45

5.2K 175 1
                                    

BERITA tentang Nyx mahu bersara dari seni tarian. Tersebar ke seluruh dunia. Inaya buat tak endah. Biarlah orang mahu kata apa. Ini keputusan dia. Biar dia sendiri tentukan susun atur kehidupan dia. Inaya mahu hidup bersama Nufail. Dia mahu buat Nufail jatuh cinta terhadapnya. Itulah impian baharu Inaya. Misi memikat suami. Kedengaran kelakar. Tapi itulah hakikatnya.

Percaya atau tak, setiap hari latihan Inaya di sebuah auditorium terkemuka kota Paris ditemani Nufail. Lelaki itu mana pernah biarkan Inaya sendiri. Perasaan risau Nufail semakin bertambah. Lebih-lebih lagi apabila berita tentang Inaya telah bertebaran merata. Sudah tentu terdapat juga peminat fanatik tak puas hati dengan keputusan Inaya.

"Paris lebih selamat untuk Inaya berbanding Malaysia, tapi pada masa yang sama bahaya juga untuk dia. Jadi kau kena sentiasa awasi Inaya. Jangan terlepas pandang walau sekalipun."

Pesanan Isaac disimpan kemas dalam kepala.

Trust no one.

Nufail berpegang pada kata-kata tersebut.

"Kau bawa tak pendrive yang aku minta?" Belum sempat Riyaz labuhkan punggung. Nufail sudah tanya di mana keberadaan alat penting tersebut. Bagi Nufail, pendrive ibarat nyawanya. Kebanyakan kerja Nufail pasti melibatkan pendrive. Riyaz terus keluarkan pendrive dari poket. Nufail sudah tolak lidah ke dalam pipi. Apa bangang sangat jantan ini pergi letak pendrive aku dalam poket?

Tanpa ragu, belakang kepala Riyaz ditepuk kasar.

"Eh, sakitlah sial!" Tempik Riyaz. Nufail merampas pendrive dari tangan Riyaz. Si bodoh ini, kalau hilang natang ni memang Nufail tak pelik lagi.

"Siapa ajar kau simpan pendrive dalam poket? Kalau hilang kau ingat benda boleh beli ke." Kalau tak fikir dosa. Agaknya sudah lama ajal menjemput Riyaz gara-gara kerap sangat menguji kesabaran Nufail. Benda penting pun dia boleh buat macam tak ada apa. Entah berapa kali Nufail mahu ajar pun tak tahu. Pendrive tak boleh letak ikut suka hati!

"Beli ajelah. Gaji kau bukan ciput." Riyaz berkata selamba. Betullah apa yang dia cakap. Dia boleh gelak berguling kalau orang kata Nufail miskin.

"Siapa kata boleh? Maklumat sulit semua kau nak ganti? Kalau kau boleh ganti, aku tak ada hal." Kata Nufail pula. Mata Riyaz membulat. Nufail dipandang tak percaya. Eh, jangan kata sepupu musibat ni simpan banyak maklumat sulit dalam pendrive tu!

"Sebab tu aku simpan dalam laci berkunci, bengap." Kata Nufail lagi. Seolah dapat membaca fikiran Riyaz melalui raut wajah lelaki itu.

"Kalau aku kena tangkap masa nak lalu kastam macam mana! Suka hati kau aje risikokan hidup aku! Kau pergi letak maklumat sulit negara ke, gila? Kau tak sayang aku kan!" Tempelak Riyaz. Dia kenal Nufail. Memang lelaki ini selalu buat kerja gila. Kadang-kadang bermacam kes negara dia tahu. Nasib saja mulut Nufail ini sentiasa berkunci. Rasa seolah dikhianati sepupu sendiri. Tangan diletak ke dada. Ma hearteu is hurt!

"Tak."

Riyaz angguk perlahan. Sedar diri sedari posisi, rakan. Orang tak sudi, kita tak mahu beria. Faham.

