BAB 1 : ZURIAT

38K 535 30
                                    

"Aku nak kahwin, Awra,"

"Wow, akhirnya BFF aku akan berkahwin! Kau bergurau kan, Trisya?"

"Aku serius, Awra. I am getting married...!"

"Are you crazy, Trisya? Kau yang selama ini tak percaya pada cinta nak kahwin? This is ridiculous!"

Batrisya ketawa. Memang dia anticinta dan antiperkahwinan. Sejak bapanya berkahwin lagi ketika usianya empat tahun, dia tidak pernah kenal erti kasih sayang seorang ayah. Bapanya tidak pernah balik. Masanya lebih dihabiskan bersama isteri barunya. Ibunya? Sudah berbelas tahun ibunya digolongkan dalam kategori ibu tinggal. Ditinggalkan tanpa nafkah zahir dan batin. Hidup atau mati mereka dua beranak tidak pernah dipedulikan. Tanggungjawab seorang ayah tidak pernah ditunaikan.

"Trisya? Apa yang kau fikirkan?", sergah Awra.

Batrisya tersedar dari lamunan. Seraut wajah lelaki yang bernama ayah sirna dari pelupuk matanya. Lenyap dari kotak fikirannya. Dia tersenyum menatap wajah Awra. Ada kerisauan di wajah mulus itu. Ada kebimbangan dan keprihatinan yang terpancar di matanya. Awra memang seorang sahabat yang amat baik. Amat penyayang. Sangat bertimbang rasa dan memahaminya.

Awra juga tahu tentang Faizal, Hakimi, dan Zakuan Arif. Ketiga-tiga jejaka idaman Malaya itu tidak pernah jemu menagih cintanya. Cinta seorang gadis metropolitan yang tidak pernah serius dalam hubungan yang melibatkan perasaan. Faizal seorang arkitek. Hakimi pula remiser di sebuah bank di ibu kota, manakala Zakuan Arif seorang usahawan muda yang meneruskan legasi perniagaan ayahnya, Dato' Nazman. Namun, entah dari mana tiba-tiba muncul nama Daniel. Lelaki itulah yang dikatakan akan menjadi suami kontrak Batrisya. Awra bingung! Puas dia memikirkannya. Siapakah gerangan Daniel Azman?

"Trisya, you owe me an explanation!"

"Sabarlah Awra. Kau akan tahu juga nanti. Kau kan pengapit aku?"

"Kalau kau kahwin dengan Faizal Tahir atau Norman Hakim atau siapa tu... Aidil Zakuan... Or what ever his name is... I don't mind at all..but you are getting married to someone from Planet of The Apes...!!!"

Batrisya hanya tertawa. Ada betulnya kata-kata sahabatnya itu. Calon suaminya bukan sesiapa. Cuma seotang lelaki biasa. Pegawai kerajaan yang gajinya cukup-cukup makan. Dapatkah lelaki itu menyediakan segala keperluan Batrisya? Menyara Batrisya? Membahagiakan dirinya.

"Siapapun dia, yang penting dia bukan plastik, Awra. Dia menerima semua syarat yang aku berikan...", ujar Batrisya.

"Mana ada syarat-syarat pelik macam tu dalam perkahwinan? Kau fikir ini tender? Atau kontrak perniagaan? Kahwin bukan untuk suka-suka je, Trisya...!"

"Yang kau marah sangat ni kenapa? Lebih baik aku kahwin kontrak daripada bercinta bertahun-tahun dan mengumpul dosa..."

"Tapi Trisya.... The worst thing is he is Mr. Nobody!! Entah dari kampung mana dia datang, tiba-tiba je nak jadi suami kau. Dia tak layak langsung untuk jadi suami kau, walaupun cuma suami upahan.."
" Suami kontrak, Awra..."

Batrisya ketawa. Kebimbangan Awra melebihi kerisauan Dato' Azlina, ibunya. Mungkin perit-getir pengalaman yang dilaluinya menjadikan Dato' Azlina lebih positif apabila mendengar alasan puterinya.

"Trisya dah cukup dewasa untuk menentukan masa depan Trisya. Mama percaya Trisya akan buat keputusan yang bijak. Lagipun, perkahwinan itu sendiri suatu kontrak hubungan antara suami isteri. Kalau rasa-rasa merugikan, Trisya boleh batalkan. Kalau banyak benefit, teruskan. Jangan jadikan ikatan ini sebagai penjara bagi kita kerana kita juga berhak hidup bahagia, seperti orang lain. Yang penting, Trisya kena ingat suami itu khalifah, tapi bukan raja. Kita pulak isteri, bukan hamba yang boleh dipijak-pijak sesuka hati..."

Kata-kata ibunya masih jelas terdengar-dengar di telinganya. Batrisya amat mengerti gelojak hati ibunya. Siapa tidak kenal ibunya, Dato' Azlina, jutawan kosmetik yang tersohor. Bukan saja cantik dan kaya, ibunya seorang yang dermawan dan sering muncul sebagai penaja kerja- kerja amal. Di sebalik kejayaan itu, tersimpan sejarah luka yang panjang. Segalanya masih segar di ingatan Batrisya. Air matanya pasti mengalir setiap kali dia terkenang masa silamnya bersama ibu kesaysngannya itu. Pengalaman itulah yang menjadikan Batrisya tidak pernah serius dalam satu-satu hubungan. Namun segalanya berubah setelah dia mengenali Daniel Azman.

"Are you dreaming, Trisya?" Suara Awra mencantas lamunannya sekali lagi. Batrisya tersenyum malu. Wajah Daniel Azman sirna seketika. Sungguh dia tidak sabar untuk menjadi suri hidup Daniel dan mendapat zuriat hasil perkongsian hidup mereka.

SUAMI ATAS KERTASWhere stories live. Discover now