BAB 10 : SEMILIR HARAPAN

11.5K 180 44
                                    

Hari kedua di kota suci Mekah.

Usai solat Subuh, Batrisya, Kak Ani dan jemaah lain menuju hotel untuk menjamu selera. Ketika mahu mengambil makanan, dia terpandang adiknya Badrul yang sedang makan bersama Ustaz Syed Fazli. Belum sempat dia mencari tempat duduk, Kak Ani sudah meluru ke meja tersebut bersama makanannya. Mahu tidak mahu Batrisya terpaksa mengekorinya. Mutawif muda itu mengangguk dan tersenyum menyambut kedatangan mereka.

"Ustaz boleh kami duduk sama?" Kak Ani memulakan perbualan selepas memberikan salam.

"Jemput duduk hajah, kami pun baru nak makan ni...", lembut dia menjawab. Entah mengapa Batrisya agak kurang selesa duduk di hadapan lelaki itu.

"Akak jangan tak makan pulak, nanti Bad yang kena menjawab dengan Mama," tegur Badrul yang melihat gelagatnya dari tadi. Aduh, susah betul ada reporter Mama! Setiap pergerakan Batrisya pasti dilaporkan oleh adiknya itu.

"Puan Batrisya kena makan, kalau tak makan nanti tak cukup tenaga untuk beribadah. Esok panjang langkah kita sebab nak buat umrah kedua," ujar Ustaz Syed Fazli. Seperti seorang doktor lagaknya. Kak Ani tersenyum memandangnya.

"Amboi, Ustaz ni caring sungguh! Bertuah orang rumah Ustaz dapat suami penyayang macam ni," sampuk Kak Ani. Badrul dan Ustaz Fazli berpandang-pandangan lalu tersenyum.

"Hajah ada calon ke? Ustaz Fazli
bujang lagi. Sama macam saya," ujar Badrul sambil ketawa. Tercipta suasana indah dan mesra di ruang makan itu. Macam-macam kemusykilan agama yang dilontarkan oleh Kak Ani tentang umrah dan lelaki itu menjawab satu persatu dengan tenang. Senyumannya tidak lekang dari bibir. Subhanallah!

Pagi yang indah dimulakan dengan ziarah menaiki bas. Menyusur sejarah masjid dua kiblat yang telah membangkitkan kecintaan terhadap sirah Junjungan. Sepanjang perjalanan, mutawif bercerita tentang perintah Allah kepada Rasulullah untuk menukar kiblat daripada Kaabah kepada Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam. Namun, akhirnya Allah memberikan kebebasan kepada baginda untuk memilih mana-mana kiblat yang lebih dekat di hati baginda.

Perjalanan diteruskan ke padang Arafah. Di situ terdapat Jabal Rahmah, tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa selepas mereka dicampakkan ke dunia dari syurga, atas sebab dosa yang dilakukan oleh Nabi Adam yang telah memakan buah larangan di dalam syurga. Ramai jemaah yang mendaki Jabal Rahmah berdoa agar dipermudahkan jodoh. Mungkin ramai juga kaum Adam yang memanjatkan doa agar bertemu jodoh kedua, ketiga atau keempat.  Astaghfirullah hal azim,  getus hati Batrisyia.  Tiba-tiba melintas wajah bekas suaminya di pelupuk redup mata
Terasa ada getar pilu yang singgah di pintu kalbu. 

       Tiada yang lebih dihajatinya,  melainkan dapat bertemu lelaki yang dapat membimbingnya ke pintu syurga.  Lelaki yang akan menjadi imamnya,  mengajarkan tentang iman dan bersama-sama mencari keredaan Tuhan.  Adakah masih wujud lelaki yang mementingkan ukhrawi, zuhud,  dan mengetepikan cinta duniawi demi mengejar cinta hakiki?  Masih adakah lelaki yang memiliki sifat seperti para sahabat yang dijanjikan syurga kerana sanggup mengorbankan seluruh harta demi agama? Yang pasti,  lelaki abad ini tidak lebih hanya memperalatkan cinta untuk menikmati kelazatan dunia.  Menjadi parasit atas nama poligami,  sedangkan tidak lain hanya untuk kepentingan sendiri.  Ya Allah,  jauhkanlah aku daripada bertemu dengan lelaki seperti itu lagi.  Air matanya laju mengalir.  Basah pipinya, di bawah terik mentari.  Selesai beriktikaf,  dia tersedar,  dia keseorangan terpisah daripada kumpulan jemaahnya.  Kak Ani yang sama-sama mendaki Jabal Rahmah dengannya juga tidak kelihatan. Dadanya berdebar-debar.  Sendirian di situ. Batrisya menuruni bukit dengan berhati-hati, sambil mencari-cari kelibat Kak Ani.  Suara penjual jubah dan batu permata di kiri kanan laluan, yang ramah memanggil-manggilnya tidak dihiraukan. Ada lelaki tempatan yang cuba-cuba memaksanya mengabadikan gambar kenangan di perbukitan. Semya ditepis dengan sopan.  Ya Allah,  bantulah aku mencari kumpulan jemaahku! Bantulah aku,  Ya Allah. Setiap langkahnya disulami istighfar yang tidak putus.

