LARI

1K 9 0
                                    


"Mampuslah, larilah dari bayang seumur hidup," dengus Jaafar, menarik pintu, meninggalkan aku dengan Gee di bilik solekan stesyen TV.

Dia marah,tugasnya akan tamat.

Sambil tertawa aku betanya Gee,"betul Gee mak lari seumur hidup?"

"Manalah mak tahu, lari apa nok? Tak retilah semua ni, nak kemas nak balik, foto shoot esok anakayam?" ujar Gee sedang aku mencuci solekan.

Aku bekas pelari sekolah sewaktu di Perlis, lari rumah, kerana ayah mahu aku kahwin Haji Saad, kerja gila. Lari ke KL, rapat dengan Syam pemuzik bebas. Diusung sana sini, katanya aku berbakat. Nasib perut tidak besar. Tawaran semakin banyak, duit nampak sedikit sahaja, lari lagi untuk bersama Kamarul dan sain kontrak rasmi. Semua lancar, bersinar. Produser Indonesia pula mengoda. Lari pula ke Bandung, mahu maju, penat belajar pelat Indonesia. Tidak mahu seksi, tidak mahu tidur dengan sesiapa bukan jalannya, janji pula palsu, lari lagi balik Malaysia. Malu, media tertanya tanya, kenapa pulang? Kelentonglah.

Tiga tahun Jaafar menjaga, banyak tidak kena, Christoper masuk daun, teruja mahu menukar imej dan genre muzik aku jadi percaya. Jaafar tidak boleh, menurut Christoper dia kampungan tidak bijak, disogok nama besar di bawahnya. Lari lagilah aku. Apa mahunya? Tidak pasti... dunia ini kenapa? Bagaimana? Lari lari sepanjang usia?

CERITA CERITIWhere stories live. Discover now