Bab 13

2.8K 72 1
                                    

DARI pintu rumah Nia, Rin menjenguk ke luar pagar. Melihat BMW X4 yang berkilat itu membuatkan senyuman di bibirnya terukir. Tanpa menunggu lama, dia terus menyarungkan seliparnya.

Rin menghampiri Haikal yang sedang bersandar pada BMW yang baru ditukarnya. Mentang-mentang sekarang ni dah bekerja, terus digantinya Honda Civic zaman universiti dulu dengan BMW X4.

"Hai, Rin," tegur Haikal sebaik sahaja Rin berada di hadapannya.

"Buat apa kat sini? Tak kerja ke?" tanya Rin, pelik.

Kadang-kadang dia kagum dengan Haikal. Meski dia telah berkali-kali menolak lelaki itu, Haikal tidak pernah menjauhkan diri daripadanya. Bahkan lelaki itu sentiasa setia di sisinya sehingga sering membuatkan Rin rasa bersalah kerana tidak mampu untuk membalas kasih sayang lelaki itu kepadanya.

"Datang tengok buah hati Kal la. Rin tak rindu Kal ke?" soal Haikal. Matanya sengaja dikerdip-kerdipkan bagai menggoda Rin.

"Gediknya. Salah makan ubat ke? Tak kerja ke ni?" Rin mengulangi soalannya.

Haikal menggeleng. "Tak. Saya demam."

Rin mengerutkan dahi. Haikal dipandang dari atas ke bawah. "Nampak sihat walafiat aje. Demam tang mananya?"

"Tang sini," kata Haikal sambil memegang dadanya.

"Demam rindu," sambungnya sambil tersengih-sengih.

"Hesy, Kal ni. Main-main pula dia. Bila sampai? Mana tahu Rin ada kat sini?"

"Kal datang sekali dengan Eiyra. Dia telefon cakap nak datang sini, jadi Kal ikutlah sekali. Rin dah lunch?"

"Belum."

"Kalau macam tu, jom teman Kal lunch," ajak Haikal sambil tersenyum lebar.

"Tak nak makan ramai-ramai dekat sini ke?" soal Rin.

Haikal menggeleng. "Tak naklah. Lagipun ada benda yang Kal nak beritahu Rin ni."

"Hal apa?"

"Mana boleh beritahu sekarang. Tak surpriselah nanti."

Rin mencebik. Ada beza ke beritahu sekarang dengan nanti? Yang penting beritahu, kan? Namun kakinya tetap melangkah ke sebelah kiri kereta dan pintu dibuka sebelum dia masuk ke dalam kereta tersebut.

"BETUL ke keluarga Amir pinang Rin lagi?" tanya Haikal ketika mereka sedang makan tengah hari di sebuah restoran mewah.

"Yup." Rin mengangguk. Pasti sekali lagi Eiyra menjadi penyampai berita tak bertauliah.

"Jadi, Rin terima?" tanya Haikal lagi.

"Kalau Kal betul-betul kenal Rin, Kal mesti dah tahu jawapannya, kan? Rin takkan senang-senang nak terima orang yang Rin sendiri tak suka."

"Memang Kal kenal Rin. Tapi Kal takut. Mana tahu tiba-tiba Rin berubah fikiran."

"Nonsense," balas Rin. Nak terima Amir yang memang dia dah tahu ada kekasih tu menjadi suaminya? Minta dijauhkanlah.

"Kal bukan merepek tapi Kal takut kehilangan Rin. Rin tahu, kan?"

Rin hanya tersenyum pendek. "Buat apa nak takut? Kalau betul kita ni ada jodoh, tak ke mana juga, kan?"

"Rin..." panggil Haikal.

Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Bekas kecil berwarna hitam diletakkan di atas meja.

"Apa ni?" tanya Rin. Hatinya mula terasa lain macam. Apatah lagi kotak itu amat dikenalinya.

Tanpa menjawab soalan Rin, Haikal membuka kotak kecil tersebut sebelum sebentuk cincin bertatahkan berlian menjamu matanya. Cincin yang cukup Rin kenali.

"Rin, will you marry me?"

"Apa ni, Kal?"

"Marry me, please?"

"Kal..."

"Marry me, please. I don't want to lose you," ulang Haikal dengan suara penuh berharap. Cincin itu dikeluarkannya, ingin disarungkan ke jari manis Rin tapi Rin mengelak.

"Sorry... But I can't." Perlahan sahaja nada suara Rin.

"But, why?"

Rin diam.

Haikal mengeluh. "Dah lima tahun Kal tunggu Rin. Takkan sampai sekarang Rin masih tak boleh terima Kal?"

Rin masih diam.

"Sekurang-kurangnya bagi alasan yang munasabah, Rin."

Rin mengeluh. "Rin... Rin... Rin tak cintakan Kal."

Haikal mengeluh. Tangannya menghentak kuat meja makan sehingga meja itu sedikit bergegar. Mujur tidak terjatuh pinggan mangkuk.

"Habis tu, Rin cintakan siapa? Fiqri?" soal Haikal sinis.

Sekali lagi Rin diam.

"Rin masih tak boleh terima kenyataan lagi ke yang Fiqri tak cintakan Rin? Dia tak pernah pandang pun Rin selama ni. Kenapa Rin masih nak setia kepada dia? Tak boleh ke kalau Rin lupakan dia dan bagi Kal peluang?" soal Haikal.

Rin masih lagi diam.

"Selama empat tahun ni yang berada di sisi Rin, Kal. Bukan Fiqri. Fiqri tak pernah pun ada dekat dengan Rin walaupun saat-saat Rin perlukan dia. Masa Rin hilang semuanya, mana Fiqri? Dia tak pernah ada pun. Rin, please wake up, Rin. Sampai bila Rin nak tunggu dia? Sampai bila, Rin?" soal Haikal lagi. Dia mengeluh.

"Semua ni tak ada kena-mengena dengan Fiqri," kata Rin perlahan. Dia menggigit bibir sebelum menyambung,

"Fiqri dah lama hilang dari hidup Rin."

"Kalau bukan sebab Fiqri, habis tu kenapa?"

"I am sorry. Please forget me," kata Rin. Dia bangun, bersedia untuk beredar. Namun, tangannya dipegang Haikal.

"Airin, how much more I have to love, for you to know my heart?"

Haikal memandang Rin dengan penuh harapan. Hati Airin Nadia, kenapa terlalu sukar untuk ditaklukinya?

"Maafkan Rin. Bukan Rin tak cuba tapi Rin betul-betul tak mampu nak anggap Kal lebih daripada seorang kawan." Airin melepaskan pegangan Haikal sebelum lelaki itu ditinggalkannya.

Dia terus keluar dari restoran tersebut. Tanpa mengetahui ke mana arah tujunya, dia hanya mengikut langkah kakinya. 

VVIP DihatikuWhere stories live. Discover now