I NEED TO PROGRESS

98 2 0
                                    


Semenjak dua menjak ini sifat Razif tidak menentu. Zalia banyak bersabar selama ini. Hampir setahun juga..

Mengahwini bekas pemain bolasepak negara yang dicintai dan beroleh dua cahaya mata yang comel comel pada mulanya sangat bahagia. Zalia bukan calang calang wanita. Dia bekas guru, dia bekas pragawati dia juga ada pelbagai bakat seni dalam dirinya. Sama seperti wanita lain yang redha berserah dia fikir itu mungkin jodoh dia. 

Sebelum sakit tulang belakang yang harus diletakkan skru sambungan Razif sudah mula berhenti mewakili negara. Dia hanya menjadi jurulatih sambilan di syarikat Zona. Selepas dimasukan ke hospital akibat sakit tidak boleh bangun, baru mereka mengetahui sakit sebenar Razif. Selama ini tulang belakangnya retak. Maka berkumpullah keluarga dua dua belah pihak, untuk memastikan Razif selesa dan sembuh.

Sewaktu sakit, Zalia sudah menghadapi karenah remeh Razif. Masakan tidak kena, itu tidak boleh makan ini tidak boleh...adakalah dimarahi Zalia tanpa ada apa apa alasan. Terlupa anak kecil ada disebelah dan tanggujawab yang ikut serta.

Razif juga mempunyai banyak waktu, kerana tidak bekerja. Dia tidak mahu bekerja dengan pelbagai alasan. Tidak mahu bekerja kerana tidak lagi mahu menjadi hamba orang. Mahu berniaga apalah sangat pengalaman yang dia ada? Dia menjadi penganalisa bolasepat peribadi...ada waktunya dikongsikan cita cita mahu menubuhkan kelab bolasepak...bersungguh sungguh dia berkisah pada Zalia. Zalia yang sememangnya tidak meminati sukan bola sepak boleh mendengar sebagai sokongan tapi kalau selalu selalu sangat, itu semua berbunyi seperti mitos dan angan angan mat jenis di telinganya.BOSAN.

Razif semakin sensitif. Cepat marah marah apabila keluar makan di restoran. Sampaikan Zalia terpaksa menggelak kerana takut peristiwa berulang ulang. Zalia orang yang damai, dia ceria, dia tidak suka pada suasana yang sebegini. Malu satu hal, pulang terpaksa bertengkar satu hal. Zalia tidak suka bersyarah seperti pakar psikoloji. Zalia mahu Razif tahu yang dia harus bersifat 'cool' hidup di alaf baru ini.

Restoren Melayu? Gerai gerai makan Melayu...mahu kita kutuk akan terasa bersalah pula. Sifat mereka hanya tuhan sahaja yang tahu. Lain dipesan lain dihantar. Itu belum lagi kisah kisah terlupa menghantar makanan. Zalia jadi takut dan cuak mahu keluar makan makan dengan Razif diluar, dia takut..tapi dia malu kalau ada pertelingkahan di kedai makan.

Sejak Razif tidak bekerja, Zalia kembali mengedit kerja kerja kursus pelajar universiti untuk mendapatkan upah, mengedit kerja kerja penerbitan dan terpaksa akur pada ''dateline' mereka. Razif lupa, Zalia hanya surirumah dua anak yang mencari makan. Kalau mahu diharapkan duit socso sahaja lama lama ia akan kering.

Apabila dikatakan pada Razif yang dia mengalami tekanan, dia akan jadi lebih marah marah dan merajuk. Disuruh untuk pergi menemui pakar psikoloji dikatakan pula Zalia tidak suka padanya lagi kerana dia cacat. Hal ini sangat menghantui Zalia. Dia harus bekerja dan menjalani hidupnya dengan tenang. Sifat buruk Razif semakin menjadi jadi, apabila Zalia terpaksa keluar menemui client dan menyerahkan editan kerja kerja kursus dia menjadi sangat cemburu. Dituduh macam macam pada ibu beranak dua ini. Zalia bosan. Dia jadi benci pada kehidupan yang harus dilaluinya. 

Terfikir, apa yang dimahukan oleh pasangan selepas berkahwin dan beranak?

Kalau sihat mereka mungkin mahu menjalinkan hubungan luar agaknya. Setiap hari marah marah merungut mengatakan bosan, bekerja tidak mahu atas alasan tidak mahu menjadi hamba orang itu bagi Zalia tidak masuk akal. 

