama ini dia berfikir. Di mana terletaknya kelemahan Nufail. Rupanya kelemahan itu, sekecil-kecil luka? Nufail sudah mendengus tak puas hati.
"Gelaklah puas-puas. Kau jangan minta aku bagi tazkirah malam-malam." Rajuk Nufail. Inaya sudah gigit bibir. Menghentikan tawa. Sempat hujung mata dikesat menggunakan hujung jari. Dia gelak kuat sangat sampaikan air mata pun mahu keluar.
"Okay okay. Maleeqa dah tak gelak. Ala, hubby. Normallah setiap orang itu ada fobia masing-masing. Maleeqa pun ada!" Pujuk Inaya. Diikuti dengan tawaran mahu buka aib sendiri. Nufail tayang muka menyampah. Entah apa budak ini mahu bagitahu dia pun tak tahu.
"Hm. Apa dia?" Tipulah Nufail tak mahu tahu.
"Maleeqa takut lipas!" Beritahu Inaya dengan semangat. Sempat juga tubuh menggeletis geli. Bayangkan saja pun dia rasa mahu lari. Inaya benci makhluk tuhan bernama lipas bersifatkan ba alif ba ya itu!
Nufail berdecit tak puas hati.
Memang rata-rata manusia dalam muka bumi ini takut lipas pun. Tak ada yang pelik. Nufail hidupkan skrin telefon. Dia tak mahu bercakap dengan Inaya! Inaya garu kening. Alamak, Arden tak kisah ke? Puas Inaya berfikir. Nak tak nak, plaster di tubuh Nufail kena tukar. Kalau tak, Nufail boleh terdedah dengan jangkitan kuman. Lagilah Inaya rasa bersalah apabila terkenangkan dialah punca Nufail luka seperti itu.
"Hubby, Maleeqa janji Maleeqa buat slow slow. Bagilah Maleeqa rawat hubby pula. Ke hubby suka nurse perempuan yang cuci luka hubby?" Selar Inaya. Lelaki mana boleh dipercayai!
"Ish. Kau buatlah cepat. Kalau pedih sangat, kau tunggu biar aku bantai kau." Ugut Nufail. Dia sudah berputus asa bila Inaya mula gunakan tiket dengan mengaitkan 'perempuan lain'. Tolonglah, dia pun tak ingin disentuh perempuan lain selain isterinya sendiri.
Nufail gigit bibir ketika rasa sejuk menyapa luka yang sudah dibuka plaster lama. Ngilu! Dengan cermat, Inaya mula letakkan ubat. Penuh lembut. Seolah tak mahu Nufail rasa lukanya disentuh walau sedikitpun. Siap menyapu ubat, terus luka tadi ditutup menggunakan plaster baru.
"Siap!" Ucap Inaya teruja.
"Hm, thank you." Inaya tak mungkir janji. Betul-betul dia buat secara berhemah.
Ting!
Pantas Nufail nyalakan skrin telefonnya apabila nama Riyaz mula menyapa. Ternyata Riyaz baru sahaja mengirimkan pesanan berserta beberapa keping gambar. Nufail menghantar pemergian Inaya dengan ekor mata. Setelah itu, peti mesej Nufail dibuka tanpa ragu.
[Photo]
[Photo]- kau betul. Kejadian semalam
dirancangSerentak, rahang Nufail mengetat. Dia tak salah lagi. Sudah tentu ada dalang di sebalik semua ini. Tak lama kemudian, satu pesanan mesej daripada nombor asing masuk ke dalam telefon Nufail.
- kalau aku tak dapat dia,
tak ada siapa pun boleh dapat
dia
- goodluck, Nyx's husband.
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...