Bab 1

17.2K 327 8
                                    

SELESAI sahaja makan tengah hari bersama-sama keluarga Haikal, Rin menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu Haikal. Rin dan Haikal meminta izin untuk pulang.

"Auntie, terima kasih sebab masakkan Rin makanan yang sedap-sedap. Rasa macam makan kat hotel aje," puji Rin sambil mengangkat ibu jarinya.

"Kalau sedap, lain kali datanglah lagi. Nanti auntie masak lagi banyak untuk Rin," beritahu Puan Sri Najah.

"Insya-Allah. Kalau free nanti, Rin pasti akan datang makan sambal ketam auntie lagi," ujar Rin.

Puan Sri Najah mengangguk.

"Kita orang gerak dululah, mummy," kata Haikal.

"Jaga diri, ya? Bawa kereta tu elok-elok," pesan Puan Sri Najah.

"Baiklah, mummy," jawab Haikal.

Mereka berdua menghampiri Honda Civic milik Haikal. Dari dalam kereta, mereka melambai-lambai ke arah ibu bapa Haikal sehinggalah kereta yang mereka naiki meninggalkan kawasan banglo mewah itu.

"Rin, Kal nak bawa Rin pergi satu tempat, boleh?" soal Haikal.

"Nak pergi mana?" soal Rin dengan dahi yang berkerut.

"Adalah. Rahsia," jawab Haikal sambil tersengih.

"Kalau macam tu, baik tak payah tanya," balas Rin geram. Bibirnya dicebikkan tatkala mendengar tawa Haikal.

"Ala, marah ke? Janganlah marah, nanti cepat tua."

"Biarlah. Tua-tua Rin ini pun nanti cantik juga," jawab Rin selamba.

Sekali lagi tawa Haikal terhambur. "Perasannya Rin ni. Sejak bila Rin suka perasan sangat ni?" soal Haikal.

"Sejak berguru dengan Kal la. Eh, Kal jangan nak tukar topik pula. Kita nak pergi mana ni?" soal Rin.

Haikal tidak menjawab, sebaliknya hanya tersengih menayang gigi.

Rin mencebik lagi. Nampaknya, tiada guna dia bertanya. Haikal tetap dengan pendiriannya untuk berahsia.

Tidak lama kemudian, mereka tiba di kawasan perumahan mewah. Mereka berhenti betul-betul di hadapan sebuah banglo dua tingkat, reka bentuknya ala-ala Inggeris.

"Rumah siapa pula ni?" soal Rin.

"Rumah kedua famili Kal," kata Haikal. Alat kawalan jauh pintu pagar ditekan sebelum pintu pagar di hadapan mereka terbuka dengan sendiri. Haikal memandu masuk dan memarkir keretanya di garaj yang tersedia.

"Nak buat apa kat sini? Nak jumpa siapa?" soal Rin. Takkan Haikal nak bawa dia jumpa mak tiri kut. Eh, Haikal ada mak tiri ke? Rasanya Haikal tak pernah cakap pula pasal mak tiri ke apa.

Atau sebenarnya Haikal anak tiri Puan Sri Najah? Dan sekarang dia nak bawa aku jumpa mak kandung dia? Macam dalam drama. Hero bukan anak kandung tapi hanya anak tiri atau lebih teruk, hanya anak angkat dan tak ada siapa pun yang tahu.

Lama Rin membuat teori dan andaiannya sendiri sehinggakan dia langsung tidak sedar Haikal telah jauh meninggalkannya.

"Rin," panggil Haikal. Bukan main lagi dia bercakap tapi rupa-rupanya, dia hanya bercakap seorang diri.

"Kita nak jumpa siapa ni? Kal ada mak tiri ke?" tanya Rin.

"Hah?" Haikal terkejut namun kemudian dia terus ketawa.

"Kenapa tanya macam tu?"

Rin menggaru pipi. Belum sempat dia menjawab, tiba-tiba pintu banglo tersebut dibuka dari dalam dan muncul seorang wanita yang berusia lebih separuh abad.

VVIP DihatikuWhere stories live. Discover now