AZIMAH DAN AZMI

172 7 0
                                    


AZIMAH DAN AZMI.

"Paksu hang nak mai berkira petang ni, sat lagi pi pakai elok elok sikit, ambik kain batik baru aku, orang tengok anak dara pakai seluaq sukan belemuih sat lagi orang tak berkenan orang balik lagu tu saja, bubuh bedak sikit," tiba tiba Mak Jah bersuara sewaktu Azimah membantunya membasuh periuk belanga di dapur rumah kampung yang serba lengkap (lengkap ala ala kampung).

"la...berkira apa mak?" Azimah masih samar samar tentang hal berkira. Berkira apa?

Berkira tentang pembahagian tanah sawah? Berkira tentang ternakan lembu dan kambing? Atau berkira apa? Dia ketika itu lagi 2 bulan akan menyambut harijadi yang ke 18.

"Hish...budak ni, mai menegok nak menikah la...nak bagi hang menikah dengan anak sulung dia Azmi, awat hang ada marka lain ka?" Balas Mak Jah berbunyi agak lucu

Hati Azimah menjadi berdebar. Dia tidak menyangka saat itu akan hadir juga. Bukankah itu impian semua anak gadis untuk mereka merasa dihargai?

Ibunya Hajjah Khatijah seperti ibu ibu melayu lain dalam merangka semua ini supaya mudah, sempat secara tradisi merendah rendahkan rupa paras Azimah, warna kulitnya dan menyebut yebut Azimah anak sulung, ada nada sedih buat buat tentang 5 beban di bawahnya yang perlu ditanggung. Hinaan yang membawa maksud supaya anak anak sedar diri, bukanlah dengan niat mencerca. Secara tidak langsung Azimah harus mengerti yang dia tidak ada pilihan. Pilihan apalah yang remaja desa seperti dia ada? Rupa paras biasa biasa sahaja, ilmu pengetahuan kosong, kulit hitam manis, cerah sedikit sahaja dari gadis india pasti tidak akan ada yang berkenan walaupun tidak cacat cela kalau pertama kali melihat. Pokoknya dia harus merasakan yang dia tidak ada saham. Orang sekarang citarasa tinggi, paling paling sengkek mereka mahukan replika artis artis gebu.

Sambil mengupas bawang besar sebesen, fikirannya tiba tiba merayau terfikir tentang Razak anak Pak Mahat hujung kampung yang sudah dua tiga kali berdating dengan dia di pekan. Dating senyap senyap ala ala orang kampung.

"Itam itam aku ingat tak laku ka?" Dia tersenyum sendirian memikirkan kenangan manis.

Memang benar, kisah kita yang manis manis menurut Azimah tidak perlulah diceritakan pada orangramai. Apa ingat mereka kagum? Dihencap sakan nanti, paling hina nanti dikatakan sudah ditebuk tupai, tak laku, orang jantan yang sudah jadi duda? Keluar jel? Semua saham tetap tinggi. Yang ditebuk tupai itu bukan jantan. Pelik. Satu keluarga nanti malu.

Haruskah nanti dikhabarkan pada Razak? Razak lelaki yang memberi pengalaman pertama pada dia, kehangatan lidah pertukaran air liur dalam Panggung Wayang Cheng Kok dan jari jemari lelaki Razak yang bijak menjalar hingga ke dua dua mereka basah kenikmatan, cuma mereka tidak berani bertindak jauh naik hotel sahaja kerana takut ditangkap kebasahan. Mati mati Azimah ingat Razak akan menghantar orang datang meminang nanti. Egonya mengatakan siapa cepat dia dapat. Pernah sekali disuarakan pada Razak tentang hal tersebut, Razak penuh alasan pastinya; lagipun betul juga mereka berdua masih muda. Azimah tidak mahu jadi bodoh, dia akhirnya bersedia untuk menerima sahaja peminangan dari sepupu sebelah ayah.

"Tak payah tanya banyaklah rupa paras orang, esok menikah tengok dia puas puas, takut nanti bosan la kena mengadap dia hari hari," Mak Jah bersifat lucu apabila Azimah yang berdebar bertanya tentang Azmi.

"Dak la...kenalah tau jugakan..."

"Amboi gatai sangat aih... laki ni cukup makan pakai kira Alhamdulilah la Zimah oi... tak terencat akai, tak cacat tubuh badan orang kata," balas Mak Jah tersirat maksud mendalam

Seekor kerbau tua tumbang, pokok kelapa yang kononnya ditanam sebaik sahaja Azimah lahir juga tumbang, umbutnya akan digunakan untuk bergulai lemak di hari pernikahan mereka. Berlangsunglah majlis serba sederhana hantaran serba satu di kampung Si guntang dan Kampung Bidara sebelah pengantin laki laki. Azimah bersedia untuk menggalas tanggungjawab baru. Benar benar dia merasa dewasa ketika ini.

CERITA CERITIWhere stories live. Discover now