38

5K 189 1
                                    

ARYAN memandang Nufail dan Lydia bergilir-gilir. Tahulah dia sentiasa available pun. Mentang-mentang dia sekarang tak ubah seperti duda muda. Suka hati Nufail saja mahu heret dia kemana hala. Yang lebih menghairankan lagi, kenapa tiba-tiba Lydia muncul di sini? Kalau dia tanya Lydia di mana keberadaan Darya pun. Belum tentu perempuan ini akan jawab. Kononnya semangat setia kawan begitu tinggi.

Aryan rasa mahu campak jauh-jauh dua ketul manusia depan dia sekarang. Sebelum ini, Nufail khianat dia. Bersepakat dengan Darya di belakang dia. Sekarang, Lydia pula mengambil alih.

"Apa kena-mengena aku dengan hal kau orang?" Tanya Aryan apabila sudah lima minit mereka mendiamkan diri. Jangan kata ini sesi jejak kasih antara Nufail dan Lydia? Gila Aryan tak tahu jika mereka berdua ini boleh dikatakan pasangan terhangat ketika zaman sekolah dahulu. Tapi, Nufail sudah beristeri kan. Jantan ini tengah buat gila apa keluar berjumpa dengan bekas teman wanita?

"Aku tak nak kena tetak dengan Maleeqa hanya sebab keluar berdua dengan ex girlfriend sendiri. Lepastu aku gunakan nama kau tadi." Lydia hampir tersembur air yang disedutnya tadi. Manakala Aryan sudah angkat sebelah kening. Arden Nufail dah pandai takut isteri ke?

"Kau takut bini ke, Pael? Aduh, Pael. Apa nak takut? Beras kita beli." Kata Aryan selamba. Bahu Nufail ditepuk berkali-kali. Namun, tepukannya terhenti apabila sedar ada sepasang mata sedang memandangnya tajam. Eh, bukan sepasang. Malah dua! Siapa lagi kalau bukan Lydia, dan juga... Nufail.

"Aku gurau aje. Rileks lah kau orang ni." Cuak. Bila melihat renungan tajam mereka berdua. Aryan dapat agak nyawanya agak terancam. Bila-bila masa sahaja mereka berdua boleh jadi cctv tak berbayar Darya.

"Kau jangan macam-macam, Yan. Sekali aku bagitahu Arya. Menduda lah kau sampai ke tua." Lydia memberi amaran halus. Serta-merta Aryan tutup mulut. Tangan memberi isyarat mempersilakan Nufail dan Lydia berbicara. Dia pun tak mahu berlama. Bukannya ada kaitan dengan dia pun.

"Kau, nak bincang apa ni dengan aku?" Soal Lydia ke arah Nufail pula. Nufail sudah betulkan duduk. Wajah lelaki itu serius sekali.

"Kenapa kau datang dinner rumah keluarga aku haritu?" Aryan mula pasang telinga. Kedengaran menarik pula pembuka kata Nufail pada hari ini. Tak tahu pula dia yang Lydia ada pergi ke rumah Nufail sebelum ini.

"Uncle jemput. Aku pergi ajelah. Dah makan free." Jawab Lydia pula.

"Kau tahu tak abah aku nak kenenkan aku dengan kau?" Aryan sudah terlopong. Lydia pula sudah terbeliak mata. Gila! Nufail sudah ada isteri. Kenapa Tuan Nuqman mahu Lydia jadi isteri Nufail pula. Lydia sudah tayang wajah tak selesa. Kalau dia tahu itu agenda utama Tuan Nuqman. Memang dia akan tolak. Dia bukan jenis perampas. Silap hari bulan, Darya jauh di Boston sana pun sudi balik awal semata bunuh dia.

"Melampaunya abah kau, Pael. Habistu, Inaya nak campak mana?" Tanya Aryan pula.

"Dia tak sukakan isteri aku. Dia kata, Maleeqa anak pembelot. Tapi aku pun tak tahu apa kisah silam dia dengan daddy Maleeqa. Baru siang tadi aku tahu selama ini abah aku layan Maleeqa teruk." Nufail mengeluh. Selalunya, dia dengar konflik antara ibu dan menantu. Kali ini terbalik pula, Puan Hanisa melayani Inaya baik. Tapi lain pula dengan Tuan Nuqman.

