BAB 3 : HARRAZ IRFAN

19.6K 296 3
                                    

           

"Batrisya....?"

"Harraz...? Harraz Irfan?"

Sekuntum senyuman manis terlukis di wajah lelaki bertubuh sasa itu. Senyuman yang suatu masa dahulu pernah mencairkan hati perempuannya. Dan senyuman itu masih sama. Manis dan mempersona. Bersabarlah duhai hati....

"Dah 15 tahun kita tak jumpa, Trisya. Kau nampak tak berubah langsung... ! Masih ayu dan jelita..."

"Kau tu apa kurangnya, Harraz. Dulu macho sekarang sado. Aku ingatkan Zul Ariffin tadi...."

Pecah ketawa mereka berdua di ruangan menunggu. Sungguh tidak terduga akan berulang sejarah pertemuan, selepas 15 tahun mereka membawa haluan masing-masing. Batrisya meninggalkan Harraz kerana pada waktu itu dia memilih untuk fokus terhadap pelajarannya dan hasratnya untuk membina kerjaya. Justeru istilah percintaan dan perkahwinan dilemparkan jauh-jauh dari kamus hidupnya.

Sungguh indah warna pertemuan, walaupun hanya seketika. Harraz menitipkan pesan agar Batrisya menjaga diri dan kandungannya, sebelum dia berlalu. Keprihatinan seorang Harraz masih belum berubah. Terasa ada kepiluan yang singgah di hatinya ketika menghantar sosok tubuh lelaki itu dengsn pandangan matanya.

"Maafkan aku, Harraz..." , ujar Batrisya perlahan sambil mengelus perutnya yang makin membulat. Sekeping kad nama berwarna hitam yang diberikan oleh Harraz mencuri perhatiannya.

,....,..................................

"Kau jumpa Harraz? Harraz Irfan, boy friend lama kau yang terlajak handsome tu...? Kau serius Trisya? OMG...! Dia dah kahwin ? Ada Anak tak?"

Bertubi-tubi soalan itu keluar dari mulut Awra.

"Aku dapat bayangkan pertemuan selepas 15 tahun tu macam cerita Dilwale... ! Meera bertemu Kaali... Lepas tu kau menyanyi lagu janam janam..."

Batrisya ketawa nenampakkan barisan giginya yang tersusun putih bak mutiara.

"Excuse me, my dearest friend.. You know I don't like Hindi movies. Not at all...!!!"

Giliran Awra pula ketawa melihat gelagat Batrisya. Seingatnya, memang sahabatnya itu tidak pernah menonton cerita Hindustan. Jauh sekali meminati Shahrukh Khan, Salman Khan, Arjun Rampal dan lain-lain. Baginya, cerita Hindi banyak merapu. Banyak angan- angan! Semua yang dipaparkan di atas layar hanyalah fantasi semata-mata.

"Aku ni kan berjiwa romantis, penuh kasih sayang, sebab itulah layan Shahrukh Khan, babe..!"

"As you wish, Awra. Lepas lunch
temankan aku pergi check up boleh? Aku malas nak drive,"

"Boleh, babe... Tapi tolonglah jawab soalan aku about Mr. Terlajak Handsome tu. Dah lama aku follow IG dia... Kikikiki"

"What????"

Awra terus ketawa melihat wajah Batrisya yang kemerah- merahan. Menjadi sungguh gurauannya kerana berjaya menggembirakan Batrisya. Sudah beberapa minggu dia melihat wajah sahabatnya itu dibaluti kesuraman. Wajah yang dulu ceria kini gerhana.

Awra tahu, saban hari Batrisya menanti kepulangan Daniel. Meskipun tahu perkara itu tidak mungkin berlaku, namun hakikatnya Batrisya masih terus menghimpun segunung harapan dan melakar seribu impian. Dia merindui suaminya, ibarat sang pungguk yang setia merindukan bulan purnama. Dia sentiasa menunggu, bagai pantai yang tidak pernah jemu menunggu kehadiran ombak yang membadai. Terkadang, Awra tertanya-tanya, sampai bilakah Batrisya dapat bertahan.

