SURIA DAN AZMAN (FILEM PENDEK)

20 3 0
                                    

SURIA DAN AZMAN (lakon layar).

Sediakan kalendar yang jelas ada haribulan. Lokasi ruang tamu yang boleh dilihat meja makan. Rumah mereka simple dan kemas. Gambar kahwin boleh dua frame boleh dihiaskan (disapa kamera sewaktu pengambaran)

Babak 1 (2 minit): Azman memegang bakul, telefon Suria berdering. Jawab dengan dialog kalut kerja dalam bahasa Inggeris petanda kosmo: e.g. "What's up Micheal? Oic... no problem I will handle it online tonight, yes kena jaga itu klient kita yang terbaik, no worries," Suria matikan telefon mata beralih melihat Azman yang sejak tadi menanti di ruang tamu...

Azman dengan memek muka mengajak Suria ikut.

"Abang nak gi rumah mak ni..nak ikut tak?"

"So sorry, memang tak boleh, sue kena buat pitching baru kat klien ni kalau terlepas kat orang lain susah...," (manja dan rasa serba salah)

"okay lah... kalau begitu,"

"Kim salam kat mak ...," Suria berlalu dengan wajah kesal.

--------------

Babak 2 (2 minit) (tukar baju tukar haribulan di dinding)

"Banyaknya...," rujuk pada bakul yang penuh makanan.

"Kan semua tu favurit Sue,"

"Ala... Sue baru balik makan dengan klien tadi, ada new artist dorang nak feature... ,simpan jerlah boleh abang makan tengahari esok, esok ada kelas kan?" (wajah kesal dan ceria dalam 2 saat sewaktu mencadang)

Babak 3 (2 minit)

Suria sibuk di hadapan laptop, Azman seperti biasa dengan bakulnya ...

"Nak letak apa apa tak? Mak suka makan apa sue?"

Suria masih tertunduk tunduk sibuk dengan laptopnya

Terpangung kepala,"say what? Sorry tengah deal dengan klien,"

Azman menunjukkan bakul yang kosong... wajahnya bertanya tanpa suara apa mahu diletak? (Azman guna bibir untuk menjuih pada bakul)

"letaklah kek yang sue beli last week tu...dia suka kek kot,"

Azman bergerak, kek dikeluarkan (kamera fokus pada tarikh)

"Expired!" kumat kamit mulut Azman tanpa suara.

-------

Babak 4: 4 minit (tukar baju lagi Suria baju yang siap, seperti baru pulang dari galeri). Azman memegang bakul berisi tanda baru pulang...

"Lewat sue balik hari ni..."

"Yess...klien jenis rumit, dahlah rumit kedekut, Sue laparlah, abang bawa balik apa? Mak masak apa ek?"

"tu ada tu ..." jawab azman

Suria beralih pada bakul penuh ghairah.

"kalau sue tahu ni saja sue makan kat luar tadi..."

Mereka terus bertengkar (reka dialog dialog bebas yang menikam)

Bertengkar dan bertengkar... (isi segala yang ingin dikatakan di sini. Yatim. Sunyi. Tidak peduli. Penting diri...)

"kau sampai mak sendiri terkapar di hospitalpun kau tak peduli!"

"nih! ni! Nasi dan telur ni... makanan hospital, orang tua tu masih ingatkan kau tau..." ungkap Azman pada Suria yang terdiam, wajahnya kusut

Kamera fokus pada wajah Suria yang sugul dan sesal (ada tangisan di situ).

CERITA CERITIWhere stories live. Discover now