BAB 2 : RINDU

23.2K 373 20
                                    

Sudah enam bulan Batrisya bergelar isteri. Rutin hidupnya masih tidak berubah. Dia masih tinggal di apartmen mewahnya di Subang Jaya, bersama pembantu rumahnya, Kak Hasnah. Setiap hari dia pulang ke rumah lewat malam untuk melepaskan lelahnya, selepas makan malam bersama BFF kesayangannya, Awra. Kadang-kadang dia makan malam bersama suaminya. Hujung minggu, dia menghabiskan masanya di banglo mewah ibunya. Begitulah jadual hidupnya yang masih seperti orang bujang, meskipun statusnya kini isteri orang.

"Aku peliklah, Trisya. Sampai bila kau nak hidup macam ni? Nak kata janda, masih ada suami. Nak kata ada suami, tapi tak pernah duduk sekali.."

Itulah antara bebelan Awra yang sering didengarnya. Batrisya hanya tertawa, menampakkan barisan giginya yang putih bak mutiara. Biarlah Awra terus berteka-teki dan mencari-cari pengakhiran kisah rumah tangganya. Dia selesa dengan rutin hariannya yang masih seperti dulu. Bebas ke mana sahaja, tanpa sekatan. Tanpa keterikatan kepada seorang lelaki yang bernama suami.

"Kalau duduk asing-asing macam ni, macam mana nak dapat anak, babe? This is ridiculous, you know!"

"Come on, Awra..! As long as I am happy, I have no objection at all..."

" Tapi, bukankah tujuan kau kahwin ni semata-mata nak dapat anak? Nak ada zuriat? Kalau macam ni gayanya, sampai kucing bertanduk pun tak dapat anaklah jawabnya!"

Batrisya ketawa lagi. Naif sungguh BFFku ini, bisik hatinya. Mungkin kerana cara hidup Awra yang agak konservatif menyebabkan dia berfikiran begitu, walaupun berkelulusan master dari luar negara. Meskipun lahir dalam kalangan keluarga elit, dia masih teguh mempertahankan adat ketimuran, selain taat akan agama. Itulah antara keistimewaan Awra yang telah dikenalinya sejak mereka sama- sama belajar di Universiti Malaya.

"Awra, sebenarnya, aku dah mengandung," ujar Batrisya lirih. Awra terkesima. Bulat biji matanya merenung wajah sahabat baiknya itu. Dia segera menggoncang bahu Batrisya berulang-ulang kali.

"Are you kidding? Tell me the truth, Trisya...!"

"Aku serius, Awra. Baru empat minggu. Daniel pun belum tau."

Awra melepaskan bahu Batrisya. Dia mundar-mandir di ruang tamu rumah Batrisya. Menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Patutlah Batrisya moody je akhir-akhir ni, makan pun kurang selera. Berisi rupanya..." Gumam Awra. Dia cemas seketika. Memikirkan situasi orang mengandung, membuatkan hatinya tidak keruan. Apatah lagi kerana Batrisya mengandungkan anak pertama.

"Trisya, kau rasa okey ke? Tak mabuk-mabuk? Morning sickness? Loya-loya tak? Kau mengidam apa? Tell me, Trisya...!"

                   ***************

        Mentari pagi semakin cerah memancarkan sinarnya. Langit yang membiru menyerlahkan seribu  keindahan. Beburung yang terbang dan bernyanyi seakan melagukan keriangan yang singgah dan mewarnai hatinya. Batrisya mengelus-ngelus perutnya. Seperti tidak percaya, dia kini berbadan dua. Tidak lama lagi dia akan menjadi seorang ibu. Tidak lama lagi akan bermula pula fasa baharu dalam kehidupannya.

           Deringan lagu Like I'm Gonnna Loose You yang menjadi caller ringtone telefon bimbitnya mengejutkan Batrisya dari lamunan.   
           "Assalamualaikum, Sayang..."

Suara lembut Daniel menghapuskan segunung rindunya. Sudah dua hari dia tidak mendengar suara lembut Daniel. Dua hari jugalah Batrisya tidak nyenyak tidur. Rindu menghimpit kalbu, menyesakkan dadanya. Benarlah kata orang, rindu itu menyakitkan!