.....,..........

"Kandungan kau agak lemah. Aku nasihatkan kau banyakkan rehat. Lagipun sekarang baru first trimester, so you should be more carefull, jangan angkat berat-berat, jangan stres, kurangkan travelling dan please, please... no more aktiviti lasak or what so ever. Ingat ye!"

Panjang sungguh pesanan Dr. Ainin, doktor panel Syarikat Baiduri Holdings yang juga rakan sekampus Batrisya suatu ketika dahulu. Yang lebih menarik, Dr. Ainin dulu pernah terluka kerana seorang lelaki bernama Harraz Irfan. Lelaki yang sama pernah menagih cinta Batrisya.

"Aku tak tahu apa lebihnya perempuan tu, Trisya... Apa kurangnya aku hingga Harraz sanggup tinggalkan aku untuk menagih cinta perempuan tu. Sampai hati Harraz buat aku macam ni...."

Masih terbayang-bayang wajah Ainin yang basah oleh air mata. Petang itu, Ainin pulang kuliah dengan mata yang masih berkaca. Katanya, Harraz memutuskan hubungan mereka kerana dia mencintai perempuan lain. Batrisya terkesima.

Sungguh dia tidak menyangka bahawa dia menjadi punca teman sebiliknya patah hati. Sungguh dia tidak menduga! Selama ini dia tidak pernah memberi harapan kepada Harraz, apatah lagi menjanjikan bulan dan bintang kepada lelaki itu. Dia tahu, Harraz Irfan adalah teman lelaki Ainin Safiyya, rakan sebiliknya. Malah dia juga menjadi pendengar setia kepada Ainin, selain menjadi penasihat tidak rasmi kepada mereka berdua. Entah bila dan bagaimana tiba-tiba Harraz beralih kasih.

"Trisha? Kau dengar tak apa aku cakap? Trisha...??"

Satu sentuhan lembut di pipinya menerbangkan segala lamunan Batrisya.

"Harraz Irfan..!" Terpacul nama itu dari bibir mungilnya. Batrisya dapat melihat wajah Ainin berubah apabila mendengar nama lelaki itu.

"Harraz Irfan? Kau jumpa dia, Trisya? Kau jumpa Harraz Irfan?"

....................


 

Trisha,
Lama betul kita tak jumpa
Rindu pada senyuman awak

Harraz Irfan

Sekeping nota yang kusam itu masih ada tersisip di celahan lembaran novel yang dihadiahkan oleh Harraz suatu ketika dahulu. Harraz seorang kaki novel. Batrisya pula memang tidak suka membaca karya fiksyen, sama ada novel, cerpen atau sajak. Baginya, semua karya sastera itu tidak realistik. Semuanya khayalan dan gambaran yang berlebih-lebihan. Dia hairan, bagaimana seorang bakal doktor seperti Harraz begitu obses dengan novel.

"Aku doktor yang berjiwa romantis, Trisya..."

"Mengarutlah kau, Harraz. Kalau kau bagi aku novel ni, setahun pun belum tentu habis aku baca," ujar Batrisya.

Dia merungut ketika menerima novel Melakar Rindu karya Aina Maisarah, novelis remaja yang tersohor ketika itu.

"Baik kau belanja aku makan KFC atau pizza... dah tentu kenyang," sambungnya lagi.

Harraz ketawa. Memang sengaja dia menghadiahkan novel itu untuk gadis yang telah mencuri hatinya. Batrisya juga sudah lama tahu niat Harraz ingin menjadi insan yang teristimewa di hatinya. Namun, Batrisya lebih mementingkan pelajaran dan cita-cita. Apatah lagi setelah dia mengetahui Ainin amat mencintai Harraz, dia tidak mahu menjadi orang ketiga. Sungguh dia tidak mahu melukakan hati sahabatnya hanya kerana seorang lelaki.

SUAMI ATAS KERTASWhere stories live. Discover now