56

4.5K 167 1
                                    

CHLOÉ masih tak dapat dihubungi. Sejak beberapa jam lepas, Inaya tak dapat dikesan. Nufail berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Perasaan kesal tak terkata. Kalau dia berkeras tak bagi Inaya keluar siang tadi. Pasti Inaya masih berada di sini. Isaac tunduk memandang lantai. Tangan ditompang ke lutut. Dia tak boleh marah Nufail. Lelaki itu sudah sebaik habis menjaga Inaya.

Riyaz pula sekadar memerhati mereka berdua. Mungkin dia tak kenal rapat dengan Inaya. Tapi dia pun turut risau apabila Inaya hilang tak dapat dijejak. Lokasi terakhir pada telefon Inaya dikesan dan ianya berada sekitar Sungai Paris. Dibuang jauh oleh si penculik.

Lagilah menambah kekusutan Nufail. Nufail tak dapat tenangkan diri. Isterinya hilang! Perkara yang dia takutkan selama ini sudah terjadi. Entah siapa culik Inaya. Nufail tak tahu. Nufail rasa mahu jerit melepaskan amarah. Dinding ditumbuk kuat sehingga buku lima berdarah. Terus Riyaz mendekat. Menarik Nufail menjauh daripada dinding.

"Jangan cederakan tangan kaulah, bodoh!" Tempelak Riyaz. Tangan dan jari mereka ibarat nyawa bagi seorang jurutera perisian. Sama seperti pakar bedah. Masing-masing sangat menjaga tangan mereka ibarat aset terpenting pada diri.

"Aku risaukan isteri aku!" Amuk Nufail. Isaac bangun daripada duduk. Tubuh Riyaz ditolak ke tepi. Lalu kolar baju Nufail dicekak. Tajam sepasang mata itu menusuk ke dalam kornea mata Nufail. Urat jelas timbul di dahi Isaac. Isaac marah. Sangat sangat marah.

"Aku abang dia! Bukan kau seorang aje risaukan dia! Aku hidup dengan dia lagi lama. Aku tahu benda ni akan jadi juga dekat dia. Kau mengamuk macam ni boleh dapat Inaya balik ke, sial!" Tempik Isaac. Nufail terdiam. Betul. Isaac lebih lama hidup dengan Inaya. Selama ini lelaki itu jaga adiknya dengan baik. Namun, pada hari ini. Inaya hilang di bawah jagaan dia. Jadi, siapa yang patut lebih marah sekarang?

Sepatutnya mereka semua berfikir. Cara untuk dapatkan Inaya semula. Bukan mengamuk macam orang gila.

Perlahan-lahan, kolar baju Nufail dilepaskan. Isaac mendengus sebelum kembali duduk di sofa. Think Isaac, think. Kalau kau jadi daddy, apa kau nak buat? Soal Isaac dalam hati. Namun, hampa. Fikiran Isaac terlalu bercelaru sehingga dia tak dapat berfikir dengan mudah. Riyaz merenung mereka berdua bergilir sebelum membuka bicara.

"Paklong dah mula investigate pasal Dato' Khalid atau belum?" Nufail angkat kepala. Isaac juga terus menoleh ke arah Riyaz.

"Aku... tak tahu." Tuan Nuqman seolah tak mahu membantu dia lansung. Orang tua itu senyap tanpa sebarang khabar. Dan bila lokasi terakhir Inaya tak dapat dikesan. Makin susah mereka mahu jejak Inaya tanpa sebarang bantuan. Nufail merenung piring yang ditinggalkan Inaya siang tadi atas meja kopi. Sehinggakan satu idea muncul di kepalanya.

"Kita pergi ke semua kedai terdekat yang jual croissant. Tanya pekerja dia ada nampak Maleeqa atau tak. Kalau perlu, sediakan google translate siap-siap. Tak semua orang boleh berbahasa Inggeris. Lepastu-"

"Sir, there is a guest outside." Ucap salah seorang pembantu rumah agam tersebut. Masing-masing sudah tayang wajah hairan. Siapa pula mahu datang pada malam-malam begini?

"Call him in." Arah Isaac.

