06

3K 174 5
                                    

Anggun Lilyann lihat baju yang tersarung pada tubuhnya sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anggun Lilyann lihat baju yang tersarung pada tubuhnya sekarang. Anggun rasa dirinya lebih menyerlah saat kenakan baju bewarna biru gelap begini, dengan solekan ringkas serta gaya tudung yang agak jarang dilakukan.

"Anggun! Althaf dah siap ni!" Puan Murni ketuk pintu bilik anak daranya, ingin Anggun tahu yang Althaf sudah bersedia hendak bergerak.

"Baik mama." Anggun langsung keluar daripada bilik. Lampu bilik langsung di tutup agar tidak dapat bebelan percuma daripada Puan Murni.

"Cantiknya puteri abah." Encik Adi tegur Anggun dengan lembut seperti selalu.

Anggun tekup mulut, segan rasanya bila di puji oleh Encik Adi. Encik Adi selalu saja puji Anggun tetapi setiap kali terima pujian, setiap kali itulah Anggun akan bertindak seperti cacing kepanasan.

"Baju baru?" Althaf bertanya.

"Iyalah, semata untuk teman abang punya messnight. Kalau boring, siap abang ya." Anggun beri amaran seolah tak pernah pergi ke majlis itu. Sedangkan ini adalah kali kedua Anggun pergi. Anggun sendiri tak tahu kenapa Althaf suka hadiri majlis tersebut.

"Tapi Anggun nampak berseri sangat. Ada apa ni Anggun? Ada berita gembira yang Anggun tak beritahu pada mama dan abah ke?" Puan Murni bertanya.

Entah kenapa, Puan Murni rasa anaknya terlihat begitu berseri-seri sejak pulang ke Malaysia dua hari lepas. Sebelum ini jika mereka lakukan panggilan video, wajah Anggun tampak biasa saja seperti selalu.

"Mama rasa kalau Anggun ada berita gembira, Anggun mampu ke nak sorok daripada mama atau abah?" Anggun jawab menggunakan pertanyaan lain.

"Anggun gembira sebab dah selesai belajarlah tu." Encik Adi berkata.

"Bingo! Boleh jadi!" Anggun setuju dengan sang bapa.

Althaf mengeluh perlahan. Asik berbual saja, bila mahu bergerak ni.

"Oh lupa pula ada majlis." Anggun bersalaman dengan Puan Murni serta Encik Adi dahulu sebelum dapatkan Althaf.

"Hati-hati pandu kereta tu, Althaf," pesan Encik Adi.

"Jangan lupa hantar gambar pada kami," ujar Puan Murni pula.

"Okey!" Anggun dan Althaf menjawab serentak.

Anggun terus boloskan diri ke dalam kereta BMW kepunyaan Althaf ini. Wangian maskulin langsung menyucuk hidung Anggun. Suka betul Anggun dengan bau wangian-wangian mahal Althaf, memikat deria bau betul.

"Anggun harap mereka hidang nasi..." Anggun pegang perut yang mula berkeroncong.

Anggun sanggup tidak makan petang semata untuk bersiap awal. Kalau tak bersiap awal, memang mustahil Anggun akan siap tepat pada waktu begini.

Althaf ketap gigi. Macam mustahil saja untuk Anggun peroleh impiannya. Lihat sajalah apa yang terhidang nanti.

Raut wajah Anggun berubah tidak percaya sebaik makanan utama mereka terhidang di hadapan mata.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now