LAJU jari-jemari Nufail berlari di atas papan kekunci. Kadang kala, lansung tak dipandang setiap abjad yang ditekan Nufail. Kepakaran Nufail memandangkan dia merupakan seorang jurutera perisian. Tak hairanlah syarikat-syarikat IT besar di Malaysia berebut mahu ambil dia berkerja dengan syarikat mereka. Tak kalah juga dengan jumlah gaji yang ditawarkan. Kepakaran Nufail tak dapat disangkal lagi.
Setiap satu kod program yang mempunyai tahap sekuriti begitu kukuh cuba dipecahkan Nufail. Pada waktu ini, hanya seorang sahaja menjadi target Nufail. Dato' Khalid. Lelaki tua itu sungguh terdesak mahukan Inaya. Nufail pelik. Kenapa sejak kes Syakila ditangkap, lansung tiada sebarang berita berkenaan kegiatan haram Dato' Khalid?
Malah, berlumba-lumba pihak media keluarkan artikel tentang khidmat dan bakti Dato' Khalid kepada masyarakat. Sedangkan lelaki tua itu merupakan pelanggan tetap Syakila. Walaupun selama ini begitu licik Dato' Khalid menyembunyikan kegiatan haramnya. Ada satu transaksi organ-organ tersebut masuk ke hospital di mana lelaki tua itu terlepas pandang. Jelas menunjukkan tempat di mana dia dapat pembekal organ tersebut pada tahun 2017.
Bagaimana lelaki tua itu boleh terlepas dengan mudah?
Stres!
Kalau tak fikir harga komputer riba itu mencecah ribuan ringgit. Pasti Nufail sudah hempas ke tepi. Nufail mahu tumpaskan Dato' Khalid secepat mungkin. Dia tahu ada lagi pihak lain mahukan Inaya juga. Tapi, kalau Dato' Khalid sudah tewas dahulu. Maka, makin berkuranglah suspek di sebalik semua hal ini berlaku.
Setelah dikira, sudah sebulan Nufail berada di Paris bersama Inaya. Riyaz? Riyaz ada bersama mereka berdua. Setia membantu Nufail. Sewaktu Nufail tak dapat jejakkan kaki ke dewan teater tersebut. Riyazlah tolong turun padang. Nasib Riyaz boleh diharap. Cuti tanpa gaji Riyaz berbaki lagi seminggu. Namun, mungkin Riyaz akan ikut jejak langkah Nufail.
Berkerja dari jauh.
Sepanjang berada di rumah agam keluarga Inaya ini, Nufail meminjam bilik kerja yang sudah ditinggalkan lama. Puan Maria sendiri memberi keizinan kepada Nufail sebelum wanita tua itu pulang ke Malaysia. Dengan senang hati, Nufail menerima. Lagipun, dia tak mahu Inaya tahu tentang 'kerja'nya.
Apa yang Nufail tahu. Bilik kerja serba antik ini kepunyaan mendiang datuk Inaya.
Nufail tolak komputer riba ke tepi. Serabut! Tubuh disandarkan ke kerusi empuk tersebut. Kepala didongak ke atas. Mahu stabilkan otaknya semula. Terlalu lama dia hadap komputer riba. Sampai boleh naik juling dibuatnya kalau tak dikawal.
Apabila kerusi dipusingkan menghadap rak belakang. Nufail sekadar merenung rak buku tersebut di mana terletaknya bermacam jenis buku. Tak pasti tentang apa memandangkan kebanyakannya berbahasa Perancis. Semuanya tersusun rapi. Lansung tak berusik. Warna buku-buku tersebut juga agak antik. Sehinggakan sepasang mata Nufail menangkap keberadaan satu buku kecil, berkulit coklat lusuh.
Nufail mencapai buku tersebut. Ternyata diari dan juga nota mendiang datuk Inaya sepanjang lelaki tua itu hidup.
Kening Nufail bertaut rapat apabila setiap nota dan catatan datuk Inaya jelas menggambarkan tentang arwah nenek Inaya dan dia. Nufail simpulkan, Inaya boleh dikatakan mewarisi mereka berdua. Mendiang datuk Inaya bukan orang asal Perancis. Lelaki tua itu merupakan anak kelahiran Tanah Melayu. Hasil perkahwinan campur antara penduduk tempatan beragama Buddha dan seorang anak penjajah berbangsa Perancis.