"It is her, sir." Hah? Perempuan? Riyaz dan Isaac sudah timbul syak wasangka sesama sendiri. Jika ditolak Nufail. Mereka berdua sahaja masih hidup membujang. Tak mustahil perempuan itu teman wanita atau skandal salah seorang daripada mereka.

"Bukan akulah, gila." Nafi Riyaz. Walaupun awek mata biru lawa. Dia masih mahukan perempuan melayu!

"Aku keluar rumah pun jarang." Kata Isaac pula. Nufail masih membisukan diri. Sementara mereka menunggu kehadiran perempuan misteri tersebut. Masing-masing diam tanpa sebarang kata. Dan ketika satu susuk tubuh perempuan muncul di ruang tamu. Rahang Isaac mengetat. Mustahil dia lupa raut wajah seseorang yang pernah hancurkan maruah adik dia suatu ketika dahulu.

"Kau buat apa kat sini?" Garang. Isaac tak sukakan perempuan ini. Hati busuk!

"I... I tahu Inaya kat mana!" Serentak. Atmosfera ruang tamu itu semakin tegang. Masing-masing memandang tajam susuk tubuh perempuan tersebut. Jangan kata dia dalang di sebalik semua ini? Bunyi gigi Nufail bergeser buatkan perempuan itu rasa mahu terkucil. Kenapa lelaki itu dingin sangat? Auranya mencengkam.

"Kau yang culik dia kan, Zati!" Suara Isaac naik seoktaf. Lantas, Zati geleng kepala.

"Bukan I! Tapi Lara." Hampir terputus nafas Nufail. Dia dah agak. Ada yang tak kena dengan anak perempuan Dato' Khalid itu. Betullah firasatnya sejak awal lagi. Zati direnung lama. Pandangan Nufail seakan mampu membunuh. Tajam.

"I betray Lara. I nak tolong kau orang selamatkan Inaya." Isaac melepaskan ketawa sinis sambil geleng kepala. Mengejek. Zati khianat Lara? Toksiknya persahabatan kaum perempuan. Penuh penipuan dan hasad dengki. Zati tundukkan kepala. Malu dengan abang Inaya. Bukan lelaki itu tak tahu sikap keji dia ketika zaman sekolah dahulu.

"Bagitahu aku. Apa yang kau tahu tentang rancangan Lara." Celah Nufail. Zati angkat kepala memandang Nufail. Masing-masing sudah tertumpu ke arah Nufail yang diam sejak tadi.

"Dia culik Inaya atas arahan Dato' Khalid. I tak pasti Inaya berada di mana sekarang. Apa yang I tahu, Dato' Khalid memang mahukan Inaya sejak dulu lagi. Mula-mula I bodoh, I ikut semua telunjuk Lara. Tapi I dah sedar. I salah." Terang Zati. Isaac tolak lidah ke dalam pipi. Memang kau bodoh pun. Baru sedar eh?

"Dan kau? Kenapa tiba-tiba nak tolong kita orang cari Inaya?" Isaac mencekak pinggang. Kali ini memang dia tak teragak-agak mahu terajang perempuan kalau diperlukan. Ragu-ragu juga dia mahu percayakan Zati. Dulu membabi buta kurung Inaya dalam stor sebab bekas teman lelakinya sukakan Inaya. Memang waktu itu Zati tak kena apa-apa. Sebaliknya, muka lelaki itu pecah ditumbuk Isaac.

Jangan main-main dengan kemarahan Isaac.

Mungkin dengan Inaya dia tampak tenang. Tapi itu sikap dia dengan keluarga dia sahaja. Dengan orang luar. Isaac bengis. Isaac tak teragak-agak mahu kotorkan tangan jika ianya melibatkan Inaya. Sejak kecil dia sudah tanam dalam diri, untuk sentiasa melindungi adik dan kakaknya.

"Kau buat benda bodoh, aku tak teragak-agak nak tanam mayat kau belakang rumah aku." Isaac memberi amaran keras. Spontan Zati teguk liur.

"Trust me. I akan bantu kau orang sehingga semuanya selesai."

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now