40

3.5K 171 2
                                    

Tengku Sakti Armada letakkan pinggan terakhir yang sudah selesai di cuci pada rak tersedia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Sakti Armada letakkan pinggan terakhir yang sudah selesai di cuci pada rak tersedia. Armada basuh tangannya sebentar sebelum tutup pili air.

Armada capai pengelap tangan untuk keringkan tangan lembapnya, lalu menapak ke ruang tamu. Anggun masih sibuk dengan nota perubatan seperti selalu.

Armada lihat jam dinding. Sudah pukul 9:30 minit malam. Jejaka itu ambil tempat di sebelah Anggun seraya kerling layar telefon sang wanita.

Tiada apa yang istimewa. Hanya penuh dengan tulisan-tulisan saintifik serta beberapa gambar sebagai penerangan lebih.

"Lily." Armada cuba untuk dapatkan perhatian Anggun.

"Ya?" Anggun pandang wajah Armada sekilas sebelum kembali tatap telefon pintarnya.

"Tadi Kalam telefon Sakti, dia beritahu ada... salah seorang dalam syarikat yang Sakti melabur, selewengkan hampir 70 peratus daripada pulangan syer Sakti." Armada bercerita secara ringkas.

Hilang terus fokus Anggun hendak baca nota di tangan. Alat peranti leper itu terus di tutup, membawa Anggun pandang wajah Armada yang kekal tenang.

"Hampir 70 peratus? Sejak bila?" Anggun bertanya.

"Mereka ambil sikit demi sikit tanpa Sakti sedar. Katanya, dah tiga tahun juga mereka buat macam tu." Armada menjawab tanpa sebarang perasaan.

"Lepastu sekarang macam mana? Pasti jumlahnya banyak." Anggun berkerut dahi.

Armada mengangguk lambat-lambat. Armada tidak nafikan, memang banyak dan besar nilainya. Armada boleh beli sebiji kereta elektrik menggunakan jumlah tersebut. Armada jika mahu melabur, bukannya labur seribu dua.

"Kalam kata pasti ada kena mengena dengan pihak teratas syarikat. Kalau tidak... mustahil tiga tahun pekerja tersebut buat kerja secara bersih. Kemudian, Kalam juga kata ada bantuan daripada orang luar yang berkuasa. Bukan Sakti saja yang kena, ramai lagi pelabur lain yang kena." Armada sambung cerita.

"Jadi Sakti dan pelabur lain tak ada cuba untuk dapatkan semula hak korang?" tak berkelip mata Anggun pandang si Armada. Takkanlah Armada mahu lepaskan duitnya begitu saja? Hendak peroleh duit itu bukannya senang.

"Katanya esok para pelabur mahu saling berjumpa, bincang macam mana nak selesaikan masalah ni. Cuma mereka janji jumpa di Penang." Itu yang beratkan kepala Armada sebenarnya. Penang dan Melaka bukannya dekat.

"Jadi, Sakti pergi kan?" Anggun mahukan kepastian.

"Lily mahu ikut?" Armada tiba-tiba mengajak.

Anggun geleng kepala.

"Sakti pergilah, saya boleh duduk sini. Lagipun ia urusan kerja. Saya bukan boleh buat apa pun kalau ikut. Meeting biasanya lama, nak pula bila bincang tentang kes macam ni." Anggun tak rasa dirinya mahu ikut Armada. Pasti perjalanan akan terkejar-kejar.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now