55

3K 180 24
                                    

Tengku Sakti Armada berdiri dihadapan mangkuk sinki, menatap diri sendiri dihadapan cermin tersedia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Sakti Armada berdiri dihadapan mangkuk sinki, menatap diri sendiri dihadapan cermin tersedia. Hari ini, Armada bangun bersama hati yang kosong. Entah kenapa, dia terasa begitu. Mungkin kerana pagi ini emosi Anggun tak begitu baik dan memilih diam.

Armada tidak marah, tidak juga terasa hati. Wanita itu memang ada beritahu yang dia hampir datang bulan dan waktu begini adalah waktu di mana emosi Anggun kerap berubah-ubah tanpa sebarang sebab. Cumanya, inilah Armada jika Anggun tidak berbual dengannya.

Armada rasa seolah hilang sesuatu. Armada rasa seperti harinya belum dimulakan kerana tidak dengar celoteh Anggun. Kebiasaannya Anggun yang akan tegur Armada seawal pagi. Bercakap tanpa henti, sama seperti Budi.

Tak guna jika terus begini. Andai Anggun senyap, Armada sepatutnya mulakan bicara. Takkan setiap masa sepanjang berpuluh tahun, Armada mahu tunggu Anggun saja yang mulakan pagi mereka? Ada masa, wanita itu juga mahu dengar bebelan Armada.

Armada keluar daripada bilik air, mencari sang isteri di sekitar bilik tidur mereka. Saat Armada tidak nampak Anggun berada di mana-mana, Armada segera keluar dari bilik beradu, mencari Anggun di seluruh ruangan vila yang di sewa.

"Lily." Armada memanggil sambil kaki tidak berhenti menghayun langkah.

Tiada sahutan.

"Love?" hati Armada mula berasa tidak senang.

Hanya derapan kaki Armada yang menjengah telinga. Langkah kaki jejaka ini semakin pantas, ada satu ruangan yang belum Armada periksa iaitu ruangan atas.

Ruang atas hanya punyai tempat berehat beserta beranda bilik yang menghadap ke laut luas. Jika Anggun tiada juga di situ, Armada tak teragak hendak berlari keluar cari Anggun bersama rambut lembap begini.

Tiba saja di ruang atas, mata helang Armada menangkap akan susuk belakang Anggun. Tenang wanita itu memandang ke arah laut pagi. Kehijauan warnanya membuatkan jiwa Anggun sebagai seorang penggemar laut berasa begitu bahagia.

Armada berhenti sebentar, jejaka ini lepaskan nafas panjang menandangkan hati gelisahnya beransur lega. Leka sungguh Anggun menyuci mata. Armada ambil langkah perlahan-lahan sebelum peluk tubuh Anggun daripada belakang.

Anggun sedar perkara itu tetapi Anggun hanya membiarkan. Anggun tahu, tangan sasa itu adalah milik Armada. Hanya Armada seorang yang boleh beri pelukan selesa begini pada Anggun.

Mata Anggun masih tertancap pada air laut sebelum perlahan-lahan naik ke atas, memandang langit pula. Walaupun mereka berada di tepi laut, angin langsung tidak menyapa kulit. Armada kekal diam, begitu juga dengan Anggun.

Namun, lama kelamaan Anggun mula rasa pelukan Armada terlalu erat. Lingkaran tangan Armada pada dada Anggun semakin kuat mencengkam dada. Tubuh Anggun rasa ditolak sehingga menyentuh tubuh Armada sepenuhnya.

Kening Anggun mulai berkerut. Tangan gadis ini naik menyentuh lengan sasa sang suami, cuba untuk longgarkan sedikit pelukan tersebut tetapi apa yang Anggun rasa cuma sesak yang makin tidak boleh di kawal.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now