BAB 8 : MENCARI CINTA SEJATI

11.8K 210 15
                                    

Lapangan Terbang Jeddah.

Seakan tidak percaya, Batrisya menjejakkan kaki di bumi Anbia. Sudah berkali-kali ibunya mengajak Batrisya mengerjakan haji dan umrah, tetapi dia belum bersedia. Pintu hatinya belum terbuka untuk menuju ke tanah haram. Dia lebih ghairah mengumpulkan harta dunia. Membesarkan empayar perniagaan. Bersosial dengan rakan-rakan di kelab mewah. Bercuti di luar negara. Gaya hidup elit itu diamalkannya sejak dia menyambung pelajaran di UK. Namun batas pergaulan tetap dijaga. Cuma waktu solatnya tidak menentu, biasanya di hujung waktu. Ada ketika, tidak sempat ditunaikan.

"Jika kita jaga hubungan dengan Allah, pasti Allah jaga kita...", kata-kata mutawif muda yang mengetuai jemaah umrah itu begitu terkesan di hatinya. Itulah yang berlaku dalam hidupnya.

Apabila dia tidak menjaga hubungan dengan Yang Maha Pencipta, hidupnya serba tak kena. Meski berjaya dalam kerjaya, rumah tangganya hancur. Impiannya untuk mendapatkan zuriat tidak kesampaian. Dia terpedaya dalam cinta dunia sehingga terlupa mengejar cinta hakiki.
Butir-butir mutiara jernih mengalir. Seribu sesalan mendesir. Dia menangis dan terus menangis.

......................................

"Maafkan abang, Trisya. Abang janji tak akan sia-siakan cinta kita lagi... Tolong bagi abang peluang, Trisya. Kita mulakan lagi sekali..."

"Cinta...? You lupa ke ikatan perkahwinan kita cuma satu MOU , Daniel. Tak ada kena mengena dengan cinta. That's why you lied to me. You met another woman behind my back. Is that you called love? Cukuplah Daniel.... "

"Tapi, abang masih sayangkan Trisya..."

"Kalau you sayangkan I , tak akan terjadi semua ni Daniel. Jujur I katakan, I dah penat dengan semua ni. Setiap kali nampak muka you, hati I macam disayat sembilu, luka yang you hadiahkan pada I, bertambah parah. I dah penat, Daniel..!!"

Pujuk rayu Daniel tidak dapat melembutkan hatinya. Meskipun Daniel bersumpah mahu menjadi suami yang baik, jujur dan setia, namun semua ungkapan itu sudah tidak memberi makna. Sudah tidak dapat merawat sekeping hati yang parah terluka. Akhirnya Daniel pasrah. Dia terpaksa melepaskan Batrisya dengan talak satu, dengan harapan akan ada ruang dan peluang untuk membaiki hubungan mereka.
Saat itu, tiada lagi air mata yang membasahi pipi Batrisya. Tiada lagi tangisannya.

"Terima kasih Awra kerana sentiasa ada dengan aku dalam waktu suka dan duka," ujarnya sambil memeluk erat sahabat hatinya itu. Awra membalas pelukan Batrisya dalam rasa pilu yang tidak terbendung lagi. Air mata Awra mengalir. Dia kagum melihat ketabahan sahabatnya. Dia yakin bahawa Batrisya telah berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk mengakhiri hubungannya dengan Daniel.

"Aku doakan hidup kau lebih tenang lepas ni, Trisya. If you need me, just text me or call me OK? You are my only BFF in this world, you know that don't you? And you know that I love you so much..."

"I love you more, Awra..."

Aduhai, indahnya warna persahabatan! Dalam saat begitu, dia berasa amat beruntung kerana sentiasa ditemani oleh sahabat-sahabat yang sentiasa menjaga dirinya. Ibu dan adik-adiknya juga sentiasa datang dan bertanya khabar. Limpahan kasih sayang sahabat dan keluarganya itulah yang menjadi kekuatannya.

