BAB 4: BADAI MELANDA

16.7K 299 19
                                    

"Ke mana you pergi semalam? I balik rumah Dan tunggu you sampai malam you tak ada?"

"Kenapa balik tak bagitau? Dah dua bulan you tak muncul, ingat dah lupa jalan ke rumah ni...."

"What do you mean? Do I need to ask your permission before coming home? Ataupun saya kena buat temu janji untuk berjumpa dengan Puan Nur Batrisya, Pengerusi syarikat Baiduri Holdings?"

Batrisya bungkam. Menelan sejuta rasa yang menghimpit jiwa. Ada air jernih yang mengalir di pipinya. Dia segera memutuskan talian. Mujurlah Daniel tidak ada di hadapannya dan melihat air matanya tumpah ketika itu. Sedang dia menyapu air mata, Awra menerjah masuk ke pejabatnya.

"Boss, its lunch time now. So can you please follow me?"

"I'm not hungry, Awra..."

Tiba-tiba saja pandangan mata Awra tertumpu pada mata Batrisya yang masih merah.

"Are you okay, Babe?"

Mendengar soalan itu, air mata Batrisya semakin laju mengalir. Dia menangis lagi dan kali ini dia menangis dalam pelukan Awra.

..........................

Batrisya sedang menonton televisyen ketika daun pintu kondominium mewahnya terkuak. Seraut wajah yang sudah dua bulan tidak muncul di hadapannya kini berada di hadapan matanya. Ombak rindu menghempas pantai hati Batrisya. Rindu seorang isteri terhadap lelaki bernama suami.

"Assalamualaikum, Trisya...!"

Daniel Azman menghulurkan tangannya lalu duduk di samping isterinya. Batrisya mencium tangan Daniel dengan penuh rasa sayu. Inikah suami yang kudambakan? Inikah suami yang kurindukan? Hatinya berbicara sendirian, mentafsir makna sebuah kelukaan.

"Waalaikumussalam, Daniel. You dah makan? Kalau belum, I suruh Mak Yam masak..."

"Why not you masak untuk suami you? Rasanya dah hampir lapan bulan kita kahwin, belum pernah sekali pun I rasa air tangan you..."

"Are you joking? Selama ni kan Mak Yam yang masak untuk kita..."

"Kalau Mak Yam yang masak, baik I kahwin dengan dia..."

"Daniel, I tak bergurau. Tak ada dalam MOU kita kan... bab masak-memasak ni, dan you tau kan, I mana pandai masak."

"I bukannya suruh you masak rendang atau asam pedas, Trisya.... Telur goreng pun okey, asalkan you yang sediakan. you tau kan, besar ganjarannya kalau seorang isteri itu memasak untuk suaminya..."

"Persoalannya Encik Daniel Azman... Adakah saya ini isteri awak? Atau sekadar ...."

"What do you mean, Trisha?"

Batrisya bangun menuju ke dapur. Malas dia bertengkar dengan Daniel. Sudahlah balik dua bulan sekali, telefon tidak, whassap jauh sekali. Kadang-kadang dia sengaja membuat missed called until suaminya dengan harapan lelaki itu akan menghubunginya semula. Namun harapan hanya tinggal harapan. Batrisya terus tenggelam dalam penantian.

SUAMI ATAS KERTASWhere stories live. Discover now