BAB 6 : PAKU DI DINDING HATI

14.5K 255 10
                                    

Pagi nirmala. Batrisya membaca buku di atas katil. Bermalas-malas sementara menunggu sarapan disiapkan. Sudah dua minggu Batrisya mengambil cuti rehat atas nasihat Ainin. Segala-galanya kerana tekanan darahnya meningkat dengan mendadak selepas Batrisya diserang oleh isteri pertama Daniel Azman di pejabatnya. Wanita bersosok gempal dan berdarah kacukan Pakistan itu tiba-tiba muncul di biliknya tanpa sempat dihalang oleh Awra.

"Eh, perempuan! Mana kausorokkan laki aku? Kau ingat aku bagi izin kau jadi madu aku, kau boleh kurung Daniel? Mentang-mentang kau ngandung, kau nak berkepit siang malam dengan dia? Kau memang perempuan tak tau malu!!!"

Bertubi-tubi serangan yang dilemparkan oleh Ariana kepadanya. Tidak ubah seperti serangan machine gun yang memuntahkan peluru bertalu- talu. Batrisya terdiam. Terpaku di kerusinya, sedang Awra cuba menenangkan api kemarahan Ariana yang sedang menyinga itu.

"Akak bawak bersabar, Puan Batrisya tak bersalah dalam hal ini! Sebaliknya Daniel yang tidak bertanggungjawab!" Ujar Awra dengan nada suara yang meninggi. Dia tidak rela maruah sahabat kesayangannya itu diinjak-injak sesuka hati.

        "Engkau jangan masuk campur dalam hal rumah tangga aku! Memang betina perampas ni yang kurung laki aku kan? Dah empat bulan Daniel tak balik rumah aku sebab betina ni mengandung. Sebab tu aku nak jumpa boss engkau ni, nak tanya dia sendiri, apa lagi yang dia nak? Tak cukup  lagi dia dah rampas suami aku?"

"Untuk pengetahuan akak, selama ni pun Daniel tak pernah balik ke rumah Puan Batrisya! Daniel tak pernah ambik berat pasal boss saya ni! Daniel cakap akak yang tak bagi dia menjalankan tanggungjawab sebagai suami poligami yang adil! Akak yang rantai Daniel, kenapa akak marahkan Puan Batrisya?"

Giliran Awra pula menyerang balas kata-kata wanita itu. Merah-padam Ariana mendengar kata-kata Awra.

"Kau jangan nak putar-belitkan cerita pulak ye? Kau dengan boss kau ni sama saja, memang dasar perempuan murah! Kau orang ingat dengan duit dan harta kau ni, kau boleh beli suami? Dengar sini Batrisya, kalau kau nak sangat Daniel tu, ambiklah! Aku sedekahkan pada kau! Kau memang dah terdesak sangat nak ada laki, nak ada zuriat kan?"

Saat itu, Batrisya tidak mampu berkata apa-apa kerana dadanya mula sesak. Bukan setakat hatinya yang sakit, perut Batrisya juga mengeras secara tiba-tiba. Kepalanya terasa sangat berat dan pandangan Batrisya mula kabur. Tiba-tiba segala-galanya menjadi gelap gelita. Sedar-sedar dia sudah berada di hospital.

**************************

"Awra, what happened to me? Hows my baby?" Itulah pertanyaan yang meluncur dari bibir Batrisya apabila dia membuka matanya, selepas dua jam dia tidak sedarkan diri di hospital. Batrisya memegang perutnya yang masih terasa mengeras. Ada pergerakan yang amat dikenalinya. Anakku...!

"Semuanya okey, Trisya. Cuma kau warded sampai blood pressure kau kembali normal. Buat sementara ni, Dato Azlina dah arahkan aku untuk jaga syarikat... Dan kau berehat.."

"Ariana..? Mana Ariana?"

"Perempuan gila tu? Dia baru balik. Panik betul dia bila kau pengsan tadi, Trisya. Dia yang hantar kau ke hospital tadi"

"Are you serious? What about Daniel? Does he know about this?"

"OMG, Trisya! Don't you ever understand? The fact is that bloody stupid man is just a big liar! He lied to you and Ariana...! Come on, Trisya. Please wake up..."

SUAMI ATAS KERTASWhere stories live. Discover now