MEMOIR RINGKAS PEREMPUAN CANTIK

20 1 0
                                    

MEMOIR RINGKAS PEREMPUAN CANTIK

"Apa sahaja kejadian ada kecantikannya, namun tidak semua dapat melihat," kata Confusius

Siapalah di pelusuk dunia ini yang tidak suka pada kecantikan?
Itu belum kata kata penyedap yang macam macam lagi, penyedap untuk mereka yang berwajah biasa-biasa. Jangan tidak tahu, ramai yang berusaha keras mahu dipuja cantik, hingga ada yang sanggup melibatkan diri dengan pembedahan, bomoh dan tanpa peduli apa apa hanya mahu tampil cantik. Penat mahu mencerna tiap satu pemikiran, sedangkan paras cantik itu bagaikan kuasa dan senyuman dari si cantik pula boleh dianggap sebagai pedang tajam, memukau dan tanpa sedar membelah sukma.

Untunglah jadi perempuan cantik!

Memangpun beruntung, ada sahaja bantuan dari tiap sudut hidup. Hujung hari kalau digunakan sebagai trofi sahaja bagaimana? Mahu ke depan otak kurang bergeliga. Beg seringan kapaspun akan ada saja tangan tangan yang mahu bantu, itu belum hal berat lagi. Menakjubkan kuasa cantik bukan?

Bila merasa diri cantik?

Alamak soalan apa tu? Masuk bakul tekan punat lif jangan, bahaya. Tentulah dari pujian dan kerlingan mata dari orang ramai, akakpun pura puralah tersipu malu. Sampai dihafallah jawapan bagaimana yang mahu mereka dengar. Tengok video, tonton filem dan melihat aksi aski wanita cantik. Manusia di sekeliling bukan boleh dibuat main, mereka sensitif dan mungkin dengki dalam diam. Nanti dituduhnya kita ini Bunga Dedap, cantik tidak beradap. Sejak kecil memang akak sudah dipuji cantik, lama lama baru tahu... mata mula membandingkan diri dengan yang lain bila dalam kumpulan.

Apa yang merbahaya jadi perempuan cantik?

Serangan dari kaum sendiri ya juga. Tercari cari mereka kelemahan kita, bagaikan menanti kita buat silap saja. Rasa was was dan takut kalau kalau kita menggoda suami atau kekasih mereka. Godaan bertalu talu dari lelaki sekeliling tidak kira suami orang atau yang bujang juga sangat mendebarkan. Entah apa mereka mahu? Wallahualam... Seronok agaknya kalau bergandingan dengan orang cantik, sejenis kenikmatan barang kali?

Pernah terbaca kenyataan yang mengatakan, setelah 2 saat berbual kalau membosankan bagaimana? Tidak kiralah kita cantik atau tidak kan...
.
Setelah tahu diri cantik, apa yang dilakukan?

Memang betul cantik sahaja tidak cukup. Itu dimaklumi awal awal lagi. Pernah masa muda di bawa ke majlis berprestij, mereka sembang apa satupun akak tak faham. Rasa kekok dan lekeh muncul menyerang. Bahasa mereka tinggi tinggi, manusia manusia berwajah buruk tetapi bergantung pada pakaian dan suasana mahal ni... akak fikir itu senjata mereka. Bertolak dari situ akak fikir segalanya harus selari, otak dan rupa paras. Mula banyak membaca, mengkaji sejarah dan situasi semasa.
Ada tau akak jumpa orang yang wajahnya biasa biasa sahaja tetapi bila bercakap dan bergerak nampak menarik...

Setelah itu?

Bukan nak katalah ya... ilmu baharu itu membuatkan akak jadi lebih jahat dan nakal. Tak sangka pula ilmu boleh jadi begitu, selama ini akak ingat ilmu hanya menjadikan kita bijak pandai.
Nakal bagaimana?
Selain dari buku buku motivasi 'how to ..." ini dan itu "for dummies" akak juga membaca tentang Dewi Sukarno, Matahari, Marilyn Monroe dan dua tiga kisah perempuan nakal lain. Sesekali cuba membayangkan bagaimana kalau diguna pakai teknik mereka untuk hidup. Kata mereka lelaki berkuasa mahukan wanita yang bijak, cantik dan pandai membawa diri serta berbudaya. Tumpuan akak ke situ sahajalah, bukan hal hal akademik yang menyusahkan itu... akak tak mampu kot.

Perkahwinan?

Jadi isteri no 2 secara rahsia. Terpaksalah, ingat hidup di kota ini murah? Musnahlah semua impian sewaktu remaja mahu naik pelaminan, bergaya bagai puteri, bunga telur dan hantaran apa segala. Impian berubah entah berapa darjah, khayalan remaja jadi tidak penting lagi. Orang cantik perbelanjaannya tinggi. Sumber kewangan datang dari mana? Segala tindak tanduk haruslah secara rahsia, menarik benang dalam tepung begitu... lama lama bosan. Itu belum termasuk gangguan dari isteri pertama lagi, siap dengan penyiasat syarikat swasta.

CERITA CERITIWhere stories live. Discover now