"Aku segan juga dengan daddy Maleeqa. Bersungguh dia percayakan aku untuk jaga anak bongsu dia. Alih-alih, abah aku sendiri yang layan dia teruk. Sedangkan daddy Maleeqa layan aku baik aje." Cerita Nufail lagi. Dia ingat lagi bagaimana lelaki tua itu sangat harapkan dia untuk jaga Inaya. Sehinggalah hari pernikahan dia dan Inaya, Tuan Irsyad benar-benar melepaskan Inaya di bawah jagaan dia.

"Jangan risau. Lepas ini aku cuba mengelak dari datang ke rumah kau. Aku pun tak nak kahwin dengan kau. Gila. Sudahlah bini kau itu, Nyx! Jenuh nak insecure hari-hari." Lydia berani kerat jari. Siapa jadi isteri kedua Nufail, bukan setakat insecure dengan kecantikan Inaya. Malah, boleh gila. Ketika dia jumpa Inaya dulu pun, dia boleh rasa aura menyeramkan Inaya. Silap-silap, boleh ditemui mati gara-gara ambil suami kesayangan dia.

"Agaknya kalau Arya dan Inaya berjumpa nanti boleh berkawan tak dua tu?" Dengar sahaja soalan Aryan. Nufail sudah meremang bulu roma. Boleh ke? Mungkin suatu hari nanti bakal terjadi. Tapi Nufail pasti bukan sekarang.

"Ada satu lagi masalah. Haritu, aku keluar dengan Maleeqa. Orang yang target Inaya, macam sengaja biar aku bersenang dulu. Bila aku ralit sikit, mesti ada apa-apa berlaku. Masa aku pergi Pavi dengan Inaya, ada objek kaca dicampak dari tingkat atas. Aku tahu dia orang sengaja. Sebab objek itu betul-betul pecah berderai sebelah Inaya." Nufail pernah berjumpa sendiri dengan Dato' Khalid setelah kejadian itu berlaku. Tapi, orang tua itu betul-betul tak tahu.

Bermakna, bukan Dato' Khalid seorang saja yang mahukan Inaya.

"Kau nak kata, macam benda tu jadi seolah amaran untuk kau? Ataupun ugutan? Iyalah, kalau dia nak Inaya mati. Mesti benda tu jatuh tepat atas kepala Inaya. Tapi tak kan?" Aryan cuba beri pendapat. Itulah yang dia dapat simpulkan. Manakala Nufail pula mengangguk. Tak sia-sia dia berkawan dengan Aryan. Nampaklah kepala otak mereka satu frekuensi.

Jangan tanya Lydia. Wanita itu masih tak dapat tangkap apa yang sedang berlaku.

"Lepas kejadian itu, dia orang senyap balik. Aku agak dia orang ada rancangan lain lagi." Nufail mulai runsing. Antara sebab dia bawa Inaya tinggal di rumah keluarganya sebelum ini. Atas sebab keselamatan Inaya. Tapi bila dah jadi macam siang tadi. Takkan dia mahu biar Tuan Nuqman terus mencemuh Inaya selagi bapanya itu belum puas.

"Kau tak cuba cari dalang di sebalik semua kejadian tu ke? Kes Arya dulu pun kau boleh buat. Takkan sekarang tak boleh? Tapi... kau gaduh dengan abah kau kan? Macam mana kau nak minta tolong dia pula." Ujar Aryan. Nufail terangguk-angguk faham. Kemudian, senyuman senget terukir.

"Siapa kata selama ini aku minta fail-fail kes itu daripada dia?" Kening Aryan sudah bertaut. Lydia pula sudah pandang Nufail curiga.

"Aku 'pinjam' aje pendrive abah aku. Siapa suruh kadang-kadang dia bawa kerja balik rumah. Aku bukan boleh duduk diam." Nufail berkata selamba. Tiada siapa pun tahu kebenaran ini. Bak kata Nufail, dia cuma pinjam. Selepas dia selesai copy semua fail ke dalam komputer ribanya tanpa dikesan, dia pulangkan semula. Telefon Dato' Khalid pun dia pernah godam. Sah-sahlah dia tahu dari mana punca berita dia dan Inaya tersebar hari itu.

He's a software engineer for a reason. He thrives in the world of algorithms and code.

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now