Mungkin pasangan mahu melihat isteri mereka turut sama bersifat pilu...menjadi selekeh tidak menjaga diri...kalau bergaya dan kekal ceria itu lambang tidak sihat pada mereka agaknya. Razif akan bersifat aneh apabila Zalia bergaya kerana mahu keluar. Dia tidak fikir bagaimana sebelum keluar sudah diuruskan makan minum  dan anak anak yang dihantar pada jiran untuk seketika dengan upah yang sepatutnya. Kerana terjadi terlalu kerap sangat Zalia tidak tahan lagi...

Pagi yang ditakdirkan itu, Zalia dudukan Razif.

'Please sit down i need to talk...." ujar Zalia bernada serius.

"Aku sudah korbankan macam macam, aku berkerja secara aku, aku usaha, kerana kau tidak mahu jadi hamba orang, sekarang cakap pada aku apa dia kau mahu?"

Razif diam.

"Aku ada abaikan rumahtanggakah? Sampai setiapkali aku harus keluar jumpa pelajar pelajar untuk kerja mereka yang aku edit itu kamu marah marah macam orang gila? Perli perli kampungan kamu itu tidak pernah menyenangkan di telinga aku"

"Apa dia Razif yang kamu mahu?"

"Kau marah sebab aku tidak merana kerana semua dugaan ini? Atau kau fikir aku gatal dan harus mengangkang peha pada orang lain kerana gian seks? apa dia Razif?"

Razif diam. Jarang Zalia bersifat sebegini.

"Aku sampai takut nak keluar makan dengan kau...memalukan aku. Orang laki bini keluar makan mahu bahagia, damai, kau? Selalu mahu tunjuk juah kau...ada saja yang tidak kena. Aku malu dan tertekan Razif, sebab itu aku tolak mentah mentah ajakan makan di luar"

Razif masih diam...dia merenung wajah Zalia yang merah marah.

"Aku memilih untuk diam, kerana aku fikir kamu lelaki yang egonya tercabat, tapi sampai bila? Kelab bola apa? kisah bola bola luar negara dan pengurusannya aku TIDAK BERMINAT LANSUNG. itu semua khayalan mat jenin kamu semua pemain pemain bola Malaysia yang tidak ke mana mana. Tolong aku tidak mahu dengar lagi kisah kisah bola dan jurulatih mana pun. Mereka tak beli beras untuk kita,"

Razif memejamkan matanya. Kekal diam

"Kau dengar sini Razif, aku bukan macam bini orang lain. Boleh dikotak katik aku sewemang wemangmya macam ni dari segi perasaan. Kau kena ingat siapa aku sebelum ini. Berapa orang anak aku. Kalau keadaan kewangan tidak mengizinkan aku akan kembali menjadi guru tuisyen di pekan. aku harus berkerja. Masalah kau sebenarnya kau terperangkap dengan dunia bolasepak kau yang tidak kemana itu...kena ingat keadaan diri juga..bolasepak? mahu bergaduh tiap kali ke kedai mamak? apa ni semua? mana simpan otak?"

"Listen to me Razif, i need to PROGRESS IN LIFE even if i am just a housewife, kalau kau terus begini aku tak tahu apa lagi langkah yang harus aku ambil,"

"Kau ada fikir tentang bil bil api air yang harus aku tanggung?"

"Ingat duit socso kau itu tidak sebanyak mana Razif..kita semua kena hidup, hidup yang sihat dan realistik..."

Razif terdiam membisu seperti orang kusut akal.

Zalia duduk kepenatan setelah meluahkan perasaannya. Dia tahu dia agak lantang hari ini, tapi dia terpaksa. Celaka sungguh perangai pasangan suami. Mereka ingat mereka mendominan segala sudut hidup apabila sudah beristeri. Mereka fikir hidup ini bagaimana agaknya? Mahu saja dikatakan kamu orang yang pemalas, tapi si isteri tidak sampai hati. Sayang? kasih? Cinta? tentu ada...tapi tiga tiga itu tidak membeli beras bila kita lapar. Sudah sudahlah bersifat dominan tidak masuk akal kamu itu...tolong tolonglah pasangan dengan tidak bersangka buruk. Bantulah pasangan kamu, sokong dia dengan cara  sepatutnya.

Zalia menagis memikirkan segala galanya. Hari ini dia tidak tahan lagi...sudah berkali kali dikatakan pada Razif bahawa dia wanita yang ceria. Tolong jangan dirosakkan sifat itu...

Razif dia membatu masih lagi dengan wajah sugulnya...mungkin insaf dalam diam. Wallahualam.

CERITA CERITIWhere stories live. Discover now