22

2.7K 161 2
                                    

Althaf Luthfan bergegas raba poket seluar sebaik dengar deringan telefon yang begitu nyaring

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Althaf Luthfan bergegas raba poket seluar sebaik dengar deringan telefon yang begitu nyaring. Tubuh Aakid agak terenjut bila diserang dengan deringan itu.

Althaf lihat layar telefon. Puan Murni yang hubungi. Kenapa pula Puan Murni hubungi Althaf waktu bekerja? Susah Puan Murni mahupun Encik Adi hendak hubungi Althaf sewaktu bekerja memandangkan keduanya turut sibuk dengan tugas masing-masing.

"Assalamualaikum, mama." Althaf menegur dengan baik. Pinggan makanan di hadapan Althaf sudah di tolak ke tengah meja. Tubuh cuba disandarkan dengan senang.

"Waalaikumussalam. Althaf, Althaf di kem ya?" Puan Murni bertanya terlebih dahulu.

"Ya mama, Althaf dekat kem ni. Kenapa?" hati Althaf mula berasa tidak sedap. Ada apa-apa berlaku ke di Kuala Lumpur itu?

"Kalau mama nak minta tolong Althaf balik sekejap ke Kuala Lumpur malam ni, Althaf boleh balik?" berat hati sebenarnya Puan Murni mahu panggil anak lelakinya pulang.

Maklumlah, hari ini baru hari Khamis. Jika Althaf pulang malam ini, esok seawal pagi Althaf perlu keluar rumah untuk sampai di kem tepat pada waktu. Tapi Puan Murni juga tak dapat fikir cara lain yang lebih berkesan selain minta tolong dengan Althaf.

"Kenapa ma? Mama dengan abah okay ke dekat rumah?" Althaf terus duduk tegak dek risau.

"Abah dengan mama okay, kami baik-baik je cuma Anggun tu... mama risaulah. Sejak kita cakap dengan dia tentang pinangan Tengku Armada, Anggun jarang sangat dah keluar bilik. Makan pun sesuap dua lepastu masuk bilik semula"

"Mama dengan abah mahu nasihat, mahu pujuk tapi kami tak tahu apa sebenarnya masalah yang Anggun fikir sekarang. Lagipun, mama rasa Althaf lebih pandai pujuk Anggun. Kamu berdua sama-sama muda, adik beradik. Althaf mesti lebih faham Anggun. Anggun pun mesti tak berapa segan mahu bercerita pada Althaf. Kalau Althaf tak boleh balik malam ni, balik malam esok pun tak apa." Puan Murni cuba buat tawar menawar.

"Tak apa, Althaf balik harini. Anggun tu memang tak mahu bercakap langsung ke, ma?" Althaf mahu tahu keadaan Anggun lebih lagi.

"Bukanlah tak bercakap langsung. Tapi Althaf tahulah, sebelum ni kalau kita tanya dia satu benda, dia akan jawab 100. Sekarang ni, satu benda mama tanya, satu benda juga Anggun balas." Puan Murni menerangkan dari persepsinya.

"Ouh... tak apa, nanti Althaf tengok dia macam mana. Habis je kerja, Althaf terus balik." Althaf buat keputusan untuk tidak tangguh ke hari esok. Port Dickson dan Kuala Lumpur bukanlah jauh mana. Jika tunggang motosikal, kurang dari dua jam sudah tiba.

"Bagus juga Althaf balik harini. Mama bukan mahu susahkan Althaf tapi dari hari Isnin Anggun macam ni, risau mama." Nada Puan Murni memang tidak kedengaran seperti main-main. Wanita itu memang sedang kerisauan.

"Tak apa mama. Anggun tu adik Althaf juga. Mungkin Althaf pun ada salah sebab marah dia dan paksa balik." Althaf kacau air yang masih berbaki dalam gelas menggunakan penyedut plastik.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now