          "Waalaikum salam, Daniel. You sihat? Bila you nak balik?"

Bertalu-talu soalan Batrisya untuk Daniel. Bukan dia tidak tahu, amat mustahil untuk Daniel pulang bermalam di rumahnya. Segala-galanya sudah termeterai dalam kontrak perkahwinan mereka. Daniel hanya suami di atas kertas. Batrisya tidak boleh menuntut haknya sebagai seorang isteri kerana itulah syarat yang ditetapkan oleh Ariana, isteri pertama Daniel. Itulah syarat yang terpaksa dipatuhi oleh Batrisya sekiranya dia ingin menjadi isteri kedua Daniel.

           "Maafkan abang, sayang..."

Entah untuk kali ke berapa Batrisya mendengar ungkapan itu. Batrisya amat memahami kedudukannya sebagai isteri kedua. Kesudian Arianna mengizinkan suaminya menikahi Batrisya sudah cukup besar ertinya. Mana ada wanita normal yang sanggup berkongsi suami dengan wanita lain. Sanggup merelakan kasih sayang suaminya direnggut. Sebab itulah, Batrisya menerima segala syarat yang telah ditetapkan oleh madunya itu.

          Setiap malam Batrisya menjadi seorang perindu sepi. Rindu akan belaian seorang suami. Rindu akan saat-saat indah dia menjadi makmum di belakang suaminya. Perasaan itu tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Pada awal perkahwinan, Batrisya tidak pernah berasa begitu  sepi dan terasing. Tetapi, sejak dia berbadan dua, sedikit demi sedikit jiwanya mula bergolak. Dia mudah menangis. Namun, kesedihan itu dirawatnya dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

          "Esok kita lunch sama-sama di tempat biasa ye? Sayang take care, jangan tidur lambat. Jangan lupa solat..."
            "Okey, Daniel. See you tomorrow. Good night..."

             Air mata Batrisya mengalir tanpa disedari. Dia mengelus-ngelus perutnya yang semakin bulat. Kandungannya yang baru mencecah dua bulan itu tidak akan dijadikan alasan untuk memaksa Daniel menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami. Malah, Daniel belum tahu dia mengandung. 

             "Alhamdulillah, Trisya. Syukur kerana Allah makbulkan doa Mama. Tak lama lagi Mama jadi Tok Ma!"

               Masih terbayang-bayang wajah ibunya, ketika mendengar berita gembira itu. Dato' Azlina sangat teruja. Dia sangat berharap zuriatnya itu akan dapat meneruskan dan mengembangkan empayar perniagaannya.
 
           "Trisya duduk dengan Mama ye? Risau Mama kalau Trisya duduk sorang macam ni. Lainlah kalau suami Trisya balik...."

           "Mama...."

           "Sepatutnya Daniel lebih bertanggungjawab lepas kahwin. Dia tak boleh biarkan Trisya macam ni, langsung tak balik, tak ambil tahu hal isteri. Mama kecewa, Trisya. Mama sedih...."

          "Mama, please cool down. I'm fine, Mom. As long as I have you, as long as you love me, everything will be alright. Please pray for me, Mom."

          "Mama sentiasa doakan Trisya. Moga anak Mama kuat dan sabar menghadapi ujian ini", ujar Dato' Azlina dengan nada suara yang bergetar.

         Tubuh kecil molek Batrisya dipeluknya dengan kasih sayang. Terlalu banyak suka duka kehidupan yang mereka kongsi bersama, sejak Batrisya kecil lagi. Dia menjadi tempat mengadu Mama. Sering menangis bersama Mama.  Begitu banyak cerita sendu yang telah mereka lalui bersama. Segalanya mematangkan Batrisya.  Menjadikan dia lebih menghargai mamanya, Dato' Azlina. Wanita anggun itulah yang menjadi pembakar semangat dan nadi kekuatannya selama ini. Air mata Batrisya semakin laju mengalir membasahi pipinya.
       

         

SUAMI ATAS KERTASWhere stories live. Discover now