[5] : It's Not Our Fault

5.8K 210 3
                                    

Jimin dan kawan kawan masih asyik dengan dunia mereka sendiri. Jimin menari dengan ghairah sambil dikelilingi yeoja yeoja sexy. Suga langsung tak lepaskan peluang untuk berdampingan dengan Aeri. Ke mana Aeri pergi mesti dia akan mengikuti. Walaupun dibentak oleh Aeri tapi Suga buat tidak tahu sahaja.

Sejujurnya Suga, Jungkook, Jhope dan Namjoon bukanlah seperti Jimin. Cuma kadang kadang tu hasutan kawan yang membuatkan mereka lalai dan terjebak dengan dunia yang macam ni.

"Jimin oppa, Laura eodiseyo?" Tanya Aeri pada Jimin yang sedang rancak bergurau manja dengan yeoja yeoja sexy tadi.

Mendengar pertanyaan Aeri, barulah Jimin teringatkan Laura yang dah agak lama dibiarkan di biliknya. Jimin gelabah.

"Laura? Err.. tadi rasanya dia dengan eomma. Nanti oppa cari dia." Bohong Jimin.

"Cari cepat. Kitorang nak balik dah ni." Aeri bercekak pinggang menahan geram. Geram dengan Suga tadi pun tak habis habis lagi.

Jimin segera menaiki tangga menuju ke biliknya. Pintu bilik ditolak namun biliknya kosong. Jimin mengerling ke arah bilik tetamu yang pintunya sedikit terbuka, dia menghampiri bilik itu. Jimin terkejut bila terpandangkan tubuh Laura terbaring di sebelah Jin yang masing masing seperti sudah tidak sedarkan diri. Baju baju milik mereka berdua turut bersepah di atas lantai. Hanya sehelai selimut tebal menutupi bahagian tubuh mereka berdua.

"Jiminnie, kenapa masuk bilik tetamu ni?" Puan Park muncul di sisi, membuatkan Jimin tersentak.

Puan Park mengintai ke dalam bilik tetamu. Hampir terbeliak matanya melihat sepasang lelaki dengan perempuan yang terbaring tak sedarkan diri dengan keadaan yang macam tu.

Jimin terduduk, mengenangkan kekhilafan(?)nya. Dia meraup mukanya beberapa kali. Menyesal, takut, semua perasaan ada di dalam hatinya saat ini.

"Jimin oppa, ahjumma.. Laura eodi?" Tanya Aeri sebaik sahaja tiba di hadapan bilik tetamu.

"Dia ke Laura?" Puan Park menunjuk sekujur tubuh di atas katil. Aeri menoleh ke arah yang ditunjukkan, serta merta air mata Aeri bergenang di tubir mata melihatkan keadaan Laura dengan Jin. Cepat cepat dia menghampiri Laura.

"Laura, ireonna! Ireonnayo..!" Aeri mengongcangkan tubuh lemah Laura. Airmata yang jatuh di pipi dibiarkan. Aeri menyesal membiarkan Laura bersendirian tanpa dia tadi.

"Yah Jimin Oppa!! Macam mana boleh jadi macam ni?!" Tanya Aeri dengan suara yang tinggi. Jimin yang terduduk sambil menekup muka dipandang tajam.

"Waegure?" Jungkook, Namjoon, Jhope, Suga dan Hyuna bertanya serentak. Mata mereka terarah pada tubuh Jin yang tak berbaju tu.

"Ya Jimin, pehal duh dengan Jin? Laura kenapa?" Namjoon menolak tubuh kaku Jimin, dia yakin semua ni ada kaitan dengan Jimin.

♜████████████♜

"Sanggup Laura malukan eomma dan abeoji macam ni? Kenapa Laura buat benda terkutuk tu?!" Puan Jung menangis pilu. Langsung tak menyangka semua ni berlaku pada anak perempuannya.

"Eomma, Laura tak tahu apa yang jadi. Sumpah! Laura cuma teman Aeri pergi birthday party Jimin. Laura tak tahu langsung tu private party. Eomma, jebal.. mianhae.. Laura tak buat semua tu.." rayu Laura sambil melutut di hadapan Puan Jung. Tak sanggup dia bayangkan kalau dia dibuang keluarga.

"Jin-ah. Apa yang Jin dah buat ni? Kenapa boleh jadi macam ni?" Puan Kim menggoncang bahu Jin perlahan.

"Eomma, Jin sumpah Jin tak tahu apa apa! Jin cuma sambut birthday Jimin. Lepastu Jin tak ingat apa apa dah. Eomma jebal. Percayalah cakap Jin.. Jin tak buat semua tu." Balas Jin dengan esakkan.

"Kita nak buat apa sekarang ni? Apa saya nak buat kalau anak kita mengandung? Mana saya nak letak muka saya, Lira?!" Tuan Jung berpeluk tubuh. Jauh di sudut hati, dia kasihan dengan satu satunya anak tunggalnya tu. Dia yakin anaknya bukan yeoja yang suka suka terlanjur. Dia yakin anaknya dianaya.

"Mian. Saya minta maaf bagi pihak anak saya, Jin. Beginilah, saya mahu anak saya bertanggungjawab dan saya mahu anak Tuan Jung dikahwinkan dengan anak saya." Kata Tuan Kim.

"Tapi anak kita muda lagi, Tuan Kim.." Tuan Jung mengeluh perlahan.

"Memang anak kita muda lagi. Tapi kejadian macam ni kita tak dapat duga. Kalau diorang dikahwinkan and at the same time, Laura mengandung, Jin boleh bertanggungjawab..." kata Tuan Kim yakin dengan keputusannya.

Tuan Jung menarik nafas dalam dalam sebelum menghelanya perlahan. "Kure, demi nama baik keluarga kita saya setuju anak kita dikahwinkan. Minggu depan diorang boleh dikahwinkan." Kata Tuan Jung seraya melangkah menaiki tangga menuju ke biliknya.

Laura dan Jin terkedu. Kahwin? Andwaeeee!!! Diorang muda lagi!! Sekolah pun belum habis!!

It's not our fault!!!

- To be continue -

Mian ayat keling. Tahu dah part ni bosan sikit. Ughh see ya in next chap e_e

Highschool Marriage + K.S.J ✔Where stories live. Discover now