Anggun Lilyann tarik nafas sedalam mungkin. Pandangan Anggun masih kekal gelap. Kesunyian ruang persiapan Anggun ini membawa Anggun pada ketenangan sementara.
Anggun dapat dengar dengan jelas akan bacaan khutbah nikah yang dibacakan oleh Mufti negeri Melaka di bawah. Majlis pernikahan sudah berlangsung dan Anggun yakin, ruang di bawah sedang sepi tanpa sebarang suara manusia lain selain Mufti negeri.
Salah satu adat pernikahan diraja, semenjak Anggun menapak masuk dalam bilik persiapan untuk bersiap, tiada seorang pun ahli keluarga Anggun mahupun Armada yang boleh masuk ke ruangan dan melihat Anggun.
Hanya rakan-rakan dan pengapit saja yang dibenarkan keluar masuk. Ketika Anggun di solek, dipakaikan tudung dan perkara lain, Anggun tidak ditemani oleh keluarganya selain Sephia.
Ahli keluarga hanya boleh melihat Anggun sebaik nikah selesai dan ketika Anggun menapak masuk ke balai utama istana di mana majlis pernikahan berlangsung.
Anggun dan Armada juga langsung tidak hubungi sesama sendiri sejak majlis pertunangan berlangsung. Katanya itu adalah salah satu daripada pantang larang istana. Anggun dan Armada hanya boleh berbicara jika berjumpa secara berhadapan. Sebaik pernikahan sah, barulah Armada dan Anggun bebas mahu saling berhubung melalui surat atau perkara lain.
Di dalam balai utama ini, meja pernikahan diletakkan di bahagian tengah ruangan. Hanya ada Mufti serta Armada di meja itu, duduk secara berhadapan. Dua orang saksi berada di belakang kiri dan kanan Mufti, bersedia menjalankan tanggungjawab mereka malam ini.
"Tengku Sakti Armada, bersedia?" Mufti tersebut bertanya pada Armada sebelum bermula.
"Sedia," jawab Armada sepatah.
Mufti tersebut berdehem untuk bersihkan tekaknya. Nama pengantin lelaki di lihat dalam dokumen yang berada di atas permukaan meja. Bibir Mufti itu didekatkan pada mikrofon yang tersedia.
"Tengku Sakti Armada ibni Tengku Panji Abdullah." Mufti itu sebutkan nama penuh Armada seperti yang tertera di dalam kad pengenalan sang jejaka.
"Saya," jawab Armada.
"Aku nikahkan engkau dengan Anggun Lilyann binti Adi Luthfi berwalikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya sebanyak RM30,000 tunai." Jelas ayat Mufti itu kedengaran sehingga ke ruang persiapan Anggun di tingkat atas.
"Aku terima nikahnya Anggun Lilyann binti Adi Luthfi dengan mas kahwin sebanyak RM30,000 tunai." Tiada cacat cela dalam bicara Armada mengangkat akad nikahnya.
Ruang balai utama Istana Melaka ini sepi buat seketika. Mufti beri beberapa saat pada saksi sebelum menoleh lihat saksi pertama.
"Sah," kata seorang saksi.
"Sah," sahut saksi kedua di sebelah kiri Mufti.
"Alhamdulillah, sah." Mufti itu bercakap di mikrofon.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...