Selepas Batrisya kehilangan zuriatnya berpisah dengan Daniel, Awra yang sering membawanya bertemu dengan psikitaris. Hampir sebulan dia berulang-alik ke Hospital Glen Eagles untuk menjani rawatan kemurungan. Kadang-ko atau Harraz Irfan yang menemaninya. Kehadiran mereka membuatkan Batrisya kembali tersenyum dan mula memikirkan masa depannya dengan lebih positif. Dia sudah mula hakikat kehilangan zuriat yang dinanti-nantikannya. Dia juga sedar bahawa setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

" Manusia hanya merancang namun perancangan Allah adalah yang terbaik," kata-kata Hajah Hasnah masih terngiang-ngiang di telinganya. Tiba-tiba ada kerinduan yang singgah di hatinya terhadap wanita itu. Dia rindu untuk mendengar ceritanya. Mendengar tazkirah yang telah banyak meleraikan kekusutan jiwanya. Namun, baru sebulan menyulam kasih bersama wanita itu, Hajah Hasnah telah dijemput Ilahi ketika mengerjakan umrah di tanah suci. Batrisyia menangis tika menerima perkhabaran itu.

"Mak cik akan berdoa agar Trisya sampai juga ke tanah suci untuk mencari cinta sejati," ujar Hajah Hasnah sewaktu Batrisya bertemu dengannya di KLIA. Itulah saat terakhir dia memeluk erat tubuh Hajah Hasnah.

Belum sempat dia khatam al-Quran di bawah bimbingan Hajah Hasnah, wanita berhati mulia itu telah dijemput Ilahi. Hatinya diruntun sayu dan rindu. Dan kini, dalam perjalanan ke kota Madinah, Batrisya menitipkan surah al-Fatihah untuk arwah. Moga roh arwah yang meninggal dunia di tanah haram akan ditempatkan bersama para syuhada dan para anbiya.

Malam-malam yang indah dilalui oleh Batrisya di kota Madinah al-munawarah. Bersolat dengan jemaah dari seluruh pelosok dunia, dan berdoa di Raudah, melahirkan kecintaan dan kerinduan pada al-Khaliq dan kekasih-Nya. Entah dari mana datangnya haruman itu, yang singgah di mindanya tika dia meletakkan dahinya di atas permaidani hijau Raudah. Entah berapa banyak air mata yang tumpah. Dia berdoa dan berdoa. Menangis dan menangis. Saat itu hanya ada pengabdian yang tulus. Cinta yang kudus. Zikir yang tak putus.

       Hari kedua di Madinah, Batrisya bersama para jemaah telah mengikuti aktiviti lawatan ke ladang kurma. Memang kurma terbaik di dunia datang dari kota Madinah Munawarah. Pelbagai nama kurma dipelajarinya pada hari itu. Kurma Maryam, kurma, kurma jantan, kurma Nabi, kurma ajwa dan sebagainya. Batrisya hanya menjadi pemerhati pada suara hiruk-pikuk suasana di situ. Kerana agak terganggu dengan keriuhan itu, Batrisya melangkah keluar untuk mengambil angin di ladang kurma. Subhanallah... Matanya terpaku pada barisan pohon kurma yang merimbun dan tumbuh subur di bumi anbiya.

"Assalamualaikum, Puan Trisya."

Suara lembut itu menyapanya.
Hatinya berdegup kencang ketika sepasang matanya bertemu dengan pemilik suara lembut itu. Ustaz Syed Fazli? Bagaimana mutawif muda itu tahu namaku? Dalam 40 orang jemaah SV 26Nov mustahil Ustaz Fazli ingat semuanya? Hati Batrisya dibaluti rasa curiga. Mungkinkah sebab wajahku sering terpapar di media massa? Tak mungkin! Aku tidak sepopular Mama yang selalu muncul di kaca  televisyen. Rancangan realiti tajaan syarikat Dato Azlina sering menjadi bualan dan tular di media sosial. Siapalah aku jika  dibandingkan dengan Mama...

"Waalaikum salam Ustaz..." ujar Batrisya perlahan sambil membetulkan niqab yang menutup sebahagian wajahnya.

"Puan tak   nak beli kurma Madinah?    Nanti di Mekah tak perlu shopping lagi..." 

Batrisya tersenyum. Memang dia tidak berniat untuk membeli-belah di bumi haramain. Dia hanya ingin beribadah. Mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta dan mengunjungi makam kekasih-Nya. Dia hanya ingin mencari cinta sejati. Cinta kepada Ilahi. Cinta yang hakiki.

...

SUAMI ATAS KERTASWhere stories live. Discover now