Tiba di bawah,  masih tidak kelihatan wajah-wajah yang sama kumpulan. Kelibat adiknya juga entah di mana. Dalam keresahan, dia mencari-cari telefon bimbit di dalam poket jubah hitamnya.  Segera dia menjengah ruang papar panggilan. 

    - 15 panggilan tidak berjawab!
    -  Badrul?
    -  Kak Ani?
    -  Ustaz Fazli?

Notifikasi di laman whatsapp group umrahnya juga menunjukkan bahawa semua jemaah di dalam bas SV26 Nov sedang menunggunya.  Mungkin dia seorang saja yang sesat dalam terang. Yang diuji kerana terlalu ingin membuang segala kenangan pahit yang telah ditakdirkan menjadi pilihan.  Di situ dia mengakui kejahilannya sendiri.  Bertunjangkan logik akal,  ternyata keimanannya begitu dangkal.  Sanggup dia menawarkan harga untuk menghalalkan sebuah perkahwinan demi zuriat. Dia terlupa bahawa segalanya harus bersandarkan syariat. Jodoh,  ajal dan pertemuan bukan makhluk yang menentukan,  melainkan dia Yang Maha Pencipta dan pentadbir seisi alam.  Dan kini dia sedar, tiada siapa boleh menulis takdirnya sendiri. Hatta,  tiada sehelai daun pun yang gugur ke bumi tanpa pengetahuan dan keizinan Rabbul Izzati.

       "Maafkanlah,  dia Trisya.  Selagi ada amarah yang terpendam,  selamanya jiwamu tidak akan tenteram. Kau harus melepaskan semua kesakitan masa lalu untuk memulakan hidup baru. Mana pergi Batrisya yang dulu? Batrisya yang ceria,  yang gagah perkasa?  I miss my best friend,  Batrisya.  I miss her a lot.. Please bring back my best friend for me,  Trisya.. "

Astaghfirullah!  Mengapakah kata-kata sahabat baiknya itu masih terngiang-ngiang di telinganya.  Dia sahabat yang selalu ada dalam saat suka dan duka.  Dia yang sentiasa menemani dan mengeringkan air mata yang mengalir di pipi. Dialah sahabat syurga yang tidak pernah menghalalkan segala perbuatannya tapi tak petnah meninggalkannya meski selalu bertelegah dalam soal akidah.  Air mata Batrisya pasti tumpah setiap kali dia teringatkan sahabat baiknya itu. Awra,  sungguh benar kata-katamu. Poligami bukan selayaknya untuk wanita yang tidak pernah membaca sirah Syaidatina Khadijah atau mengenali keperibadian mulia Syaidatina Siti Aisyah.  Kehebatan kedua-dua wanita yang pernah menjadi kesayangan Rasulullsh itu harus kaukaji,  sebelum bermimpi untuk melakar cerita bahagia berkongsi suami di atas sekeping kertas sahaja.

Batrisyia mempercepat langkah.  Berpandukan daya ingatannya,  dia menuju ke tempat parkir bas yang menempatkan puluhan bas jemaah ziarah.  Kebanyakannya sama warna.  Hanya nombor pendaftaran dan nama syarikat yang membezakannya.  Di bahagian cermin hadapan bas juga ada nama kumpulan jemaah tersendiri. 

        "Ya,  Allah! Bantullah hamba-Mu yang lemah ini.  Bantulah pendosa ini.  Bantulah aku menemukan bas jemaahku. Tiada yang lebih berkuasa melainkan Engkau,  ya Rabbal Izzati." Terkumat-kamit mulut Batrisyia melafazkan doa.  Sungguh dia yakin dan bergantung hanya kepada Yang Maha Pencipta. Dia terus melangkah menurut arahan yang diterima oleh adiknya, Badrul menerusi aplikasi GPS. Alhamdulillah. Bas rona putih berbelang merah hitam itu sudah kelihatan.  Dari jauh tampak sosok tubuh Badrul dan Syed Fazli berdiri di hadapan deretan bas berwarna putih sambil melambai-lambai ke arahnya.  Langkah Batrisyia semakin laju. 

       "Assalamualaikum, Batrisya...!"  Tiba-tiba kedengaran satu suara lembut seorang lelaki menyapanya dari arah belakang. 

         Langkah Batrisya terhenti. Daniel? Danielkah itu?  Tak mungkin lelaki itu ada di tanah suci.  Tak mungkin!  Jantungnya seakan berhenti berdegup.  Dia takut untuk menoleh ke belakang.  Sungguh dia takut. Namun,  nalurinya memaksa Batrisya memusingkan badannya.

                Daniel...???

...............................

          

      

     

SUAMI ATAS KERTASOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz