38

3.1K 162 6
                                    

Tengku Sakti Armada keluar daripada bilik air, menuju terus ke ruang tidur mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Sakti Armada keluar daripada bilik air, menuju terus ke ruang tidur mereka. Pintu bilik pakaian sempat di tutup sambil mata Armada lihat Anggun yang sedang khusyuk memandang telefon.

"Buat apa, love?" Armada bertanya.

"Baca nota perubatan saya. Saja, refresh semula, takut lupa," jawab Anggun.

Anggun ini bukanlah sempurna sangat. Jika terlalu lama tinggalkan nota-nota perubatannya, otak Anggun akan hapuskan setiap satu perkara tentang apa yang Anggun pelajari.

Anggun tetap perlu ulang kaji jika ada masa lapang, tak mahu lupa akan banyak perkara. Nanti, diri Anggun juga yang susah ketika jalani latihan perubatan.

"Armada dah mohonkan latihan perubatan Anggun di Hospital Besar Melaka. Tengah tunggu kelulusan saja." Armada memberitahu.

Anggun angkat kepala, pandang wajah Armada dengan senyuman senang.

"Terima kasih," ucap Anggun.

"Sama-sama sayang"

"Banyak nama panggilan awak untuk saya ya?" tersengih Anggun saat kenangkan Armada panggilnya dengan tiga gelaran.

Armada hanya tersenyum. Pada Armada, Anggun berhak terima semua gelaran yang manis-manis buatnya. Jadi tidak salah saat Armada mahu panggil sang isteri dengan panggilan tersebut.

Armada buka laci meja kecil di sebelah katil. Sebuah beg sederhana bewarna putih di bawa keluar daripada laci itu. Armada naik ke atas katil, mendekat pada Anggun.

Anggun yang sedar akan perkara itu lantas menutup telefon. Anggun ingatkan, Armada mahu masuk tidur tetapi beg pada tangan Armada buat Anggun berkerut wajah.

"Apa ni?" Anggun menyoal.

Armada buka beg itu. Terlihat dengan jelas akan pelbagai jenis ubat yang terletak dalam beg sederhana tersebut. Mata Anggun membulat. Armada ni kumpul ubat ke apa?

"Paracetamol." Armada keluarkan ziplock beg yang meletakkan sepapan ubat tahan sakit.

"Untuk siapa? Anggun ke?" Anggun pegang dada sendiri.

"Ya, kurangkan pening"

"Saya dah tak pening." Anggun berkata laju.

"Makan aje," kata Armada sebelum tuangkan air ke dalam gelas yang sudah di basuh.

Armada hulurkan sebiji ubat dan air masak buat Anggun. Anggun hanya pegun di tempatnya, langsung tidak ambil ubat tersebut.

"Anggun." Armada panggil sang isteri menggunakan nama pertama tanda Armada sedang serius.

"Saya... tak pandai makan ubat biji." Anggun berlaku jujur.

Termangu Armada mendengarnya. Tidak berkelip mata Armada memandang Anggun. Anggun juga segan sebenarnya mahu mengaku perkara ini. Mana tidak segan? Anggun ini pelajar perubatan, bakal doktor tetapi tidak tahu makan ubat biji. Siapa saja yang dengar, pasti akan gelak besar.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now