"Kau cuti sampai bila?" Nufail menyoal bila sedar Riyaz berdiam diri. Tahu sangat. Dia sedang layan perasaan sendiri. Riyaz dramatik! Kalau tak kenal Riyaz, pasti dia akan percaya lelaki itu betul-betul terasa dengan kata-katanya. Riyaz berdehem. Mahu kembali ke keadaan asal semula. Nanti kalau Nufail mengamuk, dia mahu lari ke mana? Memang dia bergantung hidup dengan Nufail sahaja di Paris ini.

"Sebulan. Cuti tanpa gaji. Aku rasa akaun bank aku dah berkepuk sangat. Sekali-sekala sedekah dekat pekerja bawahan." Beritahu Riyaz dengan bangganya. Nufail pejam mata sesaat. Lalu jari kembali menaip laju di atas papan kekunci komputer riba. Penat dapat member siap pakej sepupu benak macam Riyaz!

"Bodoh." Setepek.

Benda boleh saja Riyaz berkerja dari jauh. Kerja mereka berasaskan komputer riba semata. Tetapi, kalau dah nama Riyaz. Nufail tak mampu kata apa. Sejak kecil lagi lelaki ini memang dah sedekahkan otak dia dekat udang. Entah-entah, udang pun jauh lagi cerdik daripada Riyaz. Tak tahu macam mana Riyaz dapat kerja yang sama macam dia! Jampi apa lelaki guna pun dia tak pasti.

"Bodoh bodoh ini pun datang tolong kau tau." Lancang Riyaz menjawab. Nufail mendengus.

"Takkan aku nak suruh Isaac ambil alih kerja macam ni. Elok-elok dia dah biasa pegang pensel mahu dia melukis atas skrin laptop." Isaac itu arkitek. Kerja lelaki itu melukis. Mahunya blur kalau Nufail minta dia godam apa-apa laman sesawang mahupun telefon. Sebab itu dia minta Riyaz datang ke sini. Hanya Riyaz sahaja berguna buat masa sekarang. Nanti dah tak berguna, pandai-pandailah Nufail campak Riyaz jauh-jauh ke dalam sungai Paris.

Senang hidup.

"Weh, Pael." Panggil Riyaz.

Sebenarnya, dah lama dia pelik dengan dua laman sesawang yang pernah dibukanya.

"Hm."

"Kau pernah suruh aku tengok-tengokkan Dato' Khalid, kan?" Spontan kepala Nufail terangkat. Kenapa dengan orang tua itu?

"Dia ada tubuhkan rumah kebajikan dekat Selangor, betul tak?" Nufail mengangguk. Rasanya dia pernah dengar. Kononnya, sebab itulah dia nampak seperti berbakti kepada masyarakat.

"Haritu aku ada usyar website rumah kebajikan tu. Tapi, nama Dato' Khalid bukan pemilik dia. Pemilik dia perempuan." Beritahu Riyaz lagi.

"Apa yang peliknya? Kalau kau nak tahu, bini aku pun pemilik rumah kebajikan anak yatim." Pelik-peliklah Riyaz ini. Bukannya perempuan tak boleh ada jadi pemilik rumah anak yatim pun. Apa sempit sangat otak Riyaz pun tak tahulah.

"Okay, itu normal. Tapi, kau pernah dengar tak orang tua tu ada anak perempuan?" Nufail geleng kepala. Okay, kali ini kedengaran agak menarik dengan maklumat yang bakal disampaikan Riyaz.

"Tak pernah dengar pula dia ada anak perempuan. Siapa perempuan tu?"

"Khaira Alara Binti Khalid. Aku pernah cari maklumat dia. Nama dia tertera sebagai pemilik rumah kebajikan tu. Tak banyak yang aku dapat. Cuma..." Ayat Riyaz tergantung. Nufail menghadap sebaris nama yang disebut Riyaz itu. Kenapa dengan macam familiar eh?

"Cuma?"

"Dia bukan anak orang tua itu dengan isterinya yang sekarang."

"Anak dia dengan mana-mana perempuan simpanan dia ke?" Selamba Nufail membuat spekulasi sendiri. Dato' Khalid. Iblis bertopengkan malaikat. Tak mustahil pun kalau dia ada perempuan simpanan.

"Bukan, perempuan tu anak dia dengan bekas isteri dia."

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now