Nufail melopong. Complicated betul.
Bunyi telefon berdering minta diangkat. Terus buku lusuh itu ditutup semula. Ternyata Aryan sedang menghubunginya. Nufail terus tekan butang hijau sebelum telefon dilekap ke telinga.
"Yan. Kau dah cuba hantar report tu ke?" Soal Nufail sebaik sahaja panggilan diangkat.
"Aku dah cuba. Tapi, report tu ditolak."
Balasan Nufail mengundang decitan halus Nufail. Dia dah agak. Pasti ada sesuatu tak kena.
"Aku agak dah. Mesti ada orang back up dia. Tak apalah, maaf susahkan kau." Bukan Nufail tak tahu, saat-saat ini Aryan sibuk dengan Darya. Bila-bila masa sahaja perut wanita itu bakal meletup.
"Sorry, Pael. Aku dah cuba mana yang mampu. Insyallah kalau Arya dah bersalin nanti, kalau sempat aku tolong kau."
Nufail menggeleng.
"Tak apa, Yan. Riyaz ada. Kirim salam dekat Arya."
Usai panggilan ditutup. Nufail mengeluh panjang. Makin susah untuk dia jatuhkan Dato' Khalid kalau begini kejadiannya. Nufailkan pejamkan mata. Mahu rehatkan diri. Tak sampai sepuluh minit, pintu diketuk perlahan sebelum dikuak dari luar. Lantas Nufail menoleh. Apabila muncul sahaja seraut wajah cantik itu, Nufail seakan terpana. Tuhan, indahnya ciptaanMu.
"Hai, hubby! Cantik tak? Maleeqa jumpa dalam bilik mummy. Kak Nara tertinggal kut. Maleeqa cuba pakai, cantik tak?" Riang Inaya menyapa.
"You look stunning, aurora." Jujur Nufail. Inaya dipandang tak berkelip. Inaya... pakai tudung? Bibir Inaya naik mengukir senyuman manis. Suka bila Nufail memuji. Pipinya sudah berona merah apabila suaminya masih tak lepas memandang dia.
"Hubby suka tak?" Tanya Inaya lagi. Tanpa ragu, Nufail angguk. Sejuk hati bila tengok isteri sendiri pakai tudung.
"Tapi aku tak nak paksa kau. Aku nak kau buat kerana Allah. Bukan sebab aku. Aku takut kalau apa-apa berlaku antara kita. Kau kecewa dengan aku. Dan kau pilih untuk buka tudung kau semula." Luah Nufail. Inaya geleng kepala. Dengan selamba, dia mendekati Nufail. Punggung dilabuhkan ke atas riba Nufail.
"Maleeqa dah fikir masak-masak, hubby. Ini keputusan Maleeqa. Hubby antara salah satu cara Allah gerakkan hati Maleeqa. Masa Maleeqa buat keputusan untuk berhenti menjadi penari. Maleeqa juga dah tekad untuk mula tutup aurat." Lembut Inaya menyusun kata.
Nufail bungkam.
"Maleeqa tutup aurat, sebab ianya kewajipan. Maleeqa minta maaf awal-awal kalau tudung Maleeqa tak selabuh wanita solehah di luar sana. Tapi Maleeqa nak rambut Maleeqa ini, hanya boleh dilihat Arden Nufail. Suami Maleeqa sendiri." Lidah Nufail kelu. Kemudian Nufail berdehem.
"Maleeqa, aku faham. Perlahan-lahan, aku ada untuk bimbing dan sokong kau dari belakang. Aku bersyukur isteri aku dah mula belajar tutup aurat." Ucap Nufail. Jantung rasa mahu meletup! Gembira tak terkata apabila tuhan sudah gerakkan hati Inaya untuk mula bertudung.
"Terima kasih sebab sabar membimbing isteri you, Arden." Ikhlas. Inaya akui, Nufail banyak menyedarkan dia.
"Terima kasih juga sebab tak pernah putus asa untuk senangkan hati aku, Maleeqa. Semoga Allah membalas amalan kau sebab taat kepada suami kau."
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...