52

2.8K 183 33
                                    

Eryna Aneysha menapak perlahan-lahan ke arah dewan utama dalam bangunan hotel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eryna Aneysha menapak perlahan-lahan ke arah dewan utama dalam bangunan hotel. Jam sudah menunjukkan pukul 11:45 minit pagi dan ramai tetamu yang sudah tiba. Pengantin akan berarak masuk pada pukul 12:15 tengah hari jadi tidak hairan jika tetamu sudah ramai pada waktu begini.

Di tangan Eryna, terdapat kad jemputan yang Anggun beri. Gugup juga Eryna apabila lihat para tetamu yang hebat-hebat belaka di sini. Eryna telan liur. Usahlah ada yang datang pada Eryna dan bertanya Eryna ini siapa. Eryna tak tahu hendak jawab apa jika diajukan soalan sebegitu.

Eryna berjalan terus menuju ke seorang pekerja hotel yang menguruskan pendaftaran kemasukan tetamu. Memang ketat sistem mereka hari ini. Tidak hairan kerana pengantin bukannya calang-calang manusia. Terdapat banyak polis bantuan yang berjaga di serata tempat. Sekali lihat pun boleh buat Eryna gerun.

Pekerja hotel itu baca nama Eryna dan bandingkan bersama kad identiti milik Eryna. Sebaik yakin yang Eryna tidak menipu tentang identiti diri, pekerja hotel ini imbas kod yang ada pada kad jemputan itu. Ketika lampu hijau menjelma, pekerja hotel terus layang senyum dan cari tempat duduk Eryna pada carta tersedia.

"Tempat duduk cik di meja hadapan sekali iaitu meja nombor satu. Cik Eryna akan duduk bersebelahan dengan Tuan Althaf dan juga Puan Murni." Pekerja itu memberitahu.

Terbeliak mata Eryna apabila tahu di mana kedudukannya.

"Cik Eryna boleh masuk. Pekerja kami akan bimbing cik ke tempat duduk." Pekerja hotel tersebut tidak lekang tunjukkan senyuman pada Eryna.

Eryna ambil satu tapak demi satu tapak, mengekori pekerja wanita yang membawa Eryna ke tempatnya. Betul-betul di bahagian hadapan. Kosong meja berkerusi empat ini kerana Eryna yakin, Encik Adi, Puan Murni dan Althaf sedang sibuk melayan tetamu lain.

"Selesakan diri, Cik." Pekerja wanita tersebut bercakap dengan baik sebelum beredar.

Eryna lihat meja yang di hias dengan begitu mewah buat keluarga Anggun. Jelas terlihat nama Eryna berada di meja itu sebagai pasangan Althaf. Tag nama Althaf juga kelihatan atas meja yang sama sebagai abang pengantin perempuan.

Eryna cuba kawal cuak di dada. Begitu istimewa dirinya di layan sekarang sedangkan Eryna hanya berjumpa dengan Anggun beberapa hari lepas.

"Eryna." Suara Althaf agak parau menegur Eryna yang sudah tiba.

Eryna toleh kepala, cari susuk jejaka itu. Telan liur Eryna dibuatnya apabila nampak Althaf sudah kacak berbaju melayu. Wajah Althaf tampak begitu berseri apabila kenakan warna maroon begini.

"Ikut saya sekejap, saya mahu kenalkan dengan mak saudara saya." Althaf mengajak.

"Ma-mak saudara?" makin tidak terkawal debaran jantung Eryna.

"Sebelum majlis mula. Jom?" Althaf mengajak sekali lagi.

"Okay." Eryna paksa diri untuk angguk. Kaki yang terasa longlai cuba untuk dikuatkan.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now